Hai semua :) episod cinta di bangku sekolah dah habis, yuk? Ape kata dalam kemalasan bergolek-golek di atas katil di pagi hari ni, kita sambung cite di bangku universiti pulak? Haha bergolek la sangat! Mak tak mampu nak golek dah skrg ni, nyah! *menangis sambil berusaha bergolek!*
Waktu kat matrik tu adelah berlaku perselisihan faham. It was painfull, seriously! Sbb sy cam dah shahyaaaaang sheshangat dah kat mamat ni. *Oooo, u bomohkan I ye, B? Hahaha* So I was trying very hard utk pujuk dia n etc. Dah le tuan tunang ni kalau marah xnk bercakap, nak pujuk tu mak aih ssh nak mamp! Tapi siapalah daku, dia wat dek je weh. Askar kan... Hati kering! End up, result matrikulasi ku sedikit kejatuhan. Tadek 4 flet der... Flat je haha. Tapi still la pommps gile yg mengganggu gugat kehidupan saya tu menganggap saya ni cemerlang tak terhingga. Kita ye kan sajelah! Hahah... *Dah tau aku ni mmg lg best dpd hang, awat nak compete lg?! Haishhh bdk2 zmn la!*
Sepanjang cuti matrik nak tunggu tawaran universiti tu saya jadi guru sementara yang super garang kat sebuah sekolah menengah. (Eh, ni xde kaitan dgn tajuk!) Sepanjang waktu tu adelah dia emel-emel saya bila senang. *Ha, ni yang buat I tacing tanak cari bopren lain ni =p* Lepas tu tah cane tah bole terbaik balik. Haha the middle of relationship was funny, oh? Jap suke jap clash. Lempang dua-dua kang baru tau! Haha...
Lepas tu saya dapat menyambung ke UM... Dan dpt jugak tawaran ke UK. Ingat lagi dia selalu cakap dia suka kalau sy jd cikgu. Oh, my! Kite tak suke la, syg! So waktu sy bagitau psl tawaran tu (ala yang mak sy dh tolakkan pastu baru tanya saya nak g ke tak tu) dia ckp pergilah n dia akan tunggu sy balik. Wah3, tacing mak! Berada di UM adalah seronok. Kadang-kadang bila dia cuti kitorang akan jenjalan a.k.a detim *detinglah!* tetapi kadang-kadang itu bermakna sebulan atau dua bulan sekali. Pastu sesuatu yang sukar dilupakan berlaku dan perpisahan itu terjadi lagi. Muahahaha jiwang sgt ayat tu, dila! =p
Life goes on. Saya tak rasa saya akan jumpa dia lagi tapi saya masih tunggu. Saya mula sibuk dgn aktiviti-aktiviti kolej. Saya kenal ramai org dan suka ramai org tapi tetap taknak menerima pengganti. Waktu tu jugak sy start blogging, mula tulis blog ni. Sobs. Ade la jugak kwn yang cakap saya ni bodoh. Tak pasti la cane "insan2 cerdik pandai" tu tahu, tapi dia ckp sy bodoh sbb tunggu Izo. Heleh, nk ngorat I tapi x dpt le tu! Haha jahat ok kau, Dila!
But he was all right! Memang kot saya masih sayang *muntoh di situ!* sbb tu ahkak tegar buat dek apabila dimengorat, dik! Haha... So one day, Izo texted me ckp dia ada di UM utk kejohanan silat. I pay him a visit. And that night was painfull but still, I smile sebab @ last I get the answer. Drama mlm tu was real. Dialog dia mlm tu mak dah hafal, nyah! Mak taknak ckp kat sini, je! Haha
Tapi lepas tu kitorang masih g melepak KLCC same2, kuar same2... Ape cer? Ape cer? Kawan je la. Cuma agak keji la sbb waktu dah dekat2 nak final tu sbnrnye kapel dgn sesorg tp tapenah ngedate dgn dia. ade je alasan ahkak tanak kuar pdhal boifren haha tapi waktu izo ajak kuar laju pulak aku bersiap. Hehe tu la org kate jodoh kot. Lari la ke mane pon... Jumpe jugak...
So finally kampus life's over. Yahoo! Graduation! Dpt bunga! Ok, sila berhenti eksaited! Hehe... Seminggu sebelum graduation, sy dpt kerja di Kolej Islam Pahang sebagai pensyarah. Life used to be a "WAH! Lari jauh2 pun end up jd cikgu jugak?" Tapi tukan rezeki so terimalah dengaan syukur dan redha. Masih berhubungan dgn Izo melalui Friendster (sbb waktu tu ahkak tanak sign up FB lg uols, x suka hidup glemer hiks!). Rasanya waktu tu dia ade aweks uols. Ahkak tak tau la nape perasaan ahkak ni panas je padehal ahkak pon ade bopren dah waktu tu. Nampak sgt la lbh syg exbopren dpd bopren sendiri haha lempang ahkak ni kang! Haha
Hari berganti hari. 2009 wasn't my year. Awal2 tahun dah ditipu bopren. Ade ke patut dia bertunang dgn pomps lain. Very the... Sumpah! Waktu tu trus je rasa cam Izo la lelaki paling mulia sbb dia x la sejahat lelaki2 lain yg penah mengorat I *wah!* tapi waktu tu izo xtau la kat mane. Saye pon dah pasrah je la kan tah-tah dia dh ade plan-plan nak kawen ke kan huhuhu
Tapi pastu tetibe dpt nombor fon dia. Camane eh? Seriously tak hengat. Waktu tu dia keje kat kuantan lagi tapi x pernah jumpa. Nak jumpe tapi tak nak jumpa sbb takut I cair, you! Kire-kire cam fobia jatuh cinta lagi la hahaha dah la I ni mudah jatuh cinta kat beliau... Ni sbnrnye kamu dah bomohkan kite ye, B?! Haha tetibe tanye gitu! So sesekali dua kali ajelah texting. Xde la bercinta hingga ke syorga pon time tu. Ahkak serik, uols! Sampailah sesuatu yang mengerikan berlaku...
...bersambung. (Ahaks!)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Me & my students
7 hours ago
0 precious comments:
Post a Comment