July 11, 2011

MDS: Solat duduk post-discectomy

Selepas pembedahan tempoh hari (back on Tuesday, 26th of April 2011), pertama kali saya solat duduk seumur usia saya 25 tahun 10 bulan ++, air mata saya mengalir deras. Teresak-esak terus. Saya hilang khusyuk, saya lupa bacaan. Puas saya cuba ingat apa yang patut saya baca dalam duduk antara dua sujut tetapi hampa. Lambat-lambat saya bangun. Cuba cari mana letak buku panduan sembahyang. Ya tuhan, saya tak simpan buku tersebut di rumah! Saya cuba telefon sahabat terbaik saya, jawapannya klise "Aku pun lupa... Biasalah dila, kita lupa kot kalau kita bukan dalam posisi tu." Lagi kuat saya menangis! Tapi akhirnya saya dapat... Dapat ingat bacaannya "

Sentiasa, saya rasa down dan tak sempurna kerana tak mampu solat berdiri. Tak bersyukurkah saya? Bukan... Bukan saya menyangkal rukhsah yang Tuhan kurniakan, cuma saya yang pernah sihat sejahtera kadang-kala sentap apabila dah tak mampu menjadi yang selalu. Saya pernah cuba-cuba bersolat berdiri. Ada ketikanya saya mampu dan saya seronok dengan kemampuan itu! Ingat lagi kali pertama saya cuba-cuba solat berdiri, lebih sebulan selepas surgery. Waktu tu baru sangat-sangat lagi kawen dgn UA. Ceh, mcam la dah kawen patblas tahun hahaha.... Seperti selalu dia angkatkan kerusi comel, letak elok-elok di hujung sejadah saya.

"Tak nak!"

"Ape pasal tak nak sembahyang?"

"Tak nak duduk! Dah kuat, nak berdiri!"

"Ahhhh, xde! xde! Duduk!" marah-marah manja sambil tepuk-tepuk kerusi suruh saya duduk.

"Takmau! Bontot kite sakit la kerusi tu keras!" padehal alasan huhu

"Habis? Duduk antara dua sujud memang tak boleh la kan?"

"Boleh la... Boleh... Sebab tu kite nak solat diri... Aduh dia ni..."

"Ok! Ok!" sambil alihkan kerusi.

Saya solat seperti biasa dengan rukuk yang masih belum sempurna (sampai sekarang) sedikit aje bongkoknya dan rasa ngilu sengal-sengal di belakang dan tulang punggung sewaktu sujud dan duduk antara dua sujud. Tapi saya puas!

"See... Believe your wife, I am recovering fast!" ucap saya bangga selepas mencium tangan UA.

"Ok... Tahniah!"

Tapi soon after that... Yes, very soon after that saya mula rasa sakit kat kawasan yang sepatutnya sakit. Beberapa hari kemudian saya "give up" untuk terus sembahyang berdiri sebab sakit yang tak tertanggung tu. Sebenarnya therapist saya pun cakap belum boleh lagi. Mereka baru je ajar saya cara-cara sujud yang memudahkan saya dalam keadaan ni tapi saya yang degil nak buat jugak. Padan muka!

Tapi selepas lebih 2 bulan menyembah Allah yang Maha Pencipta tidak seperti saya yang dulu-dulu, ada waktu dan ketikanya air mata saya laju deras mengalir tatkala menghadap-Nya. Dalam hati selalu bertanya, "Sampai bila sujud saya harus tidak mencecah dahi ke sejadah?"

Usai solat, UA selalu fikir saya menangis kerana sakit. Ya, saya sakit hati dengan kemampuan diri yang terbatas ini. Akhirnya, terlepas juga keluh kesah saya. UA marah, katanya, "Tuhan tahu syg tak mampu dan Dia tak marah kalau syg solat mcm tu..." Tapi untuk menyenangkan hati, saya mulai solat dengan berdiri & rukuk yang kurang sempurna itu sehingga rakaat pertama saya lengkap tetapi tidak bangun untuk rakaat seterusnya sehingga salam. Tahiyyat akhir saya juga dalam keadaan duduk di antara dua sujud sebab saya tak boleh susuk bersimpuh sopan macam duduk tahiyyat akhir tu.

Alhamdulillah, saya masih mampu bersolat walaupun dalam keadaan duduk. Sehinggalah saya membaca blog post bertajuk Bilakah Boleh Solat Duduk? dari satu blog ni, saya rasa saya perlu cuba solat berdiri.... Hurm... Cuba! Yang oenting mencuba!

6 precious comments:

Rohani Hashim said...

umm, hany kagums sgt dgn org yg solat nya tak macam solat org biasa sbb, org tu memiliki semangat yg kuat. serius hany kagum.

LaLaLOLa said...

semangat kuat tu dulu kot... sekarang ni kadang kuat, selalunya terkulai... harap akan terus kuat untuk lalui sehingga sempurna ujian ni... thanks for dropping by, hany :)

Fina Sophie said...

ohmy :'( sy x prnh rasa sakit mcm tu. it must be so painful smpaikan nak solat pun tak dpt solat mcm biasa. hope everything will be just fine for u and family. moga terus tabah mnjalani. and praying moga cpt sembuh!

LaLaLOLa said...

insyaAllah... tlg doakan jugak ye :)
blog kamu is sooo cute... nak kena baca dari entry 1st ni! tapi slow2 la kot sbb xleh duduk lama hehe

eL said...

:'( sabarlah kawan!
aku doakan ko cepat2 recover and boleh kuat semula mcm sediakala
doakan aku jugak
eh tbe2
hehehe

LaLaLOLa said...

thanks elun... ayuh sama saling mendoakan ye chayang!

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers