August 30, 2010

Ramadan terakhir sebagai "single"

"Positif thinking is like this; a little bird in the sky, you look up and it shits in your eye but you don't mind and you don't cry instead you just thank God that cow doesn't fly!"
~~~
Ada waktu-waktunya jiwa ditebak resah melangit tinggi; jalan sayup berliku-liku, sempit dan berlubang-lubang dalam dan lebar; ujian menampar terlalu perit untuk ditanggung sendiri-sendiri; hati umpama tak mampu lagi dipujuk sabar; senyuman terlalu amat nampak dibuat-buat.
Getaran.
Skrin BB mencerah.
"Assalamualaikum. Awak oke?" tanya dia macam selalu-selalunya.
"Oke tak ni?" Disoal kembali bila saya tak membalas.
"Entah!"
"Oke, awak tak oke. Kenapa?"
"I'm sorry, I cant talk."
"It's oke. Kalau tak awak tak sihat!"

"Saya sihat je la..."

"Kalau sihat, ceritalah."

Dan dia seperti dulu-dulu jugak menjadi pendengar yang tegar dan "penceramah", yang tegar juga.

"Sabar... Jangan bersangka buruk. Saya tahu suruh sabar tu sangat mudah berpuluh-puluh kali lebih mudah daripada melaksanakannya. Tapi itulah hakikat, perlu bersabar. Awak. Saya. Semua kena sabar."

Saya diam. 'Saya dah penat bersabarlah...' Tapi cuma dalam hati.

"Kena bersangka baik pada Allah. Kadang-kadang Dia sengaja hold permintaan-permintaan kita padaNya. Allah kata; Aku masih rindu untuk dengar suara hambaKu yang satu ini meminta-minta dan merayu-rayu padaKu. Nanti jika Aku sudah puas mendengar dia merintih padaku salam sujud-sujudnya, PASTI akan Aku beri jawapan untuk setiap hajat-hajatnya. Allah bukan tak dengar atau sengaja tak makbulkan doa-doa awak, Dia cuma rindukan ingatan awak padaNya."
Air mata saya mengalir. Dia yang dihujung talian ketawa kecil.
"Awak ni masih cengeng macam dulu, kan?"
Macam tahu-tahu saya menangis!
"Ingat tak awak pernah cakap dulu setiap ujian tu Allah turunkan sebab dia tahu hamba-hambaNya mampu untuk tanggung dan lalui?"
"Hmmm..." Saya angguk. Tahu, dia takkan nampak...

"Dia tahu awak mampu, sebab tu Dia menguji."

"Tapi semuanya berat."

"Sebab awak cuma mampu tanggung yang berat-berat, Dia utuskanlah yang berat. Takut nanti kalau dia cuma bagi kerikil-kerikil kecil, awak tak pandai nak hadapi, sebab dah selalu tertimpa batu bata!"
Dan dia ketawa lagi...

"Saya tahu semangat awak kuat! Awak kuat. Saya kenal awak!"

"Dah la, saya bosan la dengan tipu muslihat tu. Saya tak kuat. Hentikanlah meniup kata-kata kekuatan tu sedangkan sikit kekuatan pun dah taknak hinggap lagi dalam diri saya. Saya bukan budak kecil yang senang dipujuk-pujuk!"

"Memang awak susah nak dipujuk! (Dia ketawa) Tapi saya tak tipu! Saya yakin orang-orang lain, yang kenal awak juga kata awak begitu, kan? Awak memang kuat... Cuma tak selalu sabar je. Awak boleh lalui semua ni. Tuhan dengari awak. Teruskanlah meminta, Dia akan tunaikan. Kan dalam Quran Allah dah janji Dia akan tunaikan segala hajat hamba-hambaNya dengan syarat kita meminta dengan ikhlas dan yakin. Mintalah. Minta semuanya. Dekati Dia. Dia akan tunaikan!"
Teresak lagi.
"Awak tahu satu perkara, tak?"
"Tak!"
"Tuhan akan tunaikan permintaan hambaNya. Kenapa? Sebab Dia dah berjanji macam tu dalam al-Quran. Jadi kalau Dia tak tunaikan, Dia akan malu. Allah tak pernah menipukan? Maka yakinlah bahawa Dia akan tunaikan hajat-hajat awak. Berdoalah! Dan jangan bersangka buruk. Bila kita fikirkan yang bukan-bukan, itupun akan jadi satu doa dan apabila dinamakan doa, Allah akan makbulkan. Awak fahamkan maksud saya?"
'Ya Allah..... Beratnya!'
"Hmmm macam nilah... Saya tahu cara untuk buat awak sedikit tenang. Utusan Tuhan untuk awak kot. Cari di Masjid ****. Berterawikhlah di situ. InsyaAllah awak akan tersenyum. Saya yakin awak akan senyum, sampai raya!"
"Maksudnya?"

"Awak rindu malam-malam Ramadan awak tahun lepas, kan? Saya tahu awak rindu. Ubatlah. Doktor awak ada kat masjid tu. Masjid ****. Pergilah. Saya cuma nak awak sihat!"
Saya senyum. Saya nak pergi! Siapa boleh temankan?

"Saya rasa awak senyum sekarang, kan?"

"Jangan pandai-pandai..."

"Eleh, dengar suara pun saya tau! Pergilah... Ni Ramadhan akhir awak untuk merindui semua tu. Tahun depan jangan nak berbagai-bagai macam ni lagi! Lagipun tahun depan saya dah pergi jauh dan takde lagi untuk carikan awak doktor awak tu."

Saya senyum lagi. Mengucapkan terima kasih. Salam. Talian mati. Saya cuba tidur.

BB saya dijengah mesej lewat 12 tengah malam.
'Salam. D, how's your Ramadhan?'
Doktor di masjid!
Macam tahu-tahu.
Dan malam tadi saya tidur tersenyum kerana mesej tengah malam itu.
Saya mahu ke masjid itu, cuma saya takut niat saya lari jauh daripada solat sunat terawikh itu nanti!

Tuhan, saya cuma memerlukan sedikit nasihat seperi itu. Terima kasih kerana melintaskan saya di kotak fikiran dia semalam. Dan terima kasih juga untuk ujian ini kerana jika saya tidak teruji, mungin saya tidak dengar khutbah-tazkirah yang saya damba, dan pasti saya tidak tahu di masjid mana beralunnya suara yang selalu buat saya terkenang-kenang. Terima kasih Tuhan!

2 precious comments:

Cik D momy the ZAs said...

Mlm ni nak terawikh kat tbg hj la plak rs2nye

>> X payah la cikdil.. msjd tu dah la kecik.. panas xde aircond plak tu.. sy dah solat kat c2.. baik x payah g..

Yg ye2 xnak bg sy ke sana ni kenapa?

>> Eh bkn xnk bg pergi.. sj la nk bgtau dulu

Ke imam dia sy kenal?

>> Yg sy tau imam dia tahun ni baca kureng ar cikdil.. ntah mana2 imam dia import ntah... sedap lg nenek saya ngaji

Amboi sedapnye kutuk imam. Nak g jugak! Boleh?

>> Eh mana ade kutuk. komplen je. boleh... masjid tu kan utk org awam. kehadiran adalah dialu2kan :)

Lpas solat boleh la jumpa pak imam

>> Boleh... imam die sporting... layan je!

Aik? td kutuk ni puji pulak! kenal ke imam dia?

>> Ala, imam dia kwn saya dulu main guli kecik2. kalau cikdil nak ajak moreh ciken cop pon die orait je..

Oooo same la kwn kite ek. Tp sy ajak imam die je la mkn ciken cop. awak xde la sy nk ajak. hmmm.. *bila kau nak mengaku da???*

Unknown said...

salam ziarah kembali daripada familysempoi ^_^

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers