Showing posts with label #throwback. Show all posts
Showing posts with label #throwback. Show all posts

May 29, 2014

May 8, 2014

MDS: Kronologi episod 7

Setahun berlalu selepas entry ini...
Jom kita imbau semua kenangan pahit manis diberi peluang kedua untuk bertatih :)

Hari ke-5 kita muntah pain killer!
Whadda!!!
Setahu sayalah kan, saya takboleh makan panadol & ponstant je.
Kalau makan sure 4-5 jam kemudian saya muntah atau cirit-birit.
Mungkin aplikasi kali ni pon serupa kot huhu...
3 janis pain killer ok depa tuker.
End up pasang morphine semula T___T
Lagi disaster, tak boleh balik rumah lagi hohohoi...

Frends came in from for visit
A basket full of flowers & best wishes from Editorial team
Great food of my choice
Mak mandikan daku macam baby
Oh, I was a happy drug-user kahkahkah

The physiotherapy went very well, I like it best!
Ala, bukan buat apa sangat pun, angkat-angkat kaki jer...
Tapi sakit. Seriously sakit!
Sebab semuanya mcm start from ZERO.
Was like, kau tahu mcm mana nak angkat kaki tu, mudah dan tak sakit tapi kau macam tak reti nak angkat kaki yang mudah dan tak sakit tu camana. Gitu!

Malamnya tido dan makan lagi sampai boleh discharge 5 hari selepas pembedahan...
Ok yg ni nanti kita story mory lain ketika okeh :)

April 30, 2014

#throwback | P E L U A N G K E D U A

26 April 2011 - 26 April 2014 : 3 tahun pasca discectomy saya kongsikan #throwback nya di fb jer...

~~~~~~~~~~
FB post on 21 April 2014

Bumped into this post, 5 days before the third year of the tragedy.

As far as I remember, tomorrow, 3 years back, we went out for hantaran things shopping & having supper with a small group of SEMSASIAN9802. It was Friday.

The next day, woke up to feel the backpain which I was certain that it's only another "muscle cramp" as the doctors always said. Crawling down the bed for shower, sempat cuci bilik air ok time tu... Sambil duduk! At noon, cant bear the pain anymore, push myself to get up and drove to the nearest clinic. Yes, I cant stand up, not even sitting down!

The nearest parking bay was a few cars away. Again, crawling myself to the door of the clinic on the hot sunny Saturday. CRAWLING! The clinic was about to close.

Begging the nurse to meet the doctor. Got my turn, the last of the day. Managed to get into the doctor's room. "What's wrong with me? Is it my kidney?" was my last two sentences before I felt on the doctor's shoes. ON THE DOCTOR'S SHOES!

Was refered straight away to the nearest panel hospital (thank Allah for the permanent job with good medical benifits You gave me before all thise things happen!), did the MRI and the first thing the doctor told me was, "I can arrange your operation by tomorrow morning, I dont think you can wait!"

The rest... Nanti sambung.. Tetibe sesak nafas mengingat kisah silam huhu

P/S:
The "tomorrow morning" was SUNDAY, by the way... T___T 


 ~~~~~~~~~~
FB post on 23 April 2014 @ 7:11 p.m.


[sambungan...]

Mlm ini, 3 tahun lepas.
Saya terlantar di katil Damansara Specialist Hospital.
Dah x sakit dah tapi saya tak dibenarkan bergerak.
Ok saya gerak sikit2 sebab tak sakit dah.
Slip disc ni bukan setiap masa ko sakit.
Bila byk rehat nnt sakit tu tinggalkan ko kejap.

So saya sekadar baring.
Bangun g tandas je.
Tu pon mak tak bagi kunci. *shy*
Mandi. Shower. No bucket.
Gosok gigi. Slow2 je.
Sebab semua perbuatan boleh sebabkn disc makin gerak n himpit nerve saya.
Sangat tipis kawasan yg tinggal kata doktor.
Jatuh sekali, mungkin lumpuh.
Mau tak nangis kau dengar tu?
Eh tak... Saya tak nangis... Nangis dlm hati je, kejap!

Tunang sy & parents dia dtg.
PIL to be nasihatkn mak ayah sy utk teruskn operate.
"Kita jaga dia sama2," katanya.
Nikahnya lagi sebulan seminggu.
Bukan mudah utk menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Pembedahan TULANG BELAKANG!

Doktor dtg lagi.
Explen pada parents.
Ye, parents saya baru sampai ptg tu.
Kakak sy tengok film xray tu.
Dia pon cakap SIKITTT je lagi huhu.
Plg takbleh blah ayat doktor haiwan dia tu, "kalau anjing ke kucing ke ni, kitorg kna matikan dulu baru bleh operate."
Huhu kalo matikan aku, takyah la operste dah... Kahkahkah....

 Oklah, sebenarnya sebak... Nnt sbung lagi!





~~~~~~~~~~

FB post on 25 April 2014 @ 11:30 p.m.

[sambungan lagi...]

Sekarang, 3 tahun lalu, sy minum tegukan last dan start berpuasa.
Tak ingat sy mampu tidur atau tidak malam tu sebab esok seawal 730 pagi saya akan disorong ke bilik bedah...


Pagi tadi, 3 tahun lalu, Isnin 25/4/2011, saya kalut call pakar saraf dan tulang di KB, tak ingat namanya.
Menceritakan perihal mri saya, katanya dia x advice utk treatment lain selain operation.
Saya cuak! Called tunang saya, "Saya takut..." and that was my first tears after admitted on Saturday.

Later then, I made up my mind.
I need to get my life back.
I need the operation!

Tengah hari itu, ayah saya sampai.
Ayah nampak tenang.
Tapi saya nampak paper yg sedang dibaca sebenarnya dlm keadaan terbalik.
Saya katakan saya dah ada keputusan.
Jawab ayah, "Kalau boleh, ayah taknak anak2 ayah dioperate." dan saya tidak pun menanya alasannya.

 Petang itu Dr. Malik datang dgn dayang2nya.
Saya senyum-senyum.
"Saya setuju dioperate!" dengan riak penuh yakin tapi hati goyah sikit.
Terus dayang Dr. Malik hulur borang dan pen.
Saya sign.
"Ok esok 730 pagi nurse dtg ambil awak. First slot, saya taknak tunggu lagi."
Tamat...
Ini bukan terlajak perahu!

~~~~~~~~~~
FB post on 26 April 2014 @ 7:40 a.m.

[sambungan bahagian 4]

It's the day!


Jap tadi, 3 tahun dulu, nurse dtg bg baju OT.
Betul2 lps sudah mandi.
Saya pakai dgn perasaan kosong.
Tapi saya senyum!

Tak lama lepas tu family sampai.
Mak ikatkan baju tu, ikat belah belakang.
Tunang tiada.
Dia exam hari tu.
Paper master.
**Sebab saya, dia fail papernya!**

Lepastu saya baring.
Lebih kurang jam 745 saya disorong ke dewan bedah.
Saya tetap senyum.
Ada mak, ayah, adik saya, paklong & maklong.

Saya cakap dalam hati, "Eh, mcm drama pulak!"
Saya ckp mcm tu byk kali.
Especially bila scene lalu pintu byk.
Dan bila nurse ckp "Family tunggu sini je," bila dah betul2 sampai ke dewan OT.


Tiba2 air mata saya bergenang.
Sekarang!
Tengah bergenang!
Kalaulah 3 tahun dulu pembedahan itu tak berjaya, siapalah saya hari ini?

TERIMA KASIH ALLAH!
Terima kasih untuk kehidupan kedua ini.
Terima kasih untuk saraf tunjang dan kedua kaki ini.
Terima kasih kerana melahirkan saya dalam family ini.
Terima kasih menjodohkan saya dengan lelaki ini & keluarganya.
Terima kasih untuk semua ujian dan dugaanMu!

~~~~~~~~~~
FB post on 26 April 2014 @ 10:10 p.m.

[sambungan bahagian 5]

Alhamdulillah...

Tghari tadi, beberapa minit sebelum jam 1, 3 tahun lepas, saya ditolak keluar OT selepas 5 jam dioperasi.
Saya sedar dlm keadaan sedang menangis teresak2.

Tok Mat (pakar bius saya) yg paling panic.
Katanya, "Bertahun saya jadi doktor bius, saya belum pernah gagal. Awak jgnlah gagalkn saya yg dah nk pencen ni... Dah xde dos saya boleh bagi awak. Maksimum dah tadi..."

Alkisah rupanya saya 'terjaga' sekejap ketika operation.
Ya Allah... Taknak saya ingat!

Jam 4 saya dah boleh bangun.
Berjalan.
Tapi dengan bantuan tongkat kaki 4 tu.
Yup, saya berkaki 6.
Tapi tu dah cukup syukur...
Sebab saya boleh berjalan selepas 3 jam keluar OT.
Alhamdulillah...

Sampai di bilik fisio, ditolak atas wheelchair oleh Faizal (terapist), para terapist yg lain dah menanti.
Kak Akmal, Kak Siti dan 2-3 terapist lain yg sy x ingat namanya.
Semua tunggu saya dengan linangan air mata.
Sedih katanya sbb sy masih muda dan keadaan spine sy tu memang teruk (dorg dah tengok film MRI tu) dan tak sangka saya boleh bangun berjalan secepat itu.
Alhamdulillah...

Skrg, 3 thn lps, sy terbaring mengekek2 ketawa tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan kakak saya!
Sakit?
On morphine maaa...
Heaven!
Hikhik

~~~~~~~~~~

Hmmm... Sehingga situ sahaja, tak mampu saya nak coretkan lagi tetapi masih mahu mencoret sebanarnya...
Hati saya suka, syukur...
Hati saya juga menangis...
Ya Allah, hanya Kau sahaja yang mampu memberikan kami KEHIDUPAN SEMULA!

September 29, 2013

[throw back] 29 bulan selepas 29 Mei 2011

Hantaran kahwin Cik D untuk Uncle Abang

Sireh junjung

Cincin lelaki & bunga rampai

Belt & wallet

Manisan (gula kabung)

Keris panjang & parang

Persalinan silat

Capal songket

Buah epal

Kek
~~~~~~~~~~

Hantaran kahwin Uncle Abang untuk Cik D

Fondant cake

Sepasang kasut (Primacera black lace 3")

Handbag & purse (Charles & Keith)

Batik digital (utk langkah bendul)

Bunga rampai

Makeups (MineraLogics by CosMedix) & perfume (Britney Spears)

Rantai tangan & mas kahwin 2 dinar

January 27, 2013

#throwback 2012

Assalamualaikum semua... Rindu saya tak? Eceh!

Hurm... Lamanya tak menulis! Sungguh! Sejak entry terakhir dulu (tu pun copy-paste-edit), terimalah entry pertama saya bagi tahun 2013, merangkap entry ke-408 setelah 100 hari berselang dengan entry ke-407 yang menutup diari 2012 bolg ini...

Alhan wa sahlan 2013, harapnya belum terlambat biar usai sebulan usia tahun baru ini. Sungguh, terlalu banyak coretan hati yang tinggalnya saya simpan diam-diam dalam hati sahaja sepanjang beberapa bulan penghujung tahun lepas. Ada perkara, yang jika ditelek belek, sudah terbayar dengan rencana Allah yang lebih membahagiakan. Namun ada juga halnya yang masih bersisa luka belum kering sepenuhnya. Ah, biarlah! Biarlah ceritera yang duka kita biar ditiup angin bersama berlalunya 2012 itu. 

Kembali acap saya pengingatkan diri sendiri; hidup ini tidaklah lama untuk aku sia-siakan dengan gurisan luka di hati orang lain. Luka aku? Hati aku? Basuh dan rawatlah sendiri, sayang! Sungguh, sejak saya menjadi saya yang "baru" selepas discectomy, dan selepas cinta hati sampai mati kami lahir ke dunia ini, saya rasa ada sedikit "saya" yang telah pergi namun berganti dengan "saya" yang lebih baik. Oh, memang susah nak jadi perfect, tapi baguslah jika kita semakin baik; semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan semoga esok lebih baik daripada hari ini.
Tahun 2012 saya tinggalkan dengan sedikit gurisan di hati beberapa insan (maafkanlah...) disamping kenangan-kenangan indah untuk masa depan, Alhamdulillah... Ada kala saya digoyang riak dengan kelebihan yang tuhan uji ke atas saya dan tidak dikurnia kepada hambanya yang lain. Tapi bila hati kembali kepada pencipta, saya akur kembali yang saya juga tak punya banyak perkara yang Dia kurniakan kepada yang lain. Ya Allah... Subhanallah... Jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan ujianMu, tuhanku!

Sekadar imbasan; 
Februari 2012 saya & UA diuji dengan masalah trimester terakhir kehamilan, yang kemudian terubat dengan kelahiran benih cinta hati sampai mati kami pada 1 Mac 2012. Performance appraisal saya sekali lagi hanya dinilai thru phone interview pada April 2012 dan Alhamdulillah (syukur ya Allah atas kepercayaan yang Kau sematkan dalah hati HODku terhadap kerja kuatku setahun yang lalu), sedikit lagi imbuhan kenaikan gaji sebagai rezeki si anak. Kembali bekerja pada Mei 2012 dengan berita gembira menerima tender buku teks utk tahun kedua. Cuma ujian peritnya, bekalan susu ibu momy untuk si puteri merudum teruk lantas kekeringan biar segala usaha cuba jaya dilakukan untuk memberi yang terbaik buat kesayangan hamba. Jun 2012 sekali lagi rezeki bonus berkat tender terdahulu, berhasillah menghadiahkan UA hadiah 3 in 1 -1st anniversary cum father's day cum birthday :) Ogos 2012, Aidilfitri pertama sebagai momy, gembira alahaiiiii tak terkata! September 2012 baby ZA mula sakit-batuk-demam-kebah-sakit semula. Disember 2012 dirayu paed untuk bercuti menjaga si anak yang sakit, maka bercutilah saya tanpa gaji selama 3 minggu dan merasalah hidup Januari 2013 ini sebagai orang bergaji kecil.

Indah kan jalan yang tuhan bina untuk kita, amnya saya dalam tulisan ini, selusuri. Hakikatnya kita tidak sendiri. Jika kita sebatang kara pun dalam dunia ini, pandanglah ke dalam hati kerana cahaya Ilahi sentiasa tinggal di situ menemani kita dalam setiap denyut nadi.

Tiba-tiba hati sebak untuk terus melihat ke belakang. Teringat satu pepatah; Don't look back! If Cinderella go back to find her shoe, she will never be a princess! So cheers, dan teruskan hidup untuk menjadi insan yang lebih baik dan bermanfaat untuk dunia dan seluruh isinya :)

Wassalam...

September 18, 2012

[ZA 6 bulan] Happy 200 days birthday, sayang!

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-200 hari, sayang!

 

200 hari-hari indah, sangat indah, terlalu indah, bersamamu...

200 hari lalu, mommy sengeh-sengeh gelak-gelak tutup risau dalam hati, tak mahu ayah tumpang risau sekali walaupun hati isteri ni tahu ayah risau nak tunggu mommy dilapah kali kedua dalam OT.
Mungkin kali ini lebih risau lagi, sebab mommy dah berstatus isteri ayah, hak mutlak ayah, dan mommy di dalam OT bersama baby ayah yang ayah tak sabar-sabar tunggu kelahirannya...
Tak macam dulu, kali pertama mommy dilapah kulit dan dagingnya, dikikis dan ditebuk temulangnya, kami masih berdiri dengan ikatan pertunangan, cuma debarnya kerana waktu itu hanya tinggal kurang lebih sebulan untuk diijabkabulkan.
Saya dijadualkan untuk Cesarian pada hari Jumaat, 2/3/2012 (kandungan berusia 39 weeks & 2 days) oleh pakar O&G MHKL setelah melalui beberapa minggu yang mendebarkan dan penuh berjaga-jaga selepas berkali-kali kuar masuk spital leaking pada minggu ke-34, sac baby ZA bocor. 
Ok boleh trace back entry tersebut later :)
Then amek cuti early seminggu, siap g meneben kat Jusco dgn adik UA bagai heheheh dasarrr!
Sekali on the way balik from Jusco AU tu tetibe hospital call asking if it's ok with us if doctor bring forward the session to Thusday 1/3/2012.
Me? So lah ok since dah tak sabar sgt menanggung sakit belakang area discectomy tu nak jumpa si anak baby :) Pihak MHKL suruh discuss dulu dgn UA tapi masalahnye call asyik la x jawab etc...
Finally can reached UA and dia pun setuju, so on Rabu 29/2/2012 yang target nak anak lahir tahun lompat konon2 dah cukup 39 minggu tu saya menyerah diri ke MHKL huhu
Malam tu, nothing changed... Menikmati gerakan-gerakan terakhir baby ZA dalam mommy's tummy... 
Oh, now i miss the movement very badly!

Esok, c-sect was schedule as 4th patient, estimation @ 10++ a.m.
Sekali kau kol 8++ nurse dah dtg bawak baju suruh tukar baju n suruh bgtau husband yg dah nak masuk OT bila-bila dari sekarang masa tu la...
Terus call UA which I am certain dat dia mmg xkan jawabnye sbb fon tu problemo...
Mujurlah sebenarnya waktu tu UA tgh cari parking.. Terus dia naik ward
Oh ye malam sebelum tu adelah sesi checking... Ok sensored tapi should share here that if korang dah tau nak kena c-sect tu... senang cite kalo dah tau nak beranak tu, silalah clear off semua padang ragut yang ade kat bawah tu where mine, always keep clean & clear hohoho sebab nanti dorg akan check! huhu in my case the nurse yg check tu siap jerit lagi kat matron dia "Akak, patient ni bersih la... clean and clear!" TWO THUMBS UP for me haha

Later bila UA sampai je nurse pon dah siap-siap bawak gas untuk saya.
Saya kan takleh touch on spine, xleh epidural what-so-ever tu, only can go for GA so before masuk tu kena amek gas untuk clear up peparu (i dont really know the exact definition/use of having dat gasses actually)
Lepastu kena minum air garam which is not so garam sampai nurse tu pelik apesal sy minum rilek je haha
terlebih hormon eksaited waktu tu!

Then almost 9 we (me & baby ZA in the womb) disorong masuk ke OT
All the doctors and nurses in charge on that fine Thursday morning were women, alhamdulillah...
Masuk je OT, tetibe saya menggeletar kesejukan yang teramat... Kenangan yang lama masuk OT untuk discect pun menjelma~~~
The first and only male doctor I found there whom dah lupa namanya tanya either during d pregnancy i can still walking or not. Yes, I can! Then there should be no problemo at all, insyaAllah...
Then i was disorong masuk ke OT to start the prosedure :) masih jelas diruangan mata situasi waktu tu dalam bilik yang putih bersih tu, memang sejak disorong atas stretcher to OT tu lagi dah feeling-feeling berlakon filem u'ols! Hehehe
Then doktor bius yang cantik pepaleh weh tu asked keizinan me untuk start the prosedure.
But the gasses dont have immediate effect twards me hohohoi kebalnye kau! 
Then doktor tu kata she would inject some liquid and soon after rasa something flowing thru veins dekat my lengan, i dah x sedar pape...

Tetibe je rasa cam sakit gile macam kena lapah hidup-hidup and i was crying and beristifar...
I saw 3 nurses disekeliling me and again, macam waktu discect dulu, saya tanya soalan bodoh ni "dah siap ke nurse?"
Hahaha scary okeh kalau dorg jawab belum, apesal kau bangun cepat sangat?! hahah matik la!
Sumpah sakit dia mmg tak tertanggung where I was like nak meraung2 sambil mengucap tak berhenti kat pembaringan tu...
Nurse yg 3 org tu dok menyabarkan...
In fact, memang my anest dah bg warning awal-awal that GA ni tak semudah epidural atau org yg half body bius...
Yg tu 5-6 hours baru rasa sakit... tapi as me was in special mengada-ngada case takleh usik spine apetah lg nak cucuk2 tebuk2 kan, so tanggung la sakit perit pedih putus nyawa sebaik celik mata tu huhuhu
Sambil tu sempat gak carik2 and tanya where's my baby?
Nurse tu cakap she's a cute little girl, dah siap mandi n etc cuma tunggu saya sedar je nak hantar ke ward semula... and i was relief but still painfull!
Then again doktor bius tu datang masukkan morphine in my line... but still, tak membantu pon huhu
Kemudian di sorong keluar...

Morphine tu was on me, maksudnye if sakit then press the button, if xmo atau x sakit then xyah la press
was deadly painfull sampaikan berkali-kali press button hahaha gle extreme saye ni painkiller x lut dah 2x surgery dah camni hoho
i was disorong keluar at 11.59 a.m. memang ingat sangat-sangat sebab me myself yang pandang jam kat dinding tu... and i was officially a mommy! But where's my baby?!
Paksa-paksa UA g nengok baby but he refuse sebab dia cakap nurses tgh uruskan baby instead, i was strictly tak dibenarkan bergerak! 
I have no idea why sebab most of mommies yang go thru c-sect tu nampak cam berjalan-jalan je but why me? why? why? why?
then UA ckp due to the spine kot... ok, fine!
They bring baby ZA to me tapi i x dpt tgk wajah baby lagi huhu
Saiko gile suruh UA kira semua jari tangan jari kaki tapi UA malas layan pomps gel so he say cukup... semua cukup... hahaha
Pastu baby ZA was diambik dihantar diambik dihantar mcm main sorong papan tarik papan buah keranji atas perahu lak dgn kitorg huhu
And later mak came @ 4+ p.m. surely la nak tengok cucu sulong kan.. unluckily tah mane baby ZA waktu tu huhu
Then a matron passed by the bed so terus la saya tanya where's my baby, i tengok sekali je since i keluar OT tadi...
Matron terus mintak baby ZA suruh taruk kat I and we are ready to go to 1st class ward sebab time tu 1st class penuh, kitorg attached kat 2nd dulu... 
Nanti nak blog lah pasal ward kelas 3, 2, 1 ni... beza, memang berbeza where somehow saya rasa mcm tak patut je diwujudkan kasta2 camni huhu

Eh dah penat la cite... nanti la sambung kisah spital ni later ek ek ek 
Daaa~~~


Sayang mommy yang saaaayang sangat kat pacifier dia :0

January 3, 2012

#throwback 2011

Ya, itulah yang ingin saya ucapkan kepada kamu kamu kamu kamu dan kamu disamping ucapan selamat menjejakkan kaki ke alam tahun baru 2012. Assalamualaikum...

Wahwahwahaiiiii lama sudah mengabaikan si anak sulung belogsepot ini. Sorry! Hurm... Summary 2011 anyone?

Januari:
Sibuk dengan tender... Sumpah sibuk macam nak mati sebab baru 1st time handle tender MOE.

Februari:
Berjaya hasut bos rekomen bff-sampai-kiamat kat bos untuk jadi staff baru PM/OF hehe

Mac:
Semakin sibuk dengan persiapan kawen. Hurmmm walaupun dah start slow2 sejak hhujung 2010 tapi tetap serabut n x sempat :(

April yang paling menguji, teruji, diuji:
Tetibe jatuh pastu tetibe herniated disc critical stage pastu tetibe urgent discectomy, sume exactly 1 mth b4 our pink day tapi Alhamdulillah syyukur nikmat diberi tuhan... Segalanya selamat :) Waktu ni tuhan tunjuk seramai mana insan yang menyayangi dan mengasihi saya seikhlas-ikhlasnya. Terima kasih keluarga. Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih saudara. Terima kasih kekesih & keluarga. Waktu ni jugak tuhan "minta" saya buktikan ketabahan dan kekuatan jiwa menghadapi nikmat ujian sakit, jasmani, mental, emosi. Alhamdulillah, berjaya!

Mei:
Genap setahun menjadi warga OF :) cuma ulangtahun pertama ni sambutnya di rumah sebab masih hospitalisation leave 2 bulan :) Sambil tu gigih pagi ke petang berfisio di DSH :)
Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan dengan lelaki terbaik yang pernah saya temui sepanjang 25 tahun 11 bulan perjalanan hidup saya. B, I LOVE YOU!!!

Jun:
Usia meningkat, pertama kali sambut hari lahir sebagai isteri. Hadiah? Mestilah! Hehehe
Rezeki bertambah, berita gembira ade tenant in my tummy :) Benarlah kata-kata Allah seterusnya menutup mulut-mulut longkang yang sibuk mengatakan saya xleh peknen la ape la sebab discectomy tu. Alhamdulillah... BabyZ, mommy & ayah cant wait to meet you!!!

Julai:
Perjalanan kehidupan untuk pregger 1st timer adelah menyeronokkan untuk 1st phase trimester pertama :)

Ogos:
Ujian Ramadhan, evening & night sickness. Badly! Siang sihat tapi puasa so xleh makan. Malam dan berbuka tapi start muntah2 so xleh makan jugak. Natijah: berat turun seberat2nya huhuhu

September:
1st raya bersama suami & mertua... 1st time jugak x balik beraya dgn family kat rumah mak :( :( :( Mujur la mak dtg raya rumah kitorg masa 2nd raya :)

Oktober:
Start tender baru... Tender lama dah in market pun. Alhamdulillah... Rezeki babyZ :)

November:
Sambil sibuk2 tender, projek baru & urgent masuk. Terkial-kial tak sempat  nafas nak kejar. BabyZ disahkan gegirl oleh doktor walaupun tanda2 kat mommy sume org kata boboy :) Tak kesah la janji baby mommy sehat, comel, selamat, soleh/solehah k.

Disember:
Finally projek siap. Konklusinya tahun ni semua kerja2 Alhamdulillah selesai exectly sebelum new year. Alhamdulillah... So now boleh concentrate on tender sampai submit Februari nanti then boleh get ready tunggu babyZ keluar :) Doktor pon kata xde masalah untuk lahirkan baby secara normal. ok, sbnrnye ade masalah tapi insyaAllah boleh diatasi.

Hurm... mengharapkan tahun ini yang lebih baik daripada tahun lepas sepertimana tahun lepas yang sangat-sangat jauh baiknya berbanding tahun sebelumnya, insyaAllah... Amin!

December 24, 2011

How time flies...

Hidup ni tidaklah lama untuk disia-siakan dengan mengguris luka di hati orang lain...

Minggu depan akhiran Desember bermaksud 2012 bakal mengetuk pintu usia kita. Saya? Bakal-bakal menjengah usia 26 tahun 7 bulan pada Januari depan.

Sejak anak dara saya berblog, zaman final year dulu sampailah dah nak jadi mommy. Banyak... Banyak sangat yang tersimpan di sini. Blog yang dah berkali-kali saya tukar nama &  layoutnya ni hehehe.

Mula dengan zaman blog ni ditulis tahun 2007 waktu saya organize KLIKK4
zaman kanak-kanak, masih jiwa kacau, entry pon merapu2 je..

zaman university, meraikan konvo Kak Huda

Final year ronggeng dengan The Boukenger. Now saya is a 7-m-pregger, Aimi married to Amry, Meme is a 5-w-pregger, Ima & Aan masih anak dara & Nurul (tadek lam gamba) married to Amad. Oh, my! Kita semua dah tua dewasa!

Aan, Meme, Aimi, Nurul, saya, Ima


Sekarang, Alhamdulillah kanak-kanak ribena ini masih boleh tahan ribenanya.
Alhamdulillah, anak ayah yang degil ni dah nak jadi mak orang dah.
Alhamdulillah jugak anak mak yang selalu sakit ni dah beransur pulih dan makin positig mindanya.



Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers