Rentetan entry semalam, ayuh kita kaji pula 10 tanda hati kotor atau hati mati dan 9 sebab yang membikin hati tak bahagia. Wah, bikin katenye, ko! Takpe la ye, anggap je ini perkongsian Jumaat.
Pertama sekali mari kita kaji
10 tanda hati telah kotor atau lebih dahsyat, telah mati
(1) Tahu dan mengaku mengenali Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan haknya
(2) Kenal dan tahu sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w tetapi tidak mengikut apatah lagi mengamalnya
(3) Membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya
(4) Menikmati pemberian Allah s.w.t tetapi tidak mensyukurinya
(5) Mengaku syaitan musuh utama tetapi tidak berusaha menentang godaannya
(6) Mengaku wujudnya syurga tetapi tidak berebut untuk mendapatkannya
(7) Sibuk membuka keaiban teman, keluarga dan orang lain
(8) Mengakui kematian itu nyata tetapi tidak bersedia untuk menghadapinya
(9) Mengaku wujudnya neraka tetapi tidak berusaha menjauhinya
(10) Menghantar jenazah ke makam tanpa mengambil ikhtibar daripadanya
Habis tu apa pulak yang meragut kebahagiaan hati?
Ayuh kita selami
9 sifat-sifat mazmumah penyebab hati tak bahagia
(1) Sifat pemarah yang menyebabkan hati tak tenang dan sukar mendapat kawan.
(2) Sifat pendendam dan sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas walau sekecil hal pun.
(3) Sifat hasad dengki yang menghanguskan amalan
(4) Sifat bakhil kerana Allah lebih sayangkan orang fasiq yang pemurah dan membenci abid yang bakhil kerana sifat pemurah itu memberi manfaat kepada orang lain
(5) Sifat tamak selalu rugi macam anjing dengan bayang-bayangnya kerana rezeki yang berkat ialah yang dapat dimanfaatkan
(6) Sifat tidak sabar dari sekecil-kecil perkara sehingga yang sebesar gunung
(7) Sifat ego yang merupakan ibu segala sifat mazmumah dan membuatkan seseorang pating tidak tenang kerana pantang tercabar dari sudut zahir dan batin
(8) Sifat riak kerana sentiasa dahagakan pujian
(9) Sifat cintakan dunia dan tidak meletakkan akhirat di hati
Hurmmmm... Banyakkan?
Dan ada waktu-waktunya kita juga terlepas pandang dengan kelakuan kita yang mungkin menghampiri 19 perkara ini.
Tapi Alhamdulillah Allah itu Maha Penyayang
Setiap kejahatan ada jalan untuk menumbangkannya
Hati yang kotor boleh dibersihkan semula
Tapi bagaimana?
Begini...
(1) Sentiasa mendampingi dan mengambil sebanyak-banyak ilmu daripada orang-orang soleh
(2)Sentiasa basahkan bibir dan hati dengan zikrullah
(3) Cintai akhirat yang kekal abadi melebihi cinta pada dunia
(4) Menyesali perbuatan dan bertaubatlah
Mudah tetapi perlu konsisten melakukannya...
InsyaAllah, ada jalannya...
Oklah, bye!
Eeh, Assalamualaikum.. :)
0 precious comments:
Post a Comment