December 10, 2015

Resipi apa pula hari ni?

Saya masak ni hari ni :)
Sempena hari lahir Rosmah Mansor.
Eh? Tetibaaa... Hahaha
Acah jer..

Anak2 pilih utk mkn dgn roti.
Mereka refused nasi tengah hari ni.



♡♡♡ KARI SARDIN ♡♡♡

Bhn2:
★ Sardin
★ Bawang merah - hiris
★ Bawang putih - hiris
★ Serbuk kari - buat pes
★ Halia - hiris
★ Kentang
★ Garam
★ Gula

Camano nak masak?
✩ Asingkan ikan sardin dan sosnya.
✩ Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga agak agak rata bergoreng.
✩ Tumis bawang hiris dan halia sehingga wangi.
✩ Masukkan pes kari. Goreng sehingga rempah garing dan wangi.
✩ Masukkan santan, biarkan masak. Kacau supaya santan tak pecah, nanti kari x cantik :)
✩ Kemudian, tuang sos sardin dan tambah air secukupnya.
✩ Masukkan kentang, biar sampai empuk.
✩ Akhir sekali masukkan ikan sardin.
✩ Sesuaikan rasa dengan garam dan gula serta kepekatan yang diingini.
✩ Angkat dan sedia utk dimakan dgn roti atau nasi.

Admin buat so so, tak pekat, tak cair. Marvelous sangat makan dengan Gardenia. Cuba, tau!

posted from Bloggeroid

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers