D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

WAHM : Work at Home Momy

WAHM : Work at Home Momy
Klik untuk maklumat penuh

May 6, 2011

MDS: Kronologi episod 2


'Bodoh ke hape doktor ni?!' Saya menyumpah dalam hati.
Sumpah bodoh sebab suruh saya ke hospital dengan cab dalam keadaan macam ni!
Gila!
'Apesal x call ambulan je?!' 
Sempat pulak bg cdgn tapi dalam hati je.

Saya sekadar mengangguk dan keluar dari bilik rawatan untuk tunggu surat susulan.
"Nak pergi sendiri ke, dik?" Tanya nurse di kaunter.
'Saye tahu la ni lunch time tapi akak cuba la prihatin tengok saya nangis-nangis cani akak x kesian ke?' 
Erk, bukan tu jawapan saya tapi sekadar mengangguk.

"Lambat lagi ke kawan datang?"
"Jap lagi makcik saya sampai kak. Depan tu mcm jem aje."
"Akak bukan ape. Akak nak kunci klinik ni. Nak keluar makan n sembahyang kejap."
'Bodohnye akak ni!' 
Erk, tu pon dlm hati je.
Jahat ok, sakit-sakit pon sempat menyumpah.
Banyak kali lak tu huhuhu ampunkan dosaku!

"Akak tolong hantar saya sampai kereta. Saya tunggu dalam kereta aje."
"Kereta kat mana?"
"Depan Maybank."
"Ok, jom." Balas nurse tu sambil pegang bahu saya dan ikut saya jalan ke luar.
Sampai kat pintu, "Boleh jalan sendiri? Kereta mana?"
"Maybank kak. Jauh. Takpe la, sy jalan sendiri!" 
Sumpah akak tu memang paling bodoh aku pernah jumpa.

Kalau ditakdirkan saya jatuh sekali lagi dlm perjalanan ke kereta tu, memang kena saman la dorang dua tu!
Nasib baik dalam sakit-sakit tu sampai gak kat kereta.
Nak masuk kereta punyalah susah.
Menangis-nangis nak angkat kaki.
Alhamdulillah lepas gak, start enjin, psg air cond bagai pastu text mak long, "kite kat kete, klinik tu tutup."

Call ayah. "Kite tgh tunggu maklong. Jatuh. Dia refer g pakar."
"Kenapa? Takpe, ayah & mak dtg sekarang!"
Try call tuan tunang, tak berjawab.
Tido kot.
Xpelah.
Then, maklong sampai n gerak g KPJ Damansara (DSH).
Jem gile dari depan klinik sampai depan OU.
Air mata dah kering kat pipi. 'Cepatlah sampai. Apesal sakit sangat ni?!'

Alhamdulillah selamat sampai kat DSH.
Oh my, baru drop by sini lepas keje hari Selasa lepas untuk lawat sepupu saya yang surgery batu karang.
Hari ni? Demmit! Sendiri pulak!
Turun kereta, wheelchair dah tunggu.
Nak jalan sendiri?
Memang tak la kannnnn.
Pasrah! Trus ditolak ke klinik kecemasan.

Tunggu staff tu call ING, sempat cerita kronologi sejak semalamnya kat sepupu saya.
Lepas hal insurans setel, trus nurse hangkut naik atas katil.
Sakit ya amat weh!
Mmg janganlah kau usik-usik seluruh tubuh bdnku waktu tu kalau tak daku menangis huhuhuwaaaaa

Lama berbaring-baring, siap amek temperature n tekanan darah bagai, datang la Dr. Thajunnisa.
Lembut je. Cantikkk!
Ok, enuf! Sakit pon sempat haha!
Dia tekan-tekan kaki saya dua tiga kali then ckp kat nurse, "MRI Scan and admitted!"
Lepas tu doktor cantik pusing dan senyum kat saya.
And dat was the 1st & the last time I met her.
Muahaha kau!
Lepas tu text tuan tunang, "kat KPJ Damansara, tunggu nak buat MRI Scan."

Menunggu adalah seperti memancing (waiting is like fishing)!
Bosan sampai tertidur sebab baru lepas kena inject painkiller.
Nurse dtg amek darah.
Daku pasrah. Proses sangat lama.
Demmit la specialist pon lambat huhuhu then dia tolak ke tempat scan.
Rase cam drama lak. Hehe.
The machine was so noisy but the pain was worst sampaikan bunyi tu saya rasa alahai tadek la bising sgt pon...
Dalam hati, habis segala surah yang saya ingat saya baca dan kat telinga terngiang-ngiang kata-kata doktor, "awak x pape ni, muscle cramp aje."

Memang harap sangat TAK PAPE will be today's news too, by that time.
It took 1 hour ++ to finish the prosedure.
Keluar je dari bilik tu, maklong mendekat dan cakap, "he told me that ur only choice is to undergo operation."
"Hah? What's wrong?"
"Awak slipped disc. Not one, but THREE!"
'Oh, my! Cite hindustan ke ni?!'
Saya ditolak semula ke klinik kecemasan sementara nak tunggu admitted.
I told myself, "apa pun terjadi, senyum!"

Gile kau tetibe nak nangis kat sini ramai org kottt!
Lepastu datang sorang doktor.
Saya baca tag nama, Dr. Abdul Malik.

"So, I dapati ada 3 disc you on ur spinal yang dah slipped. I bet u r a naughty girl. How old r u by d way?"

"26." =)

"Hurmmm might be naughty during kid. So now u'll be admitted 1st. I advice u to do the surgery a.s.a.p but the decision is all yours. Take ur time. But it's getting worst."

"Kalau saya setuju, bila boleh buat."

"I can arrange it if u request for even tomorrow. But I'm sure u need ur time to think."

"Do I have another choice?"

"Ada! Don't do the surgery, I don't mind. Tapi the pain will come and go, and when it come, u'll be in this condition."

"I'm getting merried end of next month."

"Alamak! Takpelah, awak pk dulu. Most of my patients choose not to do the surgery. Tapi at one time bila dah tak tahan sangat, mereka dtg balik and ask for surgery. 10 years, 20 years later. Tapi waktu tu I have no choice but kena masukkan besilah kat spinal mereka."

Senyum! Sayalah yang senyum tu!

"It's ok. Take ur time to think. I'll see u again."

"Sure. Thanks doctor!" 

Dila, yang penting kau senyum je konon-konon cam tabah.
Nak nangis la tu... Nak nangis la tu... 
Maunye taknak?!
Kau rasa? Kau rasa? Kau rasa???

**Bersambung**

0 precious comments: