KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH. APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA AKAN MENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG.
~~~~~~~~~~
Assalamualaikum, kawan-kawan... Hari ini saya
ingin berkongsi Petua 8P daripada Dato Siti Nurbayah yang sebenarnya saya copy-paste je dari blog ini. Semoga
petua ini dapat memperbaiki dan menyuburkan semula cahaya cinta dalam
rumahtangga kita masing-masing...
“KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA BERCERAI BERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA,” ~ Siti Norbayah
P.U.J.I
Suami: Pujilah isteri, tak kira sempena apa pun, walau si isteri sekadar membuatkan air, mengurus rumah tangga, memasak, mengurus anak, potong rambut
Isteri: Suami anda masih tetap seorang manusia. Walaupun dia tegas, tapi jauh disudut hati, merekalah makhluk paling manja atas muka bumi, pening sikit je dah tumbang (which is very true!!)... Jadi pujilah usaha suami (walaupun baru semalam UA cakap kalau saya puji, dia zzz... jer! sobs, sampai hati!) yang bekerja keras mencari rezeki, pujilah penampilan dia, pujilah hadiah atau pemberian dia, etc kerana pujian atau kata-kata yang baik dan indah adalah santapan jiwa. Hati jadi tenang dan lapang seperti kata Hamka, "Kata-kata yang baik akan melunakkan jiwa".
P.E.L.U.K
Suami: Peluklah isteri anda; mula dari bangun tidur, hendak ketempat kerja, balik dari kerja, sedang dia memasak, sedang menonton, bila-bila dan di mana-mana saja
Isteri: Peluklah suami, tapi pastikan dia sedang selesa. Kalau suami sedang serabut, usaplah belakangnya, belailah rambutnya. Usah banyak bunyi! Senyum je. Kalau respon suami baik dan dia senyum, peluklah dia sebentar dan cukuplah... Itu mungkin boleh jadi penawar kepada ketegangan emosinya. Sokongan anda untuk emosinya bertenang sangat diperlukan dan dihargai.
Jadi peluklah
pasangan anda. bukankah dia telah halal untuk dipeluk semahunya?
P.E.N.G.H.A.R.G.A.A.N
Suami: Belajarlah menghargai isteri. Isteri
Isteri: Suami dah bertungkus lumus berusaha mencari rezeki. Berterima kasihlah! Berikan hadiah untuk menyatakan terima kasih anda... Tentu anda tahu selera suami... Apa saja, paling sempoi pun, tuliskan nota kecil
P.E.R.H.A.T.I.A.N
Suami: Bagi kebanyakan suami, apabila mengahwini si isteri, bekerja mencari nafkah, menyediakan keperluan itu sudah lebih dari mencukupi. Sedangkan sebenarnya, isteri juga memerlukan kata-kata dan perhatian; melayan dia bercerita, bertanya apa saja hal berkaitan diri dan aktivitinya, melawan dia bersembang, atau lebih tepat berkomunikasi. Maka, berikanlah perhatian... Kalau boleh layan bola, layan FB, layan movie atau meeting berjam-jam, takkanlah layan isteri bersembang sekejap pun menjadi hal, kan...
Isteri: Suami jarang menyatakan apa yang dia suka atau tidak suka. Orang lelaki kurang bunyi, lebih tindakkan. Sebagai isteri, harus belajar memahami. Jaga keperluannya walaupun sekadar membancuhkan air kesukaannya. Ok, yang ni selalu saya fail! Hampeh! Perhatian bukan bererti anda harus cerewet itu dan ini tapi sederhana dan sentiasa peka bila dia perlu dan bila dia mahu bersendiri. Tapi takkan asyik nak bersendiri je kan... Huhuhu...
Ambil hati dan tahu
apa kemahuan pasangan. Bila dah berumah tangga, selalunya semua dah dianggap
'terlalu biasa' dan perhatian semakin kurang. Apabila ini terjadi dan
pasangan anda terasa diabaikan, anasir luar mudah menjadi virus dan
merosakkan hubungan anda. jadi berhati-hatilah.
P.E.R.S.E.F.A.H.A.M.A.N
Suami: Belajarlah memahami isteri; bukan mudah bertungkus lumus mengurus rumahtangga. Suami balik kerja selalunya dah tak ada nak kejar apa. Kalau isteri surirumah, sampailah tengah malam mereka masih buat kerja. Begitu juga kalau isteri yang bekerja. Justeru suami, anda harus belajar dan pratikkan sikap memahami bebanan dan tugas isteri anda. Baik kalau anda boleh membantu yang mana perlu.
Isteri: Fahamilah keadaan suami. Bertolak ansur dan bertimbang rasalah dengan suami. Usah diganggu ketika dia bekerja. Tunggu sehingga mereka yang menghubungi anda
P.E.R.G.A.U.L.A.N
Suami: Apabila bergaul pastikan tahu batasan dan kenal isteri anda sebelum anda mencipta masalah. Mungkin bagi anda tiada apa-apa tapi bagi isteri ia mendatangkan cemburu. Jadi demi keharmonian, berhati-hati dengan tindakan anda. Tidak dinafikan orang lelaki selalunya suka bergurau, tapi ada ketika gurauan anda bukan lagi lucu dimata isteri, jadi 'sendiri mau ingat'!
Isteri: Anda sendiri tahu apa yang patut atau tidak dalam pergaulan seharian. Apa sekali pun, bagaimana baik pun anda dengan rakan atau teman, baik wanita atau lelaki, utamakan suami lebih dari teman anda, rakan anda kerana suami itu lebih berhak keatas anda berbanding rakan taulan. Jika suami tidak suka dan melarang anda bergaul atas sebab yang betul, lebih baik mengikut kata suami dari bertekak mempertahankan rakan dan mengguris hati suami...
Tidak dinafikan, kita perlukan teman taulan atau rakan karib. Ada
ketikanya kita lebih selesa mencurahkan segala yang terbuku dihati
kepada sahabat baik berbanding kepada pasangan. Semacam ada satu
'chemistry' yang menyebabkan hanya dengan sahabat, kita lebih
lega, walaupun ada ketika nya mereka berlainan jantina dari kita. Pun
begitu, apabila kita telah berumahtangga, ada ruang waktu dan jarak
yang harus kita cipta dan bina demi menghormati pasangan. Ada baiknya
juga perkenalkan sahabat baik anda kepada pasangan terutama jika mereka
berlainan jantina, bagi mengelakkan salah faham dan fitnah. ada
pasangan yang boleh menerima hal ini ada yang tidak, sebaiknya sebelum
mendirikan rumahtangga anda berlaku jujur dan berterus terang.
P.E.R.C.U.T.I.A.N
Suami: Sesekali, bawalah isteri pergi bercuti... Hanya anda dan dia... Kembalikan nostalgia romantik anda bersama walaupun keadaan sudah banyak berbeda. Anda dan pasangan perlukan suasana baru untuk menjana semula benih kasih sayang. Cas semula bateri kasih yang semakin malap. Jangan sesekali dipandang remeh!
Isteri: Sesekali ikut dan berilah cadangan kepada suami untuk anda dan dia saja berduaan, bercuti bagi mengembalikan kenikmatan bersama. Tapi jangan minta yang bukan-bukan. Kalau suami mampu sampai ke Melaka je, jangan minta nak pegi Malibu! Agak-agaklah kan huhuhu...
P.E.R.M.O.H.O.N.A.N
Suami: Adalah menjadi tanggungjawab suami membimbing keluarga. Jatuh bangun keluarga adalah ditangan anda. Andalah yang meentukan keadaan rumahtangga dengan pertolongan Allah swt. Maka, bermohonlah kepada-Nya agar anda dan pasangan sentiasa dalam keadaan berkasih sayang, menghormati satu sama lain, beriman dan redha dengan apa saja rezeki, nikmat dan ujian dari Allah Swt.
Isteri: Sebagai isteri, wajarlah kita berterima kasih kepada suami kerana sudi memilih kita dalam berpuluh senarai aweknya (CHOIT!) Berterima kasih bererti kita bersyukur. Justeru wajar kita memanjatkan permohonan dan berdoa kepada Allah Swt agar kita menjadi isteri yang sabar tenang dan tahu bersyukur dengan apa yang kita ada. mohon agar kita dan suami sentiasa dilimpahi Rahmat dan kasih sayang, memberi dan menerima kekurangan dan kelebihan dengan redha.
Apabila anda sudi mengahwini pasangan anda bererti anda
bersetuju dengan pakej yang ada padanya -buruk, baik, terkurang,
terlebih, perkara yang anda suka mahu pun benci ada pada diri anda dan
pasangan. Kita tidak boleh memilih atau menolak, nak yang best, yang tak best buang.. Anda pun sama je... Maka, terimalah
pasangan anda seadanya dan sama-sama berusaha memperbaiki diri, memberi
yang terbaik dan menerima yang kurang dgn lapang dada.
Semoga kita semua bahagia... InsyaAllah, aminnn...
0 precious comments:
Post a Comment