May 2, 2011

MDS: Kronologi episode 1

Foto ehsan Saudara Hilmi: Sehari selepas pembedahan selamat dilakukan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi yang melimpahkan maha besar rahmatNya untuk saya dan insan-insan tersayang. 
Rupa-rupanya inilah yang saya deritai selama berbelas tahun ni.
Tak sangka pada usia 26 tahun baru sy tahu saya mengalami slipped disc dan dah kronik pon.
Nasib baiklah usia 26 tahun taklah lewat untuk melakukan semuanya.

Ingat lagi 12 tahun yang lalu, pertama kali saya jatuh di tapak perhimpunan.
Waktu tu seingat saya sedang menyanyikan lagu sekolah.
It wasn't painful but I was shock jugaklah sebab "aik, apesal jatuh lak ni?!"
Tapi rupa-rupanya tu petanda awal yang muscle saya dah mula terkesan dengan gerakan discs tu.
So sejak hari tu sesekali adalah jatuh juga tapi setiap kali ke klinik doktor menyatakan saya cuma muscle cramp atau "nerve tersepit" dan diberi painkiller.
Kelakar kan?!

Ingat lagi waktu di tingkatan 5, peperiksaan percubaan SPM Pahang.
Sakit yang amat sangat sehingga saya tak boleh berjalan.
Ya Allah, sumpah saya tak tahu ini sakitnya.
Tapi sejak sakit pada tahun itu yang saya sifatkan paling teruk seumur hidup sayalah, saya jadi gagah untuk mengharung sakit yang tak ketahuan ni.

Di matrikulasi, sekali lagi saya sakit seteruk-teruknya dan bersambung hingga ke universiti.
Itulah yang menyebabkan mak menolak tawaran saya ke overseas; bukan satu tetapi dua tawaran.
Frust? Tak ada lagi perasaan tu dalam hidup saya.

Waktu sakit yang terakhir kali ini, Jumaat (22/4/2011) saya rasa sangat dizzy melebihi hari-hari sebelumnya.
Pelik. Tapi mungkin sbb period pain so saya decide utk mc.
Balik dan tidur, ptg tu sempat keluar dgn tuan tunang mencari hantaran.
Tak sangka itu yang terakhir kali dia melihat saya berjalan dengan 'cantik' dan baik sekali.

Esoknya, (Sabtu 23/4/2011) bangun daripada tidur saya rasa back pain yang teramat.
Dalam hati dah sign, "malasnye nak g klinik!"
So saya sambung golek-golek tetapi tetap tak hilang sakitnya sampai hampir tiga jam.
Lastly saya cuba bangun.
Mak aih, sakit tak terperi.
So sy decide terus ke klinik.
Dengan siapa?
Seperti biasa, self driving hehe

Sampai di klinik yang BIASA dgn doktor dan nurse yg BIASA, klinik dah tutup untuk lunch.
Saya dah menangis-nangis merayu doktor untuk merawat saya.
Seperti biasalah, doktor tu pegang-pegang sikit kaki kiri saya dan cakap, "Macam biasalah ni, muscle cramp. Saya bagi kamu painkiller."
Tapi takdir tuhan sewaktu saya nak turun dari katil rawatan tu saya seperti lumpuh sekejap menyebabkan saya jatuh terjelepuk betul-betul di kaki doktor.
Terus dia ambil keputusan untuk refer saya kepada pakar.
Sambil menulis surat tu doktor tu suruh saya ambil teksi ke hospital.
WTH!
Walaupun hospital tu cuma 20 minit je dari klinik tapi jalan jem teruk la pada hari Sabtu!

*Bersambung...*

2 precious comments:

Anonymous said...

slipped disc mcm kak arie ke? sekarang penyakit tu mmg agak famous melanda Malaysia.

episod seterusnya?

-kudozu

Cik D momy the ZAs said...

yup... tp arie 1, akak 3 huhuhu
episod seterusnya nnt eh

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers