January 25, 2011

epal & selimut

It's a true story back in 1992...
Budak perempuan: Awak nak makan buak tak?
Budak lelaki: Buah apa?
P: Awak nak buah apa?
L: Seumur hidup saya, tak pernah merasa buah epal. Nak epal la! (dengan mata bercahaya penuh harapan)

P: Apa barang yang awak nak sangat dalam hidup?
L: Kenapa?
P: Ala cakap je la! (pompuan ni garang gile la pulak!)
L: Selimut kot... sebab seumur hidup saya takpernah ada selimut... malam-malam waktu tidur, saya sejuk...
Kisah ni berlaku waktu saya darjah 1, perbualan dengan sorang budak lelaki miskin. Maksud saya miskin yang amat sangat. Apabila saya sampaikan cerita ni pada mak & ayah waktu balik sekolah, mak terus pergi beli selimut dan buah epal. Banyak... Petangnya, kami cari rumah budak lelaki tu untuk bagi selimut & epal. Sedih! Rumah buruk dalam hutan pokok getah. Jauh. Tiada jiran. Tiada elektrik. Mandi air perigi.
Lepas tu mak saya ambil kakak dan dua org abangnya yang akan menduduki peperiksaan besar tahun itu sebagai anak angkat. Tinggal di rumah kami yang waktu tu tidaklah sebesar mana tetapi cukup selesa untuk pembesaran anak-anak. Jadik anak-anak emak & ayah saya yang saban tahun dapat sama seperti apa yang kami terima setiap kali sesi persekolahan dibuka, setiap kali hari raya menjelma.
Tapi apa yang terjadi selepas mereka adik beradik mengecap kejayaan, selepas rumah papan atap bocor berubah konkrit, selepas buah epal boleh dikecap nikmat manisnya setiap hari, selepas tidur malam lebih enak berbalut comforter, janganlah disoal tanya sebab nanti luka hati mak dan ayah saya berdarah dan bernanah semula.

2 precious comments:

yaminseri~ said...

hmm... first time aku nak comment ni..
cam best je cite nih..
rs nak tau je sbb ape..
tp ko ckp takyah tanye..huhu...

Cik D momy the ZAs said...

woot2 x bersalin lagi ke makcik hehe
ala kau mesti boleh agak kan ape berlaku seterusnya selepas 10 tahun kan...
kalu x, xkan la mak ayah aku terluka sabegitu teruk sekali...
biase la cite tipikal melayu dlm drama tu
melepaskan anjing tersepit, dh lepas dia gigit tgn kita balik
begitulah ceritanya

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers