January 15, 2011

Nasihat ustaz

Nasihat ustaz, "Adila, bina semula kekuatan yang ada dulu. Cari semula keyakinan yang macam dulu."

Saya tak tahu apa yang beliau 'baca' dari raut wajah ceria gembira + tangis takut saya yang beliau temui tadi selepas 4 bulan tak bersua. Malah sebetulnya saya tidak mahu tahu. Cuma sungguh, beliau menyedarkan saya bahawa hati nurani saya memang tidak sekuat dan segagah dulu dalam melalui ujian & dugaanNya.

Saya perlu kuat. Saya perlu tabah. Saya perlu jadi saya yang macam dulu-dulu juga; yang menyimpan esak tangis dalam hati, yang memapah sakit pening diri sendiri, yang berusaha sendiri sebelum menumpang bantuan yang lain. Saya patut kuat. Saya mesti cari diri saya yang dahulu. Mesti!

Segala ini ujian buat insan yang terpilih. Emosi manusia adalah saluran emosi syaitan. Saya tak mahu tak ingin meneka dugaan cara yang bagaimana yang cuba ditimpakan ke atas saya. Dan saya akui saya sungguh lelah melalui saat sukar sebegini. Sukar sungguh!

Tapi bila permintaan yang satu itu terbit dari ulas bibir al-fadhil yang sering berzikir, saya tahu ada "sesuatu" yang berharga beransur hilang dari diri saya; kekuatan hati & keyakinan diri.

Ya Allah, bantulah hambaMu melalui kehidupan yang hanya Kau tahu gaya hujungnya. Amin ya Rabb.


0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers