Showing posts with label me and life. Show all posts
Showing posts with label me and life. Show all posts

June 16, 2015

Happy birthday, diri!



Begin life at 23 with good position.
Own a car at 24.
Better job at 25.
A husband at 26.
Have a girl after cesarean section at 27.
Another girl at 29 and leave the dear company.
And alhamdulillah today...
I am one satisfied WAHM at 30!
:)

Betapa indahnya perancangan Allah SWT.
Selebihnya, simpan dalam hati untuk bermuhasabah nanti.

HAPPY BIRTHDAY, DIRI SENDIRI!

P/S: Terima kasih Mak sebab lahirkan Angah pada bulan Ramadan mulia 30 tahun dulu. Esok birthday Mak pulak. Happy birthday, Mak! I love you to the moon and back and go back to the moon and come back again and repeating the journey until forever hehehe

posted from Bloggeroid

March 14, 2015

January 27, 2015

menghitung hari...

Dengan izin suami,
2 minggu nan lalu,
dalam masa 2 jam je saya buat keputusan...

dan keputusannya ialah...

October 31, 2014

of baby travelling gear

 Assalamualaikum mommies :)
 
Anak
Nyawa
Harta
Kat mana bezanya?

Well, check semula. Cuba check semula.
Handbags kita, kasut kita, pakaian kita dan anak2.
Pendek kata keperluan harian kita lah.
Ade je kan yg satu tu harganya sampai RM200-RM300.
Kan?

Then, click here and check...
Ada tak yg afordable untuk kita gunakan, bawak anak travel seharian?
 
 

 Above was my post to one of a BW group I joined in FB.
Group mak2 lah gitu.
So, can you see the impact?
Do you now plan to present a car seat to each of your kid at suitable age?
Cewah, momy dah mcm chek-ghu!

But then, this is very true!
 
Mcm saya, rumah dan taska jaraknya jauh kemain.
Kalau traffic elok, setengah jam baru smpai.
Kalau weather bad, traffic not being nice to us, ade pernah 3 jam baru sampai rumah.
Jadi pada saya car seat ni tersangatlah keperluan...

Saya mula ajar anak-anak saya duk dlm car seat waktu travel sejak dorang hbs pantang
i.e. dlm perjalanan balik dr kampung tu ke KL b4 start kerja semula.
Alhamdulillah, adik, at 100th days usianya dia dah takde melalak2 dlm tu.
Sebelum tu memang la the first few weeks tu chaos sgt keadaannya kitorg g & balik kerja.
Ye, sy travel sensorg dgn 2 kids - a toddler & a baby!

Tapi alhamdulillah la... memudahkan
Sy pon mudah nak drive, depa pon mudah nak tido ke hape... selesa!

Al kisah mother's day thn ni kitorg eksiden.
Langgar pokok pasal UA x sedar dia terrrtido
Mujur jugak ade pokok tu, else, kitorg dah tak tahu hape jadi menjunam ke MRR2 depan tu
Zihni tergolek ke bawah seat co-pilot tu
Sebabnye tak tied dia dlm carseat.
Alasan bodohnya, DEKAT JE GI GIANT JE PON!

Mujur kitorg baru balik shopping brg basah
Tergolek atad daging atas ayam atas sayur
so no injuries, alhamdulillah
waktu tu saya pregnant 7 bulan
Pon mujur xde pape sbb sy pon tak pakai seatbelt time tu.
So stupid!
 
Zihni pon until now on kalau masuk kereta je mintak "ikat"
Kalau saya atau ayah dia x pakai seat belt pon dia suruh "ikat"
Dan kalau lalu tempat kejadian tu, memang dia memekak je
ungkit2 pastu marah2 ayah dia pasal bawak kete tak hati2
Hailah anak... tensen ayah tu tau!

Sumpah, sampai skrg saya nyesal.
Sampai kekadang mcm paranoid pon ade
Bila atok opah dia nk bawak berjalan, saya paksa pindahkan carseat ke kereta depa.
Saya tak tahulah if they use it or not
Tapi if they arent, and bad things happen,
and Zihni effected sebab tak neatly tied kat carseat dia
Korang rasa korang tahu tak ape yg akan sy blame dulu?

So, hopefully...
Korang belikanlah satu carseat utk setiap org anak kalau korang mampu ye.
Kemalangan takberbau.
Ye, betul...
Kalau hati2 sangat pon kalau nak jadi, kun fa ya kun, kan?
Tapi at least, selepas berusaha memberikan yg terbaik utk anak kita,
mungkin sesalnya tak sebesar kalau kita tak buat pape, kan?

Tahu, tapi taknak buat.
Tu sombong namanya.
Allahualam...

Sincerely,
post signature

October 10, 2014

Part 8: Breast pumping di opis

Assalamualaikum semua :)
Korang sure bosan kan asyik la cerita pasal breastfeeding, breast pumping, anak... 
Tu je ketahuan momy ZAs ni huhuhu
Takdelah, maafkan daku jika membikin kamu kamu menyampah.
Tapi this is my current passion...
Maka IZINKANLAH!

So basically ade 5 hari bekerja per week and I am a trying-to-be-rajin momy so I just left the pump at the office, bringing home only the expressed breast milk (EBM).
Hari Isnin, the beginning of the week after 2 off days, saya akan bawak sebijik beg besar iaitu breastpump bag.
Saya beli dari fb page Blogshop Min sebab beliau jual barangan baby yg saya tak jual pada harga super murah dan paling penting service owner dia tu bagooos!
I mean cara entertain customer baik, msg ke PM ke layan elok dan brg sampai cepat in good condition :)

Ini rupa begnya...
Autumnz FAME Breastpump Knapsack/Backpack

https://www.facebook.com/BlogshopMin/photos/pb.406249942769069.-2207520000.1412913637./765325690194824/?type=3&theater

Org lain jual RM79.90 tak termasuk postage tapi daku beli dgn Sis Min ni murah lima hengget.
Oh ok, memang kena berkira waima lima ringgit uols sebab nak besarkan dua org anak kat kota metropolitan mayapada ini, sehengget pon bernilai ya hamat besar wei...
Dulu Myvi fulltank RM50 je, sekarang dah RM70++ uuuhai apakan daya...

So, cerita hari Isnin, dlm beg tu saya muatkanlah cooler bag yg dah dipenuhkan dengan 6 biji storage botol kosong & 2 pack unfrozen ice pack.
Tu buh bahagian bawah, atasnye saya buh purse, pump (yg dah simpan dlm freezermate Tupperware), motor pump dan plug dia.

 
 
Kiranya kekdah susunan saya lain sikit la daripada syg suggested dlm gambar atas tu.
Kenapa? Sebab cooler bag yg dah berisi tu berat jadi better dok bawah lagipun selamat la pump daripada ditindih dek brg2 berat tu.

Then di opis saya akan pump 2-3 sesi.
Dulu masa anak ZA#1, saya cuma pump kat cubicle saya je sebab masa tu xde lagi nursing room tu.
Skrg ade la sebab ade golongan ibu yang didengar suaranya dan diturut kehendaknya yg request maka saya yang bukan siapa-siapa ni pon dpt la menumpang sama.
Alhamdulillah...
So jgn la bygkan kesusah payahan saya mengepam di opis zaman ZA#1 baby dulu huhu
Sedih sangaddd!
 
 In the nursing room...
Tadaaaa~~~

  

They provided a fridge for breast milk!
*lap peluh kat dahi*
Masa ZA#1 dulu terpaksa share fridge dengan makanan-makanan staf lain.
JANGAN BAYANGKAN!
Maka proses mengumpul susu dulu tak seindah sekarang.
Dengan pack schedule, pam sambil takut2 org dtg cubicle atau boss panggil masa tgh pam. 
Oh no no no... Kini tiada lagi kegelisahan! 
Cewah.... 

Then sesi pam di opis selalunya saya buat awal pagi sesampainya kat opis, kalau sempat la...
Kalau tak, saya akan pump antara kol 9-10 pagi.
Lepastu masa lunch hour saya buat power pumping.
Then kol 3-4 tu sekali lagi.

 

Dalam nursing room tu yg sebenarnya bilik rehat staff yg jarang-jarang digunakan ade provided sockets.
So saya pilih yang paling dekat ngan kerusi supaya boleh pam sambil santai-santai sandar-sandar...

Lepas pam, saya masukkan hasil tuaian ke dalam fridge yang disediakan tadi.
Ice pack saya bekukan plak kat bahagian freezer atas tu.
Selepas sesi terakhir nanti baru saya  akan pack semua dalam cooler bag dan bawak balik.

Selepas sesi perahan pertama di opis.

Pam tu saya tinggalkan je.
Tapi make sure la bersih dan ditutup kemas.
Jadi, saya takyah la angkut banyak-banyak kali dan risiko tertinggal bekalan tu almost 0, insyaAllah.
Saya buat mcm ni selepas tragedi tinggal motor pump kat opis hari tu lah. 
Dah la long weekend huhu
Dan juga selepas saya mengadakan satu back-up breast pump kat rumah...

Then hari Selasa-Khamis, saya cuma bawak benda2 ni je la ke opis.
Sebab pam dah tinggal kan.
FAME bag tu pon saya tinggalkan bawah meja. 
Jadi dpt la saya bergaya bawak handbag ke opis selama 3 hari hehehe

 

Then Jumaat pulak, saya bawak cooler bag je ke opis.
Balik nanti kan nak hangkkut pam, motor dan cooler bag sekali.
Jadi kita guna semula backpack tadi.
Ok tak?
Hehe... Kalau rasa idea saya ni bermanfaat, silalah mencuba.
nanti entry lain kita cerita pasal transporting EBM pulak ye :)
InsyaAllah...

Oh btw, dalam beg tusaya buh sekali tonik milk booster saya iaitu #Shaklee Mighty 3 Gems dan Performance Drink.
Senang xyah bancuh2 dah tapi still saya spare M3G tu sebekas (utk sekali bancuh) in case tetibe kebuluran ke hape kan boleh la back-up.

So bagi mommies yang berhajatkan milk booster mcm saya tu, boleh klik sini untuk beli atau bagi yg berhajat nak memiliki brgan Avent atau Tupperware yang murah-murah tapi masih baru sealed in pack, boleh klik sini ye.
Nak singgah blogshop saya pon boleh... jom klik sini pulak :)
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua...
InsyaAllah...

June 3, 2014

a-tremble-heart-of-mine

Assalamualaikum.

Finally, une 3rd is coming...
10 days befor momy & ayah's 4th year of engagement (motif kira tahun bertunang?!)
13 days before momy's 29th birthday

We are heading to HKL for ZA's blood result.
I dont know what to wish for, as I only hope that Allah will grant us with the best of everything.

Kalau sakit si anak, kataNya, aku harap aku ikhslas dan redha.
Kalau sihat si anak, kataNya, akulah momy yang paling bersyukur.

Semoga aku terus mampu berpijak dibumi Allah ini dengan segala ketentuannya.
InsyaAlah...

Love,
Momy The Zs

April 30, 2014

#throwback | P E L U A N G K E D U A

26 April 2011 - 26 April 2014 : 3 tahun pasca discectomy saya kongsikan #throwback nya di fb jer...

~~~~~~~~~~
FB post on 21 April 2014

Bumped into this post, 5 days before the third year of the tragedy.

As far as I remember, tomorrow, 3 years back, we went out for hantaran things shopping & having supper with a small group of SEMSASIAN9802. It was Friday.

The next day, woke up to feel the backpain which I was certain that it's only another "muscle cramp" as the doctors always said. Crawling down the bed for shower, sempat cuci bilik air ok time tu... Sambil duduk! At noon, cant bear the pain anymore, push myself to get up and drove to the nearest clinic. Yes, I cant stand up, not even sitting down!

The nearest parking bay was a few cars away. Again, crawling myself to the door of the clinic on the hot sunny Saturday. CRAWLING! The clinic was about to close.

Begging the nurse to meet the doctor. Got my turn, the last of the day. Managed to get into the doctor's room. "What's wrong with me? Is it my kidney?" was my last two sentences before I felt on the doctor's shoes. ON THE DOCTOR'S SHOES!

Was refered straight away to the nearest panel hospital (thank Allah for the permanent job with good medical benifits You gave me before all thise things happen!), did the MRI and the first thing the doctor told me was, "I can arrange your operation by tomorrow morning, I dont think you can wait!"

The rest... Nanti sambung.. Tetibe sesak nafas mengingat kisah silam huhu

P/S:
The "tomorrow morning" was SUNDAY, by the way... T___T 


 ~~~~~~~~~~
FB post on 23 April 2014 @ 7:11 p.m.


[sambungan...]

Mlm ini, 3 tahun lepas.
Saya terlantar di katil Damansara Specialist Hospital.
Dah x sakit dah tapi saya tak dibenarkan bergerak.
Ok saya gerak sikit2 sebab tak sakit dah.
Slip disc ni bukan setiap masa ko sakit.
Bila byk rehat nnt sakit tu tinggalkan ko kejap.

So saya sekadar baring.
Bangun g tandas je.
Tu pon mak tak bagi kunci. *shy*
Mandi. Shower. No bucket.
Gosok gigi. Slow2 je.
Sebab semua perbuatan boleh sebabkn disc makin gerak n himpit nerve saya.
Sangat tipis kawasan yg tinggal kata doktor.
Jatuh sekali, mungkin lumpuh.
Mau tak nangis kau dengar tu?
Eh tak... Saya tak nangis... Nangis dlm hati je, kejap!

Tunang sy & parents dia dtg.
PIL to be nasihatkn mak ayah sy utk teruskn operate.
"Kita jaga dia sama2," katanya.
Nikahnya lagi sebulan seminggu.
Bukan mudah utk menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Pembedahan TULANG BELAKANG!

Doktor dtg lagi.
Explen pada parents.
Ye, parents saya baru sampai ptg tu.
Kakak sy tengok film xray tu.
Dia pon cakap SIKITTT je lagi huhu.
Plg takbleh blah ayat doktor haiwan dia tu, "kalau anjing ke kucing ke ni, kitorg kna matikan dulu baru bleh operate."
Huhu kalo matikan aku, takyah la operste dah... Kahkahkah....

 Oklah, sebenarnya sebak... Nnt sbung lagi!





~~~~~~~~~~

FB post on 25 April 2014 @ 11:30 p.m.

[sambungan lagi...]

Sekarang, 3 tahun lalu, sy minum tegukan last dan start berpuasa.
Tak ingat sy mampu tidur atau tidak malam tu sebab esok seawal 730 pagi saya akan disorong ke bilik bedah...


Pagi tadi, 3 tahun lalu, Isnin 25/4/2011, saya kalut call pakar saraf dan tulang di KB, tak ingat namanya.
Menceritakan perihal mri saya, katanya dia x advice utk treatment lain selain operation.
Saya cuak! Called tunang saya, "Saya takut..." and that was my first tears after admitted on Saturday.

Later then, I made up my mind.
I need to get my life back.
I need the operation!

Tengah hari itu, ayah saya sampai.
Ayah nampak tenang.
Tapi saya nampak paper yg sedang dibaca sebenarnya dlm keadaan terbalik.
Saya katakan saya dah ada keputusan.
Jawab ayah, "Kalau boleh, ayah taknak anak2 ayah dioperate." dan saya tidak pun menanya alasannya.

 Petang itu Dr. Malik datang dgn dayang2nya.
Saya senyum-senyum.
"Saya setuju dioperate!" dengan riak penuh yakin tapi hati goyah sikit.
Terus dayang Dr. Malik hulur borang dan pen.
Saya sign.
"Ok esok 730 pagi nurse dtg ambil awak. First slot, saya taknak tunggu lagi."
Tamat...
Ini bukan terlajak perahu!

~~~~~~~~~~
FB post on 26 April 2014 @ 7:40 a.m.

[sambungan bahagian 4]

It's the day!


Jap tadi, 3 tahun dulu, nurse dtg bg baju OT.
Betul2 lps sudah mandi.
Saya pakai dgn perasaan kosong.
Tapi saya senyum!

Tak lama lepas tu family sampai.
Mak ikatkan baju tu, ikat belah belakang.
Tunang tiada.
Dia exam hari tu.
Paper master.
**Sebab saya, dia fail papernya!**

Lepastu saya baring.
Lebih kurang jam 745 saya disorong ke dewan bedah.
Saya tetap senyum.
Ada mak, ayah, adik saya, paklong & maklong.

Saya cakap dalam hati, "Eh, mcm drama pulak!"
Saya ckp mcm tu byk kali.
Especially bila scene lalu pintu byk.
Dan bila nurse ckp "Family tunggu sini je," bila dah betul2 sampai ke dewan OT.


Tiba2 air mata saya bergenang.
Sekarang!
Tengah bergenang!
Kalaulah 3 tahun dulu pembedahan itu tak berjaya, siapalah saya hari ini?

TERIMA KASIH ALLAH!
Terima kasih untuk kehidupan kedua ini.
Terima kasih untuk saraf tunjang dan kedua kaki ini.
Terima kasih kerana melahirkan saya dalam family ini.
Terima kasih menjodohkan saya dengan lelaki ini & keluarganya.
Terima kasih untuk semua ujian dan dugaanMu!

~~~~~~~~~~
FB post on 26 April 2014 @ 10:10 p.m.

[sambungan bahagian 5]

Alhamdulillah...

Tghari tadi, beberapa minit sebelum jam 1, 3 tahun lepas, saya ditolak keluar OT selepas 5 jam dioperasi.
Saya sedar dlm keadaan sedang menangis teresak2.

Tok Mat (pakar bius saya) yg paling panic.
Katanya, "Bertahun saya jadi doktor bius, saya belum pernah gagal. Awak jgnlah gagalkn saya yg dah nk pencen ni... Dah xde dos saya boleh bagi awak. Maksimum dah tadi..."

Alkisah rupanya saya 'terjaga' sekejap ketika operation.
Ya Allah... Taknak saya ingat!

Jam 4 saya dah boleh bangun.
Berjalan.
Tapi dengan bantuan tongkat kaki 4 tu.
Yup, saya berkaki 6.
Tapi tu dah cukup syukur...
Sebab saya boleh berjalan selepas 3 jam keluar OT.
Alhamdulillah...

Sampai di bilik fisio, ditolak atas wheelchair oleh Faizal (terapist), para terapist yg lain dah menanti.
Kak Akmal, Kak Siti dan 2-3 terapist lain yg sy x ingat namanya.
Semua tunggu saya dengan linangan air mata.
Sedih katanya sbb sy masih muda dan keadaan spine sy tu memang teruk (dorg dah tengok film MRI tu) dan tak sangka saya boleh bangun berjalan secepat itu.
Alhamdulillah...

Skrg, 3 thn lps, sy terbaring mengekek2 ketawa tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan kakak saya!
Sakit?
On morphine maaa...
Heaven!
Hikhik

~~~~~~~~~~

Hmmm... Sehingga situ sahaja, tak mampu saya nak coretkan lagi tetapi masih mahu mencoret sebanarnya...
Hati saya suka, syukur...
Hati saya juga menangis...
Ya Allah, hanya Kau sahaja yang mampu memberikan kami KEHIDUPAN SEMULA!

3 tahun dalam kehidupan kedua...

3 tahun pasca discectomy... 
Hari ni 3 tahun 4 hari dah...
Alhamdulillah, melalui segala kesakitan...
Takde coretan khas di blog, tapi nanti ku copypaste dari fb ye :)
INSYAALLAH...



Salam sayang; Momy The Zs

February 12, 2014

You two should not get married!

"You to should not get married from the very begining!"
Tangggg!!!
Saya rasa seperti dilempang!
Sumpah!
Macam kena lempang dengan tudung periuk besar kipas angin.

Seperti bebelan dan keluh kesah saya sebelum ini, si sulung buah hati saya disyaki menghidap penyakit bawaan genetik.
MUCOPOLYSACCHARIDOSES

Ya, kita semua sangat arif dan maklum tentang Thalassemia, bukan?
Sejenis penyakit bawaan genetik yang semakin meluas kewujudannya sehingga diwajibkan ujian Thalassaemia dilakukan oleh semua pasangan yang bakal berkahwin.
Oh, my! Thalassemia tu pon baru kebelakangan ni ajelah org Malaysia ni alert nak buat screening bagai.
Dan kalau dah sah-sah pembawa, kena p kaunseling dan dinasihatkan ape jadi kalau kawen jugak, pon ada lagi pasangan yang janji sehidup semati tetap kawin jugak kan...
Jadi kenapa saya dan UA kawen jugak dulu?

Mohon rujuk kepada yg lebih pakar jika penerangan saya yg sedang melalui ujian getir melalui si sulung ini masih meragukan anda.
Blame me. Blame my husband. Blame the marriage.
Tapi ujian pengesanan untuk penyakit metabolic disorders tidaklah semudah ujian Thalasaemia, sayang...
Kalau sebegitu mudah, takkan lah dah masuk tahun kedua ni pun Zihni masih dalam stage "SUSPECTED" dan kami masih dengan sebak risau sedih gundah ni menanti dengan sabar dan merelakan anak sekecil Zihni dicucuk tebuk untuk segala jenis spesimen.
 Tahu tak betapa susahnya nak tadah air kencing anak kecil itu?
Tahu tak susahnya sampai satu waktu selepas seminggu berusaha, saya dan UA terpaksa merelakan tiub dirodok ke kawasan nyahtinja si sulung kami supaya urinnya boleh dikumpul?
Tahu tak setinggi mana rasa frust kami sebab tak dapat kumpul urin Zihni manually dan kena benarkan doktor menyakiti dia sebegitu?
Tahu? Pernah rasa semua perasaan tu?
Kamu yang dah besar panjang pun merungut kan bila kena masuk tiub kat situ, kan?!

Jika tidak tahu, maka ambil tahu jika perlu.
Jika rasanya tidak perlu untuk ambil tahu, maka ambillah keputusan untuk berdiam diri.
Jika semudah ujian Thalassemia, pergilah kamu ke mana-mana pusat rawatan dan mohon dilakukan "ujian gangguan metabolik" kerana tidak mahu nanti anak menghidap penyakit seperti anak saya.


Saya hargai cadangan, saranan dan nasihat kalian.
Apatah lagi semangat yang sangat2 saya perukan dalam melepasi "peperangan" ini.
Tetapi mohonsaya biarlah bicaranya seiring minda.
Kenapa dipersoal perkahwinan kami sekarang setelah kami dikurnia anak istimewa ini?

Oh ya, sekadar rujukan sendiri:
Thalassemia tergolong dalam penyakit inherited abnormalities of erythrocyte differentiation or function sementara mucopolysaccharidoses dalam penyakit inherited disorders of metabolism
Nilailah sendiri beza serupanya, yang sama cuma kedua-duanya inherited dari ibudan bapa.

Untuk anak-anak momy dan ayah,
Jika benar salah momy dan ayah kerana mewariskan gen yang rosak ini untuk kalian, ampunkanlah momy dan ayah, mohon redhailah kasih sayang momy dan ayah untuk kalian.
Maafkanlah momy dan ayah kerana masih tetap dengan pendirian untuk menjaga kalian walau apa pun juga keadaan kalian yang diturunkan kepada momy dan ayah.
Tetapi anak-anakku, momy mohon yang amat sangat, jangan sesekali kalian menidakkan kuasa Allah untuk memberi dan menarik kembali segala pemberianNya kepada kita
Sebagaimana kalian merupakan pinjamanNya buat momy dan ayah, kami juga pinjamanNya untuk kalian, anak-anakku.
Malah "keistimewaan" keluarga kita inilah yang menyedarkan momy bahawa ayah, atok, opah, kalian dan segala isi alam ini juga hanyalah pinjaman Allah buat momy.
Jangan lupa tentang itu ye, anak-anak ku!

Salam sayang,
Momy the Zs

February 8, 2014

You are not alone...

And soon after that, another friend of mine, a mom of an 8 years old autism boy sent me this...



I'll share them with you, one fine day, insyaAllah...


~~~~~~~~~~
Ring the bells that still can ring
Forget your perfect offering
There is a crack in everything
That’s how the light gets in
 ~~~~~~~~~~



February 7, 2014

We do not need to put on strong front line all the time...

I was paying my breakfast this morning when a HOD asked me about ZA.
Yes, it's been so long since I become a nothing-to-worry mom until I cried at the staircase on my way to my workstation...



January 6, 2014

Entry 7 tahun

7 tahun bersamamu...
Entry pertama bersamamu; 6 January 2007...
Berkali2 tukar layout, buat sendiri je semua... suka-suka...
Semua ceritera ada... 
Kisah chinta, suka dan lara
Muda sampai ke tua :)

Bila aku sudah pergi, ingatlah aku pernah di sini :)

 

June 16, 2013

yang ke dua puluh lapan tahun


selamat hari lahir, sendiri!
yay jadik org pertama yg wish!!! #motip???


Ni sape la AJK KITA yg baharu yang tulih nama ai camtuh ni?
Ni sure AJK tak kenal members ni...
layan...


Ni poster HB daripada Tupperware Brands
Harap2 tak lama lagi sampai hadiah pulak. 
Cek bonus pon bolehh.... Eceh!

May 17, 2013

ke-kompiyus-an seorang momy huhu

Kalo dipk2-an rase cam nak ader beby lagik tapi tunggu la zihni dah boleh mandi tame-tame momy tanpa berdukung nanti baru boley diade-adekkan...
masalah problemnye kini... lately saye ader simtom simtom (bukan somtam yer...) as follows...


  • Light vaginal bleeding (checked!)
  • Nausea and vomiting (checked!)
  • Lower abdominal pain (checked!)
  • Sharp abdominal cramps (checked!)
  • Pain on one side of your body (checked!)
  • Dizziness or weakness (checked!)
  • Pain in your shoulder, neck, or rectum (checked!)
  • If the fallopian tube ruptures, the pain and bleeding could be severe enough to cause fainting. (not yet!)
tau tak ni simtom ape???
errr..... 





s
i
m
t
o
m





Ectopic Pregnancy

 *sekian, terima kasih*

March 22, 2013

RDC (15)

So the parents came by the end of February, along with a ring...

Gelabah tak? Hopkosss gelabah wei...
Mak main tipu hehe siap2 buat air sume kan before dorg dtg pastu keje ahkak hanyalah tatang dulang bawak g ruang tamu, tuang air ketar2 kasik makcik pakcik menom hehehe terrrbaik!!!

Lunch...

Minum petang...

Tetamu pulang...

Pastu mak kasik cincinnye.
Ho hokkay, kite g beli same2 kan so tadek hal lah tu
Setel part merisik.

Later after kawen mak UA ckp he used to be so risau sebab ingatkan our family is high maintenance or so. Huh, mn der hihi...

Then going back to Kuantan with a ring.

February 8, 2013

PARANOID???

Salam pagi Jumaat, kalian...
Hari ni saya confused!


Maksud paranoid korang boleh Google kat website Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP


Kat website ni semua jenis perkataan korang boleh tahu maksudnya. Siap kaedah/cara penggunaan dan sebagainya. Ni la one of rujukan utama aku kat opis selain editor2 BM yg mmg pakar. Pis yo kak ZAZ & kak AM hehe



January 27, 2013

#throwback 2012

Assalamualaikum semua... Rindu saya tak? Eceh!

Hurm... Lamanya tak menulis! Sungguh! Sejak entry terakhir dulu (tu pun copy-paste-edit), terimalah entry pertama saya bagi tahun 2013, merangkap entry ke-408 setelah 100 hari berselang dengan entry ke-407 yang menutup diari 2012 bolg ini...

Alhan wa sahlan 2013, harapnya belum terlambat biar usai sebulan usia tahun baru ini. Sungguh, terlalu banyak coretan hati yang tinggalnya saya simpan diam-diam dalam hati sahaja sepanjang beberapa bulan penghujung tahun lepas. Ada perkara, yang jika ditelek belek, sudah terbayar dengan rencana Allah yang lebih membahagiakan. Namun ada juga halnya yang masih bersisa luka belum kering sepenuhnya. Ah, biarlah! Biarlah ceritera yang duka kita biar ditiup angin bersama berlalunya 2012 itu. 

Kembali acap saya pengingatkan diri sendiri; hidup ini tidaklah lama untuk aku sia-siakan dengan gurisan luka di hati orang lain. Luka aku? Hati aku? Basuh dan rawatlah sendiri, sayang! Sungguh, sejak saya menjadi saya yang "baru" selepas discectomy, dan selepas cinta hati sampai mati kami lahir ke dunia ini, saya rasa ada sedikit "saya" yang telah pergi namun berganti dengan "saya" yang lebih baik. Oh, memang susah nak jadi perfect, tapi baguslah jika kita semakin baik; semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan semoga esok lebih baik daripada hari ini.
Tahun 2012 saya tinggalkan dengan sedikit gurisan di hati beberapa insan (maafkanlah...) disamping kenangan-kenangan indah untuk masa depan, Alhamdulillah... Ada kala saya digoyang riak dengan kelebihan yang tuhan uji ke atas saya dan tidak dikurnia kepada hambanya yang lain. Tapi bila hati kembali kepada pencipta, saya akur kembali yang saya juga tak punya banyak perkara yang Dia kurniakan kepada yang lain. Ya Allah... Subhanallah... Jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan ujianMu, tuhanku!

Sekadar imbasan; 
Februari 2012 saya & UA diuji dengan masalah trimester terakhir kehamilan, yang kemudian terubat dengan kelahiran benih cinta hati sampai mati kami pada 1 Mac 2012. Performance appraisal saya sekali lagi hanya dinilai thru phone interview pada April 2012 dan Alhamdulillah (syukur ya Allah atas kepercayaan yang Kau sematkan dalah hati HODku terhadap kerja kuatku setahun yang lalu), sedikit lagi imbuhan kenaikan gaji sebagai rezeki si anak. Kembali bekerja pada Mei 2012 dengan berita gembira menerima tender buku teks utk tahun kedua. Cuma ujian peritnya, bekalan susu ibu momy untuk si puteri merudum teruk lantas kekeringan biar segala usaha cuba jaya dilakukan untuk memberi yang terbaik buat kesayangan hamba. Jun 2012 sekali lagi rezeki bonus berkat tender terdahulu, berhasillah menghadiahkan UA hadiah 3 in 1 -1st anniversary cum father's day cum birthday :) Ogos 2012, Aidilfitri pertama sebagai momy, gembira alahaiiiii tak terkata! September 2012 baby ZA mula sakit-batuk-demam-kebah-sakit semula. Disember 2012 dirayu paed untuk bercuti menjaga si anak yang sakit, maka bercutilah saya tanpa gaji selama 3 minggu dan merasalah hidup Januari 2013 ini sebagai orang bergaji kecil.

Indah kan jalan yang tuhan bina untuk kita, amnya saya dalam tulisan ini, selusuri. Hakikatnya kita tidak sendiri. Jika kita sebatang kara pun dalam dunia ini, pandanglah ke dalam hati kerana cahaya Ilahi sentiasa tinggal di situ menemani kita dalam setiap denyut nadi.

Tiba-tiba hati sebak untuk terus melihat ke belakang. Teringat satu pepatah; Don't look back! If Cinderella go back to find her shoe, she will never be a princess! So cheers, dan teruskan hidup untuk menjadi insan yang lebih baik dan bermanfaat untuk dunia dan seluruh isinya :)

Wassalam...

September 27, 2012

of husband's surgery on daughter's 210th days...

Assalamualaikum...
For the 3erd time of the year, UA was scheduled for ENT surgery, as far as i concern, consists of toncillectomy, uvulopalatopharyngoplasty & tracheostomy. OMG what the hell are all those things about???

Rasanya pernah blog pasal penyakit UA ni dulu, which is OSA (Obstructive sleep apnea syndrome) or nafas terhenti while sleeping where he was scheduled for surgery on April tapi tak jadi sebab actually PPUM salah bagi tarikh waddahell then changed to July where UA was down with fever on the surgery day so postponed to tomorrow, sebab takut infection if they proceed with the surgery. Oh, in that case, I keep wondering why it takes them 2 months untuk buat next appointment? Guess they can just give UA some antibiotics and then can proceed with the procedure on the other day or two. Hmmmm... Kalau esok UA demam lagi? Bukan ke kalau tonsil bengkak mmg patient kan sokmo-sokmo je demam? Hmmmmm again...

September 19, 2012

perang hawa dan nafsu

Ha... akhirnya menang jugak...
Pertandingan lipat baju antara kehendak dengan kemalasan berakhir jam 2:15 a.m.
Menang jugak saudari kehendak huhuhu
malam ni kita bertanding lagi untuk sebakul lagi kain baju
Ops KaBa yang tak pernah selesai huhuhu


Pertandingan berlangsung sambil pihak penaja menonton episod akhir Bukan Bidadari yang tak difollow sangat pun tu melalui tonton.com
Habis cite tu dah xde movie/cte best utk marathon
Maka lipat kain baju sambil blogwalking
ha kelas kau jah!
Oh, Jah tu nama maklong daku huhuhu ya ampunnn...
Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers