September 19, 2011

Tiada perasaan untuk dirasa #ehyeke?

 *Hah! Kompem korang teringat kat kampung korang bila tengok gambo ni kan... Hehe!*

Ok, fine! Kite ni tak yah tengok la memang sentiasa je teringatkan kampung...
Ok, bukan la kampung sangat in fact rumah mak tu tadek maknanya kampung xde pon pokok-pokok rambutan nak panjat bagai pokok kelapa ade la tu pon kelapa gading je ape la sangat huhuhu
But still, we call it home sweet home, a place where you spent all your childhood life admiring your childhood hero -ayah, main baling-baling buah kelapa bola sampai kelapa tu jatuh hempap kaki pastu tercabut kuku kena kejarkan g klinik terluka tapi bangun semula sebab seronok main dengan adik-adik... Rumah tu la tempat main hohoho pastu dok meredah pokok bunga mak sampai kena sengat tebuan bagai...
Walaupun rupabentuk rumah tu rasanya dah 100% berubah daripada yang asal walaupun jiran cinapek keliling tu masih same je tak pindah-pindah tapi kan orang kata tempat jatuh lagikan di kenang inikan pula tempat bermain?!
Best wooo rumah tu tak tenggelam naik air kalau banjir walaupun tepi sungai hehe

Waktu sekolah dulu mak pernah pesan...
Ingat lagi masa tu saya tingkatan dua...
Katanya, "Kalau anak-anak mak dah kawin nanti, takpelah kalau sambut raya rumah mertua. Raya kan sebulan, 30 hari... Kalau balik ke rumah mak sehari dalam sebulan tu pun jadilah. Asalkan mak merasa beraya dengan semua anak-anak mak kat sini."
Owh, sedih okeh bila ingat kata-kata tu... so tak raya kalau kau balik rumah mak kau 29 Syawal!

Hari ni dah 21 Syawal... Dan anak perempuan bongsu yang paling cantik kat Benta nakal ini masih belum balik-balik menjejak kaki kat teratak usang mak tempat dia makan bersuap dengan mak, tidur berpeluk dengan ayah dek demam yang teruk beserta asma, diraikan dalam kenduri setiap kali dapat result UPSR, PMR, SPM, masuk U, graduate, dapat kerja... Rumah tempat dirisik, dipinang dan diraikan sebagai raja sehari... Ampunkan angah, mak! Ok dah tak payah nak drama ibu mertuaku di situ!


Ace nengok sini....
Flinstone... sekeluarga dia...

Nuhara ni pon... sekeluarga dia... walaupun anan-anaknye lahai hansap boleh tahan... 

Simpson... pon sekeluarga dia...

Yatim piatu macam Ipin&Upin pon sambut raya dengan keluarga sendiri pasal ade opah & Kak Ros kan... 
ok, fine! Bukanlah tak beraya langsung dengan keluarga, dgn mak ayah ayong & adik-adik tapi kalau korang baca semula ayat mak saya kat atas tu, maksudnya apa?
"Mak cuma nak anak-anak mak balik jenguk rumah mak... kalau mak masih ada dah tak balik sini, nanti mak dah tiada, korang akan balik ke?"

Ok, dah! Walaupun takde dalil yang cakap syurga di bawah tapak kaki suami (sbb sebenarnya yang ada cuma isteri perlu taatkan suami) tapi ayuhlah kita turutkan suami yang sibuk tidak boleh bercuti sebab takkan kau nak balik kampung sorang-sorang tinggalkan laki kau di rumah tak tahu apa dia makan dengan sapa dan sebagainya kan... Takpelah, mak... nanti kitorg balik la ye mak... *kesat air mata*

2 precious comments:

Amalina said...

memang janggal sangat2 bile balik kg sorang2 bila da kawen kan asri.. dulu aku ingat, mesti tak rasa pape.. tapi da banyak kali aku nak balik sorang, mak aku cakap, tak yah la.. huhu.. tak salah bertolak ansur ngan hubby yg takleh cuti, dan tak salah juga minta sia bertolak ansur balik hari (balik kg pagi, malam balik umah sendiri).. hehe..

Cik D momy the ZAs said...

last khamis baru dpt balik tu pon sbb adik aku accident and balik hari je... tah la kan nak kata lps kawin tgjwb anak perempuan kpd keluarga dah takde tu betul la tapi tu je la sorg mak sorg ayah yg kita ada.. tapi nak buat cane dh mmg jodoh dgn org sibuk, redhailah.. bkn dia buat kerja2 tak elok pon, cari rezeki utk i n anak2 jugak kan...

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers