July 2, 2010

entry rendah diri

Saya ialah seorang hyperhidrosis dan saya sangat susah hati apabila ia berlaku!

tangan dia...



Hiperhidrosis ialah keadaan di mana seseorang berpeluh secara melampau dan sukar diramal, ketika sejuk mahupun panas, dan walaupun dalam keadaan tidak bergerak. Maksudnye pada bila-bila masa yang peluh tu rasa dia nak keluar, it WILL!


kaki dia...

Insan-insan yang normal selalunya akan berpeluh dalam suhu panas atau ketila melakukan kerja-kerja atau aktiviti fizikal. Perpeluhan juga berlaku sebagai rangsangan terhadap situasi-situasi seperti takut, gementar, marah atau gelisah. Ececeh macam dokter lak dah saye kan hehe..

Tapi kes saye ni die boleh peluh je bila2 masa dia suka! huhuuhuhuhuhuhuhuuuuuuuuuu

Setelah mengkaji selama beberapa tahun **untuk rekod, saya mula mengalami keadaan ini sejak berusia 14 tahun** tetapi masih belum bertemu mana-mana doktor untuk pengesahan, saya mendapati diri saya yang best ini tergolong dalam golongan penghidap primary atau focal hyperhidrosis atau idiopatik iaitu tidak diketahui puncanya yang mana perpeluhan secara melampau dan sukar diramal ini berlaku di bahagian tapak tangan (palmar hydrosis) dan tapak kaki (plantar hydrosis) SAHAJA dan kadang-kadang di armpit jugak! yang menyebabkan saya sangat malu untuk shaking hand dengan orang ramai **menanges!!**


Ya, saya akui emosi saya sangat terjejas dengan keadaan ini ketika saya berada di ambang dua puluhan dahulu dan kadang-kadang terjadi juga sekarang ini. Yelah kan kalau keje dengan company yang ramai non-muslims kan kadang-kadang ade yang hulur je tangan nak shaking hand sempena ape-ape kan so kalau tak sambut nanti jatuh lak air muka kan takkan la kau tanak salam dgn bos kau kalau dia hulur tangan kan kan kan so kenalah sambut walaupun tangan saya basah **menanges lah lagi!!**

Dalam kereta mesti ada kain sebab nak lap steering dan gear sebab nanti kalau ader orang lain yang nak drive Jose Gonzales tu pasti akan tanya "Ni steering ko melekit-lekit ni apesal?"

Hari tu mase kuar dating kan kan kan saye punye tunang kan ader la tanye nape dgn tangan tu kan pastu saye cakap la kan pastu cam susah lak nak paham kan mamat tu kan pastu saya cakap nanti saye emel la kat beliau. So saya ingat dah fullstop dah tapi rupe-rupenye dia takpuas hati lagi pastu tetiba kan dia tanya soalan sentap macam ni, "Nanti cemane nak masakkan nasik kat B?" So dengan sayu-sayu gitu saye jawablah "Tadek la die nak doplohpat jam peluh-peluh macam ni.... Sudah, pergi kau jalan jauh-jauh!" Haaa hambek kau jawapan ala-ala merajuk gitu...

Tapi beliau yang memang sejak dulu redha kan dapat awek tak sempurna camnikan telah menjawab "Ala, B main-main aje la tu pon nak majuk..." sambil secara terpaksatapirela kot pegang la tgn saya yang peluh tu tapi sebab dah rendah diri teramat sangat dah masa u so saya tarik la tangan tu simpan lam poket... Gile kau tak kecik hati aku die wat ayat masak nasik gitu!

Anda perlu gugel jika anda masih belum faham tentang penyakit yang menjejaskan keyakinan diri saya dan para penghidapnya yang lain ini.

Dan kalau ade sape-sape yang nak kongsi rasa rendah diri dengan saya ni, silalah... Saya benar-benar merasa sangat perlukan teman!

Sekian, terima kasih.

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers