Hampir 4 bulan tidur sebantal baring sekatil dengan kekasih awal dan akhir yang dedemok dedempol paling saya kasihi ini, ini kali pertama saya tak merasai nikmat mengantuk. Satu minit ke jam satu, saya sibuk menaip yang ini sambil telinga tajam mendengar rentak tarik hembus nafas si suami. Kisahnya, kesayangan saya menghidap apnea :(
Dua hari selepas sah bergelar suami-isteri, saya suarakan cadangan supaya dia ke klinik untuk rawatan. Sebab? Pada malam yang pertama lagi, dia seolah berhenti bernafas dalam tidur nyenyaknya. Sompah, saya gelabah! Hampir seminit, tiba-tiba dia tercungap. Laju neuron otak saya teringat satu kisah yang pernah saya baca lama dahulu. Masalah tidur! Maka dengan hati bimbang tapi terselit yakin saya suruh dia berubat. Sekurang-kurangnya berusaha. Tapi ya ampun degilnya dia langsung tak mengendah cadangan saya.
Sumpah, sepanjang usia perkahwinan yang belum begitu lanjut ini, saya sedikitpun tak pernah terganggu dek dengkuran panjanng-kasar-bising suami yang hanya satu ini. Malah saya akui jika tidurnya senyap tak berbunyi, itu yang saya khuatiri. Sebulan... Dua... Tiga... Empat... Dia masih tak menjejak penawar. Namun tuhan itu maha kuasa, mengabulkan doa seorang isteri yang sedang menggalas benih sang suami dalam rahim ini; Dia "temukan" kesayangan saya dengan sisipan akhbar Kesihatan dalam Utusan Malaysia bertarikh 16 Oktober 2011 (Ahad lalu).
Rentetan itu, dia ke klinik. Mula dengan title sebagai pelajar, dia dirujuk ke PPUM untuk rawatan lanjut, terus dirujuk ke pakar. Berdasarkan beberapa ujian yang dilakukan, selain masalah resdung yang teruk, kesayangan saya juga mengalami bengkak tonsil tahap ke 3. Perlu dibedah. Mujur saya punya seorang dua rakan doktor untuk bertanya. Katanya tonsil kalau dibuang pun tak mendatangkan banyak mudarat sebab tugasnya yang hakiki ialah untuk combat infection waktu kita kecik so dah tuan ni xde function sangat. So sekarang yang perlu dirisaukan is his OSA symptoms tu la. Memang banyak sangat ada kat UA. Risaunya...
Hujung tahun nanti kena buat sleeping test sebelum doktor sahkan itu OSA atau apa then kasik medical treatment yang sesuai. Sementara tu saya kena tolong dia reduce weight, tidur mencukupi dan baik-baik serta buat apa-apa patut sebagai self-help treatment. To date, UA dah over 20kgs tau! Tu la sibuk sangat nak maintain 80kg++ supaya boleh lawan dlm kategori tu. Tak sihat, tau!
Ish, ramai kan sebenarnya yang tak amek tahu hal berdengkur ni. In fact, Pak Lah himself pon lepas kawan-kawan sarankan baru dia amek berat. Risau la... Bahaya tau benda ni berisiko tinggi sebenarnya... Boleh membawa maut juga... Ya Allah, Kau permudahkanlah rawatan suami ku dan sembuhkanlah kesayanganku ini dengan segera.
p/s: As org lain dok cakap-cakap nnt baby terkejut dgr ayah berdengkur n etc, sebenarnay takde orang yang faham kerisauan saya bila tengok suami tidur nafas tersekat-sekat mcm saat saya tulis entry ini...
B, jaga diri baik-baik, ok!
I LOVE YOU!
0 precious comments:
Post a Comment