October 20, 2011

Merawat luka terpendam...

Assalamualaikum...
Kawan-kawan sedar tak?
Kadang-kadang, dalam kalut kita menyaji senyum buat insan-insan yang sama-sama melata di bumi Tuhan ini, kita tersedar perit hati tercarik dek luka yang tak sengaja diguris oleh yang tercinta.
Remuk...
Siksa...


Tetaplah kita tindan dengan senyum pembalut duka moga-moga yang dicinta tidak terhidu sakit kita dilukainya.
Sendirilah kita mencari ubat untuk gurisan itu...
Mujurlah berjumpa...



Jarang ada kelukaan yang tidak mengundang air mata.
Maka menangislah sepuas-puasnya (1) tetapi pastikan tangisan itu sendiri-sendiri kerana itu yang paling melegakan. Ketika kita menangis, dapat dirasakan hati bagai dihiris-hiris. Perasaan itu sebenarnya darah yang mengalir dalam hati kita.

Dalam tangis dek luka gurisan manusia itu, ucaplah sebanyak-banyaknya kalimah Innalillahi wainna ilaihi rojiun dan Lahaulawala khuwatailla billah (2) untuk menyerahkan hati yang terluka itu ke tangan Allah untuk dirawatnya.

Bersujudlah dalam solat taubat dan solat syukur (3) yang khusyuk. Bermuhasabahlah, mungkin kita juga terlepas pandang akan hakikat bahawa Allah mengizinkan hati kecil kita dilukai kerana kita juga pernah mengguris hati-hati yang lain. Inilah cara Allah memberi kita merasa apa yang dirasai oleh insan yang kita lukai. Maka bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita juga pernah merasa terluka.


Tidurlah (4) kerana tidurmu pasti nyenyak selepas langkah pertama, kedua dan ketiga itu telah sempurna. Sesudah bangun dari tidur, berbicaralah dengan orang yang menyakiti hati kita (5) secara redha dan terbuka. Pada peringkat ini, marah kita dengan izin-Nya sudahpun reda kerana Allah telah merawat luka itu dalam tidur nyenyak kita tadi.




Setiap percaturan hidup disusun Allah dengan teratur dan bijaksana sekali.
Yang indah mahupun jelek pasti akan datang silih berganti.
Itulah corak kehidupan setiap seorang daripada kita.
Hati ini milik Dia maka hanya Dialah yang mampu menyembuhkannya.
Waktu kita diuji kecewa, itulah saatnya kita dapat merasakan Allah benar-benar berbicara dengan kita.
Terimalah kepahitan apatah lagi kemanisan yang dititipkan kepada kita walaupun sebesar zarah.
Ingatlah, Allah akan gantikan kesabaran kita dengan kiriman hadiah.
Allauhualam...

2 precious comments:

Nia said...

aha...lps tidur rasa marah tu akn redha ya? insha'Allah..

Cik D momy the ZAs said...

insyaAllah... marahnya reda lepas tidur sebab tu ade pesanan suruh duduk jika marah ketika berdiri, baring jika marah ketika duduk dan tidur jika marah ketika berbaring :) allahualam

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers