First ujian kat SEMSAS (ni cerita tingkatan satu, oke!), baru la tau rupa-rupanya senarai nama student yang dapat nombor 1 sampai nombor 100++ (semua pelajar la tu) akan display kat notice board. Saya dapat nombor banyak, oke! Tapi tak lebih separuh daripada semua pelajar form 1 time tu la. Poyo gaban la checking listing tu padehal tau dah kitorg berempat (masa itu geng sangat kuat dan tidak kawan dgn lelaki, oke!) sangat3x banyak main dan sangat3x kureng blajoo huhu. Cari punya cari pastu "Ooooo.... Ramainye org pandai kat skola ni..." daku bermonolog sebab mase tu dapat nombor 41 (gile, saya ingat oke fakta nombor pekse ini!) daripada 120++... ha, top 50 gitu!! Hahaha
Skali tengok2 la sape lg bawah pastu nampak kat tangga ke-42 (mcm pertandingan nyanyi, oke!) nama seorang mamat yang siyes dalam dunia ni tapenah dengar ada org nama ini macam... Maka timbullah niat untuk cari siapakah itu hikhikhik.... Kelas 1 Kreatif ni... Boleh tanya Afni ni (bestfriend saya punya kawan baik yang dapat nombor 1 tu..)
Mula-mula Afni takmo bgtau yang mane satu. lama-lama baru saya tau rupa-rupanya budak2 pompuan (dan ade lelaki jugak, oke!) anti dengan mamat itu. **Soalnya: Ade aku kesah??! Hehhe** Dan kawan-kawan baik saya juga yakni Sepat, Aci & Haza (sume suda kawen, oke!)tidak suka saya meneruskan perasaan sulit itu tapi dengan penuh paksaan saya paksa juga mereka layan saya mengarut2 berangan pasal mamat itu. Dahsyat oke perasaan budak form 1 yang takawan dgn boys tapi tibe-tibe jahut chenta... Wah, inikah dinamakan chenta? Wekk!!
Lepas tu satu hari balik dari assembly hari Jumaat (wah, fakta sekali lagi!) saya terserempak dengan tuan punya nama tu kat tangga. Suka gila, oke! Pakai baju melayu dengan sampin, oke! Masa tu sangatlah ghairah (upsss!!) kalau hari jumaat sebab kanak-kanak laki dan pompuan akan pakai kain tenun gi skolah so lah sweet mcm sepasang-sepangan hahaha berangan!
Saya senyum. Dia balas. Saya seronok. Dia blah je la, bukan dia kenal dan bukan dia tau pon saye seronok tak tentu pasal kat tangga tu! Maka sejak hari itu bermulalah aktiviti skodeng sampailah terjatuh hati maha dahsyat... Sumpah, sampai hari ni pun saye tak boleh terima kenyataan bahawa saya suka kat seseorang hanya sebab dia senyum kat saya... Suka sampai tak hengat dunia tanpa satu sebab atau alasan yang kukuh apetah lagi goyang-goyang pada zaman kanak-kanak itu! Sungguh cinta itu buta dan membutakan sebab sampai hari ni pun saya masih jatuh kerana dia, JATUH CINTA, saya admit!
Hiduplah pada masa kini
16 hours ago
5 precious comments:
Jiwang tahap corrosive melampau...! HAHAHA.
ha... baru bace cite form one ni... hahah
hahaha. kelakar weh. kau tak pnah cite kat aku pong!
ada waktu2 nye aku cite kat so melalui sengeh2 gatal aku je hehe
Post a Comment