Showing posts with label berdua lebih baik. Show all posts
Showing posts with label berdua lebih baik. Show all posts

May 29, 2015

The 4th year: Thank you so love!


May 29, 2014

February 12, 2014

You two should not get married!

"You to should not get married from the very begining!"
Tangggg!!!
Saya rasa seperti dilempang!
Sumpah!
Macam kena lempang dengan tudung periuk besar kipas angin.

Seperti bebelan dan keluh kesah saya sebelum ini, si sulung buah hati saya disyaki menghidap penyakit bawaan genetik.
MUCOPOLYSACCHARIDOSES

Ya, kita semua sangat arif dan maklum tentang Thalassemia, bukan?
Sejenis penyakit bawaan genetik yang semakin meluas kewujudannya sehingga diwajibkan ujian Thalassaemia dilakukan oleh semua pasangan yang bakal berkahwin.
Oh, my! Thalassemia tu pon baru kebelakangan ni ajelah org Malaysia ni alert nak buat screening bagai.
Dan kalau dah sah-sah pembawa, kena p kaunseling dan dinasihatkan ape jadi kalau kawen jugak, pon ada lagi pasangan yang janji sehidup semati tetap kawin jugak kan...
Jadi kenapa saya dan UA kawen jugak dulu?

Mohon rujuk kepada yg lebih pakar jika penerangan saya yg sedang melalui ujian getir melalui si sulung ini masih meragukan anda.
Blame me. Blame my husband. Blame the marriage.
Tapi ujian pengesanan untuk penyakit metabolic disorders tidaklah semudah ujian Thalasaemia, sayang...
Kalau sebegitu mudah, takkan lah dah masuk tahun kedua ni pun Zihni masih dalam stage "SUSPECTED" dan kami masih dengan sebak risau sedih gundah ni menanti dengan sabar dan merelakan anak sekecil Zihni dicucuk tebuk untuk segala jenis spesimen.
 Tahu tak betapa susahnya nak tadah air kencing anak kecil itu?
Tahu tak susahnya sampai satu waktu selepas seminggu berusaha, saya dan UA terpaksa merelakan tiub dirodok ke kawasan nyahtinja si sulung kami supaya urinnya boleh dikumpul?
Tahu tak setinggi mana rasa frust kami sebab tak dapat kumpul urin Zihni manually dan kena benarkan doktor menyakiti dia sebegitu?
Tahu? Pernah rasa semua perasaan tu?
Kamu yang dah besar panjang pun merungut kan bila kena masuk tiub kat situ, kan?!

Jika tidak tahu, maka ambil tahu jika perlu.
Jika rasanya tidak perlu untuk ambil tahu, maka ambillah keputusan untuk berdiam diri.
Jika semudah ujian Thalassemia, pergilah kamu ke mana-mana pusat rawatan dan mohon dilakukan "ujian gangguan metabolik" kerana tidak mahu nanti anak menghidap penyakit seperti anak saya.


Saya hargai cadangan, saranan dan nasihat kalian.
Apatah lagi semangat yang sangat2 saya perukan dalam melepasi "peperangan" ini.
Tetapi mohonsaya biarlah bicaranya seiring minda.
Kenapa dipersoal perkahwinan kami sekarang setelah kami dikurnia anak istimewa ini?

Oh ya, sekadar rujukan sendiri:
Thalassemia tergolong dalam penyakit inherited abnormalities of erythrocyte differentiation or function sementara mucopolysaccharidoses dalam penyakit inherited disorders of metabolism
Nilailah sendiri beza serupanya, yang sama cuma kedua-duanya inherited dari ibudan bapa.

Untuk anak-anak momy dan ayah,
Jika benar salah momy dan ayah kerana mewariskan gen yang rosak ini untuk kalian, ampunkanlah momy dan ayah, mohon redhailah kasih sayang momy dan ayah untuk kalian.
Maafkanlah momy dan ayah kerana masih tetap dengan pendirian untuk menjaga kalian walau apa pun juga keadaan kalian yang diturunkan kepada momy dan ayah.
Tetapi anak-anakku, momy mohon yang amat sangat, jangan sesekali kalian menidakkan kuasa Allah untuk memberi dan menarik kembali segala pemberianNya kepada kita
Sebagaimana kalian merupakan pinjamanNya buat momy dan ayah, kami juga pinjamanNya untuk kalian, anak-anakku.
Malah "keistimewaan" keluarga kita inilah yang menyedarkan momy bahawa ayah, atok, opah, kalian dan segala isi alam ini juga hanyalah pinjaman Allah buat momy.
Jangan lupa tentang itu ye, anak-anak ku!

Salam sayang,
Momy the Zs

September 29, 2013

[throw back] 29 bulan selepas 29 Mei 2011

Hantaran kahwin Cik D untuk Uncle Abang

Sireh junjung

Cincin lelaki & bunga rampai

Belt & wallet

Manisan (gula kabung)

Keris panjang & parang

Persalinan silat

Capal songket

Buah epal

Kek
~~~~~~~~~~

Hantaran kahwin Uncle Abang untuk Cik D

Fondant cake

Sepasang kasut (Primacera black lace 3")

Handbag & purse (Charles & Keith)

Batik digital (utk langkah bendul)

Bunga rampai

Makeups (MineraLogics by CosMedix) & perfume (Britney Spears)

Rantai tangan & mas kahwin 2 dinar

September 4, 2013

RDC (16)

Recall on interview & merisik on RDC (15)...

So Alhamdulillah, dapat kerja di company sekarang...
So actually we plan to bertunang in March but with this and that so tangguh ke June...
Ok, fine...

So end of April saya packed all the stuffs and off to new place -ibunegara haha ibu sgt!
Ermmm can you imagine a 3-bedroom-2-bathroom in a Myvi?
Dont imagine hahaha tapi ku hangkut segalanya dengan Myvi ku melalui LPT!

Tapi walaupun dah dekat, detim detim is still a no no no
Bukanlah alim sgt tapi pertama sebab kebizian san selainnya sebab memang selalunya pon tak detim kan?
Lets have ur own life before you have to share! Hahhaha

Then, as simple and sampoi as the proposal, kitorg prep bebarang bertunang pon sendiri2 saje sebab semua pon food basis haha
Was held in June 13, 3 days before my birthday :)

Hmmm... cerita dan gambar tunang dah pernah post!


Haha so jom baca sini! Kepemalasan nak post gambar lg kan hehe...

Ups, a day before that, masuk ED sebab sakit perut kronikel of narnia huhu... Drip pon tak jln... malam baharu ok!


Oh then that night after the ceremony have to balik KL sebab maklum la baru sebulan steng keje mmg tak mendapatlah percutian hebatnye kan hehe...

So the next week tu was my birthday. June 16.
Waktu tu blom activate nombor Celcom.
Tah kenapa kegatalan pergilah on nombor tu hari tu.
Suddenly got a call in. A known number.
So nak tak nak pick up sajelah...

Mr. W: Assalamualaikum. Hai...
Me: Waalaikumsalam. Hai...
Mr. W: Tukar number? Kata taknak tukar number...
Me: Oh, something went wrong dengan number lama...
(Sebenarnya tukar sebab waktu tu amek plan Blackberry Maxis dgn UA so nak tak nak kena tukar)
Mr. W: Taknak bg saya nombor baru ke?
Me: **krikkk krikk bunyi cengkerik**
Mr. W: Eh, takde... saje call... dapat pulak... (perli ke eh? huhu) Mesti last week sambutan meriah kan?
Me: Eh, takdelah, biasa2 jer... (Erkkkk!!! Acane kau tahu?)
Mr. W: Eh, sambut ke? Dah besar pon buat birthday party?
Me: Eh... Tak...
Mr. W: Ke... Eh, mcm lain macam je... Ade apa last week?
Me: Takde pape pon. Awak kenapa eh? Sy tgh kerja sekarang...
Mr. W: Awak bertunang ke?
Me: Errr... Haah! Ahad!
Mr. W: Oh ye ke... Oh... sorry tak tahu.

Dan lepas tu tak cakap banyak dah.
Dan sehingga kini tidak lagi menggunakan nombor tersebut.
Agak sombong di situ tetapi yang berlalu biarkanlah...
Kita bina hidup baharu dengan insan yg betul2 kita suka...
PEACE!

May 29, 2013

Wordless Wednesday #16


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-2, SUAMI!
SAAAAAAYANG AWAK SAMPAI SYURGA!

April 6, 2013

678 hari

menjadi seorang isteri :)



March 22, 2013

RDC (15)

So the parents came by the end of February, along with a ring...

Gelabah tak? Hopkosss gelabah wei...
Mak main tipu hehe siap2 buat air sume kan before dorg dtg pastu keje ahkak hanyalah tatang dulang bawak g ruang tamu, tuang air ketar2 kasik makcik pakcik menom hehehe terrrbaik!!!

Lunch...

Minum petang...

Tetamu pulang...

Pastu mak kasik cincinnye.
Ho hokkay, kite g beli same2 kan so tadek hal lah tu
Setel part merisik.

Later after kawen mak UA ckp he used to be so risau sebab ingatkan our family is high maintenance or so. Huh, mn der hihi...

Then going back to Kuantan with a ring.

February 1, 2013

RDC (14)


Assalamualaikum para remaja di luar sana :)
Selamat menyambung cuti Thaipusam anda dan tiada Mondays blues mahupun jem di perjalanan hohohoo
Oklah anak-anak, selepas mensunyi sepikan diri selama 1 tahun 3 bulan 5 hari, tengah hari ini akak akan sambung cerita romantika de amour akak untuk episod ke-15...
Eh, cantik pulak macam fibonaci sequence 1-3-5-15 itu hehe... #tetibe!

Ok, episod nan lalu kita telah diberhentikan dengan ketakutan UA memberitahu niat dihatinya kepada ibubapanya. Ikuti RDC (13) untuk mendapatkan kesuspenderanny.

UA: Abang nak kawen.
Mak UA: Pandai-pandai kau pergi jumpa mak bapak dia tak bagitau mak dulu eh? Nanti bawak balik biar mak tengok budaknya...
Bapak UA: Baguslah ape nak tunggu lagi... Abang pon dah dewasa, dah kerja... Kawen je belum...

Kendian...

September 27, 2012

of husband's surgery on daughter's 210th days...

Assalamualaikum...
For the 3erd time of the year, UA was scheduled for ENT surgery, as far as i concern, consists of toncillectomy, uvulopalatopharyngoplasty & tracheostomy. OMG what the hell are all those things about???

Rasanya pernah blog pasal penyakit UA ni dulu, which is OSA (Obstructive sleep apnea syndrome) or nafas terhenti while sleeping where he was scheduled for surgery on April tapi tak jadi sebab actually PPUM salah bagi tarikh waddahell then changed to July where UA was down with fever on the surgery day so postponed to tomorrow, sebab takut infection if they proceed with the surgery. Oh, in that case, I keep wondering why it takes them 2 months untuk buat next appointment? Guess they can just give UA some antibiotics and then can proceed with the procedure on the other day or two. Hmmmm... Kalau esok UA demam lagi? Bukan ke kalau tonsil bengkak mmg patient kan sokmo-sokmo je demam? Hmmmmm again...

November 21, 2011

oh em cee

Assalamualaikum...
Lama tak menulis... Rindu tapi tak mahu. Bukan tak mahu apa tapi tak mahu berlama-lama di depan screen. Macam biasalah, kesihatan di hujung tanduk. Oh, bosan kan saya ni asyik tak sihat dan merungut di sini. Patutlah follower pon tak ramai, takde yang kuasa nak baca rubgutan saya... Tapi, bukankah ujian sakit itu kifarah dosa? Semoga dengan sakit pening ini Dia yang Maha Pengampun mencuci segala dosa saya, suami, ayahbonda & keluarga, amin...

Malam Jumaat lepas UA start demam teruk. Sedih hati saya lalu tak boleh tidur. Selama hidup bersama, itulah kali pertama lihat UA sakit teruk. Esoknya saya ke opis tapi hati tak sedap lalu mintak EL halfday. Balik belikan McD bubur ciken je. Isteri yang teruk, kan?! TApi nasib jugak ada drive thru mcm tu kalau tak tah jam berapa la suami saya tu dpt makan. Saya sampai pun dah jam 230.

Tengok dia makan, habis! Alhamdulillah... Kebetulan pulak saya lupa nak belikan untuk sendiri. Nak tak nak tumpang la seketul dua naget dan fries dia. Bila dia tanya saya dah makan ke belum, kasi jawapan selamat. Ye la saya sihat apa pun boleh bangun cari makan sendiri. Lepas kasik makan ubat, UA tidur.  Laga betul saya dia dapat mc tu. Bukan sebab seronok sgt dia duduk goyang kaki depan mata saya tapi sebab selama kawin ni berapa kali sangatlah dia berehat di rumah. Selebihnya hatta sabtu dan ahad pun kerja kerja kerja... Tak cukup rehat, pasal tu jatuh sakit!

Malamnya dan malam esoknya masih dia tidur tak selesa. Saya pun tidur-tidur ayam lah tengok perkembangan dia. Teruk sangat, saya kejutkan dan suap ubat. Alhamdulillah Ahadnya dia dah kebah. Syukur ya tuhan Kau pulihkan kesihatan suami ku. Tapi part malangnya, saya pulak yang berjangkit huhu

Ahad pagi tengok keadaan dah ok, UA ajak saya beli barang dapur. Mana taknya, beraspun dah habis cukup masak nasi malam sebelumnya je hehe. Bila tunjuk tong beras kat UA, kami sama-sama gelak sebab dah gaya layak masuk program Bersamamu tv3 dah hahahha "Jatuh miskin dah kita ni..." katanya.  Tapi alang-alang nak keluar, saya ajak UA ke BAngi terus visit sepupu baru 2 hari saya, Umar bin Dr. Muhammad Saufi. Merah! Mungkin sebab si kecil tu putih ya amat maka nampak merah hehehe
"Ya Allah, Umar kamu betul-betul buat angah la & abg ngah tak sabar nak baby Z lahir! Tambah pulak dengan keletah abang dan kakak-kakak kamu terutama si Cena tu, memang buat abg ngah tak nak balik haha"

Dalam perjalanan balik tu dah betul-betul rasa tak sedap badan. Gigih jugak ke Tesco beli barang dapur. Sempat kecek buah nangka dengan UA. Belilah dua tiga ulas dan makan sesama dalam kereta. Sedapnyaaa! Eh, bukan mengidam tau! Sampai rumah rasa tak larat sangat. Usai Asar golek-golek kejap di katil lepas tu FB chat UA ajak ke klinik lepas maghrib. Nasib baikla teknologi sekarang ni bagus. Suami di ruang tamu, isteri dalam bilik, boleh chat saje hehe

Selesai Maghrib kami berdesup ke klinik. Eh, nak berdesup celah mana saya nak jalan pun tak larat dah. Pastu sah la saya kena upper respiratory tract infection. Patut la rasa cam athma saya nak menyerang je. Selesai urusan klinik, UA bawak saya minum air kelapa. Gigih si suami berusaha sihatkan isteri.

Bangun pagi tadi dia suruh saya tak usah ke ofis. Mujur semalam doktor memang bagi mc. Sebelum pergi kerja dia pesan suruh saya makan bubur nasi yang ayong masakkan. Terima kasih, kakak! Entah jam berapa Ayong bangun masakkan bubur saya pagi tadi. Dah lama tak makan bubur orang sakit, tadi merasalah buat alas perut untuk makan ubat. Harap-harap ubat tu betul la sesuai untuk ibu mengandung mcm saya dan tak memudaratkan si anak.

"Baby Z, you hang in there, ok! Mommy is sorry sebab mommy terpaksa makan ubat jugak... Mommy tak larat :("


Dan tetiba baby Z respond gerak-gerak dalam perut. Thanks sayang sebab maafkan mommy!

November 4, 2011

3 hari yang tertinggal semalam...

AMARAN: Ini entry panjang.. Jika takut bosan, tak perlu baca, tengok gambar ihsan Google tu aje =p

Wah... Lamanya tak post sebarang kata-kata manis bak gula walaupun hati macam cuka, eeh??? kan!
Banyak faktor... Banyak! Begitu banyak... Banyak sekali! Oh, dah! So dek sebab tunggu punya tunggu punya tunggu dei brapa banyak kali tunggu daaa maka kita buat summary of the week sajork hehehe

Selasa 1.11.11 hari tu UA balik lambat. Orang dah tertido senget benget da pon skali terasa ade cubaan mencurik spek maka bukak mata tgkk UA sedang cuba tanggalkan spek sambil cakap, "tido betul-betul eh... B dah balik ni." Oh, sumpah tengah mamai tapi terdengar dia cakap kat ayah yang dia balik lambat sebab ade bangunan runtuh ke ape kat UM tu. Oh, my! Universiti tertua katenye kan bangunan pon sure la semua tua-tua.

I was sooo mamai tapi nasib baik ingat nak solat Isyak. Natijah?

October 29, 2011

Happy 5 Months' Anniversary, B!

Oh suami ku,
ku hanya ingin kau tahu...
Walau betapa lewat pun pulang mu dari kerja,
 daku tetap akan menantimu...

Oh kekasih awal dan akhir ku,
ku juga ingin kau tahu...
Walau betapa gumbiranya hatimu mengejekku setiap waktu,
daku tetap marah-marah sayang cuma padamu...

Oh teddy bear dedemok dedempol ku,
ku ingin kau tahu lagi...
Walau betapa kuatnya keinginanmu untuk berdiet,
daku tetap akan memasak buat diri ku mu...

Oh kasih, sayang, cinta ku,
ku mahu kau ingat selalu...
Betapa daku cinta pada mu,
lebih dari yang dulu-dulu...
Dan betapa kasih sayang ku hanya untuk mu,
sejak dulu hingga hari ini malah selamanya...



"Sejak dulu terkenang-kenang,
Hingga kini masih mengenang"

Ececeh pantun dua kerat katenye....


dulu tunang sekarang isteri


 Owh abang... Abang patut bangga punya adik seiras artis!

Owh matik la muntah darah UA tengok caption gaya gitu!
It was waktu pak imam setel-setelkan sijil sume rasanya
Ada bonda, ayong & along
Ima nyuruk blakang vrontot pengantin mungkin perasan nak snap gambar dia amek berkat



dag dig dug di dalam dada, jantung berdebar~~~

Ececeh, gatai!

October 26, 2011

Laughing out loud? Lots of love?

LOL LOL LOL! Wakakakakaka
Ok, itu kedengkian! Heheheh

Oh dan sebenarnya~~~ KEBOSANAN!

Ahad lepas UA tak g training.
Sebabnya?
Celik mata je terus tak leh bangun.
"Perut kite sakit... Belakang lagi sakit," cakap terus sebaik UA keluar dari toilet.
"Sangat ke?"
"Takleh bangun ni..."
"Oklah, B x g training!"
"Sdeh la cani kite baaaaaanyak nk setelkan hal rumah hari ni..."
"Ah, xde xde xde! Jap g kang B kemas-kemas, syg duduk je!"
"Habis nanti Rabu ade game tak g training camane?"
"Alah, B kan terrer*blagak!!!*!"

So dek pengorbanan itu, hari ni kena la ikut dia ke game ini.
Boring jugak laki punctual ni!
Dorg janji kol 8 kat sini ni dah 815 hareeeeem batang hidung saya n UA je yg boleh dilihat.
Nasib baik team lawan blom datang!

Eh, tapi gile nak gelak LOL la kat UA sebab semalam sebok la nak lawan la hape la da lame tak lawan kan konon g la kuar beli lens skali baru nk masuk kdai tu cikgu dia msg, "Izhar esok tak lawan, jd wasit juri ye!"

LOL beria nak blagak depan isteri nak lawan skali watak wasit juri je hari ni hehe.
Tapi like feeling good gak la sebab selama kawan-cintan-kawen ni asyik tengok dia pakai baju pendekar je kan.

Ni 1st time nak tengok dia pakai baju wasit juri yg putih bersih ni.
Sampai sakit-sakit pinggang-vontrot bagai la semalam jahitkan lencana kat baju baru dia.

Hurmmm ok lah, nanti bosan-bosan di sini kita twit-twit pulak.
Eh, tapi dah alang-alang di Cheras ni bagus jugak kalau dpt melawat si adik di UPM sanun...
Ke tidak?

Owh, anyway...
Sepertinya xde kaitan tajuk & gambar dengan entry!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

October 24, 2011

Cuti-cuti cinta~~~

Weekend yang berlalu adalah yang paling heaven...
Yang boleh buat saya blame diri sendiri yang selalu blame dalam hati kesibukan UA
Kerja... Kerja... Kerja...
Saya rasa mcm tak nak Isnin yang ni datang :)

Jumaat UA balik awal (ok, consider 930 p.m. is awal for him)
Saya siap tunggu dengan macaroni goreng terlebih pedas as requested
Saya makan 2 mangkuk, UA makan 4 mangkuk the rest
Heaven!

Lepastu golek-golek atas katil belek-belek baju si kecil
Ok, awal sangat kot beli tapi hati tak tahan ohhhh!
Beli online jer tapi quality ok lah
Carter's... Semoa romper untuk pakai siang
Hadoi la anak mommy lepas ni kita beli pyjamas je kuat jalan la nampaknye!  EH??

Sabtu UA tak ke mana... GUMBIRA lompat-lompat si isteri!
Lepas Atashinchi, saya buatkan regular breakfast
nuget, wedges, macaroni baki semalam dan milo panas kesukaan UA
Rutih Sabtu, makan breakfast dengan Shaun the Sheep :)
Lepas tu UA offer diri nak basuhkan dish & kemas dapur tapi hampeh hehe

Lepak-lepak kejap then UA tertido
So saya bangun basuh kain sikit, sidai kain, cuci pinggan, cuci dapur, kemas bilik & ruang tamu
Pinggang pun sakit... Oh, bukan pinggang, spine terus!
Skali dengar azan Zuhur
Terus kejut UA... Nak aih lamanye beradu!

"Sayang ni tak tau hargai hari cuti la..."
Hehe banyak la tak hargai...
Perempuan ni cara dia hargai cuti macam ni la...
Setelkan semua hal rumah tangga!

"Kite nak mintak cuti, cuti prepare lunch!"
"Ok... B masak! Sayang nak makan nasik goreng B x?"
"Nape B tak makan ikan eh?"
"Tak dap!"
"Sayang nak nasik ngan ikan ngan kicap!"
"..."
"Ok la ok la nasik goreng laaaa"
Hahahahaha

Heaven betul sehari berkurung dalam rumah dengan suami.
Sure jirang anggap kitorang balik kampung minggu ni
Eeh dah mcm pantun pulak dia jadi
Hihihi

Lepas tengok M3 cerita pasal Boboiboy sambil diner makanan berkhasiat oat
saya tertidur depan tv
10x++ la UA kejut tetap berlengkar lagi
Lastly dia tutup lampu kipas tv
ajak saya masuk tidur sekali
Haishhh bila la nak merasa darling carry ni?
Eh, macam pantun skali lagi!
Hihihihihi 

Ahad bangun pagi sakit perut sakit spine lagi
UA terus cakap "malas la g training pagi ni"
Alamak! "kasik tau cikgu dulu. minggu depan game, minggu ni suka suki tak training."
Terus msg cikgu bgtau "Saya tak training, Dila sakit pusat"
Wakakakaka suka tau perkotak-katik pusat isteri!

Breakfast tu UA sediakan
Beli rot can & roti telur eheh yummylicious betol!
Milo pon UA buatkan, pinggan pon UA setelkan...
Mulianya suami!

"Hari ni sayang baring je... meniarap pon jangan!"
"Eh rumah ni dah macam zoo, b tak nampak ke?"
"Takdelah, mcm rumah org bujang je!"
"Hah?! Alamak rumah bujang lagi teruk daripada zoo..."
Hahahahaha
"Cuba b tengok lantai kita ni... bukan takat sampah je, macam-macam ada!"
"ye la... sayang dengan b pon ada atas lantai ni...""Sudah la! Main-mainkan isteri!"
"Alah takyah la nnt b buat semua sekali..."
Owh cium suami 3x kat pipi!

October 23, 2011

RDC (13)

Wah wah wah gedik pulak nak sambung RDC hehehe... Sebenarnya dah tak tahu nak cerita ape...
Oklah sal berkenalan dgn family la pulak...

Back in December 2009, end of December UA amek cuti sehari. Pagi-pagi dia dah siap-siap semat-semat keluar rumah tadek je nak kasik tau mak ayah dia nak g mana tp dorang kata dorg dah agak nk jalan jauh sebab UA ni jarang bangun pagi ah kantoi sudah!hehehe... Dia amek bus ke rumah saya. Memang saja suruh naik bus sebab ptg tu saya nak ke KL jugak so boleh kapul saje. Sampai rumah saya dalam kol 9 gitu mak terus kasik UA makan minum. Owh, dat day adik kesayangaan saya yang bulat tu ade minor surgery so ayah dah pagi-pagi keluar bawak dia ke hospital. So UA adelah menunggu ayah balik saaaaaaaaangat lama. Mak pulak saya rasa sebab 1st time kot org nak tanya-tanya anak dia so mak borak la benda2 lain hahahaha lawak je!

Then at 2 ayah balik. Waktu tu mak dah hidangkan UA minum petang dah. Eh, awal kau minum petang eheheheh... Sambil minum2 tu tetpba ayah direct je tanya
"Izhar dengan Adila ni dah betul-betul ke?"
Ah sudah salah soalan ni... UA pulak dok sengeh sahaja sabar je la... Pastu dlm kete sebok cakap sebenarnya dia nak jawab, "kalau tak betul, xde saya berani nak jumpa pakcik!" hahahaha pastu dh kawen nak nasiha pak mertua suruh g klinik pon takot... choiiii!

Skali lam kete UA tanya, "Cane eh nak kasiktau mak bapak?"

"Choiiii kamu x kasi tau lagi kerrr?"

"Suruh Wawa la tolong bgtau eh?"

"Hah sudah! Kamu ke wawa yg kena kawen dgn kite ni?"

"Ala takut laaaaaaaaaaaaaa"

"Ah tak payah mengada! Jauh kot nak pusing g London dulu baru balik Mesia semuala!"

"Ye la nnt saya kasitau la..."

Waktu ni masih saya-awak lagi ohhhhh
Balik tu sampai rumah dah dia tertakut-takut nak sampaikan buah tangan mak saya hehehe
Kang katenye g kenduri kang pelik pulak manede org kenduri hari Rabu gitu dok
Malam tu lepas Isyak dia kasiktau parents dia "Abang nak kawen!" agaknye la cakap camtu hehehe
Malam tu saya msg dia tanya apa parents dia cakap.
Kata si emak: "Pandai-pandai kau pergi jumpa mak bapak dia tak bagitau mak dulu eh? Nanti bawak balik biar mak tengok budaknya..."
Kata si bapak: "Baguslah ape nak tunggu lagi... Abang pon dah dewasa, dah kerja... Kawen je belum..."

October 22, 2011

Katil pengantin uncle abang...


Saje nak tayang katil pengantin yang masih suci (masa tu lah hehe) lagi menyucikan ilham pengantin yang sakit ini sendiri

Susun kelopak bunga supaya jadi bentuk camtu...

Lepas akad dah boleh tayang sijil sekali

 
I suppose to have gambar full
sekali dengan tirai DIY belakang tu sampai bunga kat hujung katil tu
tapi mana pegi eh gambar tu?

BTW, semua hasil kerja tangan & ilham sendiri (read: saudara-mara)...
Bunga tangan yg kat tetengah tu pon mak long saya yang gubah
Same la dgn bunga katil tu
Nais kan?!
Mak long saya mmg pandai gubah bunga
dan selalu menang pertandingan *sila up*

risau ittu tanda sayang... eh, bukan cemburu ke?

Hampir 4 bulan tidur sebantal baring sekatil dengan kekasih awal dan akhir yang dedemok dedempol paling saya kasihi ini, ini kali pertama saya tak merasai nikmat mengantuk. Satu minit ke jam satu, saya sibuk menaip yang ini sambil telinga tajam mendengar rentak tarik hembus nafas si suami. Kisahnya, kesayangan saya menghidap apnea :(

Dua hari selepas sah bergelar suami-isteri, saya suarakan cadangan supaya dia ke klinik untuk rawatan. Sebab? Pada malam yang pertama lagi, dia seolah berhenti bernafas dalam tidur nyenyaknya. Sompah, saya gelabah! Hampir seminit, tiba-tiba dia tercungap. Laju neuron otak saya teringat satu kisah yang pernah saya baca lama dahulu. Masalah tidur! Maka dengan hati bimbang tapi terselit yakin saya suruh dia berubat. Sekurang-kurangnya berusaha. Tapi ya ampun degilnya dia langsung tak mengendah cadangan saya.

Sumpah, sepanjang usia perkahwinan yang belum begitu lanjut ini, saya sedikitpun tak pernah terganggu dek dengkuran panjanng-kasar-bising suami yang hanya satu ini. Malah saya akui jika tidurnya senyap tak berbunyi, itu yang saya khuatiri. Sebulan... Dua... Tiga... Empat... Dia masih tak menjejak penawar. Namun tuhan itu maha kuasa, mengabulkan doa seorang isteri yang sedang menggalas benih sang suami dalam rahim ini; Dia "temukan" kesayangan saya dengan sisipan akhbar Kesihatan dalam Utusan Malaysia bertarikh 16 Oktober 2011 (Ahad lalu).

Rentetan itu, dia ke klinik. Mula dengan title sebagai pelajar, dia dirujuk ke PPUM untuk rawatan lanjut, terus dirujuk ke pakar. Berdasarkan beberapa ujian yang dilakukan, selain masalah resdung yang teruk, kesayangan saya juga mengalami bengkak tonsil tahap ke 3. Perlu dibedah. Mujur saya punya seorang dua rakan doktor untuk bertanya. Katanya tonsil kalau dibuang pun tak mendatangkan banyak mudarat sebab tugasnya yang hakiki ialah untuk combat infection waktu kita kecik so dah tuan ni xde function sangat. So sekarang yang perlu dirisaukan is his OSA symptoms tu la. Memang banyak sangat ada kat UA. Risaunya...

Hujung tahun nanti kena buat sleeping test sebelum doktor sahkan itu OSA atau apa then kasik medical treatment yang sesuai. Sementara tu saya kena tolong dia reduce weight, tidur mencukupi dan baik-baik serta buat apa-apa patut sebagai self-help treatment. To date, UA dah over 20kgs tau! Tu la sibuk sangat nak maintain 80kg++ supaya boleh lawan dlm kategori tu. Tak sihat, tau!

Ish, ramai kan sebenarnya yang tak amek tahu hal berdengkur ni. In fact, Pak Lah himself pon lepas kawan-kawan sarankan baru dia amek berat. Risau la... Bahaya tau benda ni berisiko tinggi sebenarnya... Boleh membawa maut juga... Ya Allah, Kau permudahkanlah rawatan suami ku dan sembuhkanlah kesayanganku ini dengan segera.

p/s: As org lain dok cakap-cakap nnt baby terkejut dgr ayah berdengkur n etc, sebenarnay takde orang yang faham kerisauan saya bila tengok suami tidur nafas tersekat-sekat mcm saat saya tulis entry ini...




B, jaga diri baik-baik, ok!
I LOVE YOU!

October 19, 2011

macam retis ker? tak kuasa mak, nak!

Hahahaha serius rase cam poyo nak bikin entry ni..
Like seriously!
Memalukan hakhakhak laksana masuk bakul hangkut sendiri
Berat ohhh dah nak 4 bulan setangah mengandung ni berat dah jadi 50.5 kg
Pasrah lalu terus menadah berdoa moga segera berat turun sebaik beranak nanti hahahah

Ish, kalau UA baca entry ni soheh... Soheh kena rejam dengan kutukan!
Hahahahaha tapi lantak la
Kalau rasa muntah, boleh terus jump g gambar bawah2 yang lebih manis penceritaannye okeh
Hehehehehe
Ala u ols ni kasik chance la mak nak feeling2 retis fofuler =p

Ok mumule ace nengok komen Adila Junior kat entry Senpai Adila saya samalam....


Hahaha budak ni memang, tau!
Sure kau tengok album fb akak sambil gelak-gelakkan akak kan, dik! Hampeh!
Tapi sebenarnya sebelum-sebelum tu dah ade org cakap dah pastu dia muntah benda yang sama
Kamera man pon cakap jugak sambil gekal-gelakkan saya nasib baik kau kawan aku dah anggap cam sedara weh hahahha
 Hah ace la nengok dulu comparison yang gigih saya buat ni

 
 Kiri: @tiztiztiz gambar ihsan Google
Kanan: Tiz celup selepas bergelar isteri

Mana ada sama!
Ce tengok lak yang nii...

Atas: Tiz celup menanti saat diijabkabulkan
Bawah: @tiztiztiz dalam cerita Nur Nur Nur Kasih~~~ Nur ya Nur Kasih~~~ *over!*

Memang tak sama langsung la kan hahaha
Tapi tah la dah kalau nak katekan same jugak lantak kau la jah ahkak nak wat canekan
Kelakar kot tapi mumule tengok tu ade satu gambar tu memang terdetik gak
"Eh, cam artis je muka aku ni!"
Tapi pendamkan aje hakhakhak matik la kalau suara hati boleh dengar!
Tapi kalau ikut UA dia kata muka Tiz Zaqyah dalam cite Soffiya tu same ngan saya tang mulut
Ha, tang mulut yang graf kubik negatif tu hambek kau! hahaha
Graf negatif tu ape? Graf masam la...
Memang saje la kan nak kutuk bini cantik wajah masam mencuka
huhuhu sentap 3 minit!


Oh tapi dulu-dulu-dulu sebelum ahkak cantik macam Tiz Zaqyah tu laki kezen ahkak pernah lompat-lompat nengok iklan Ribena tu
Tah hape ke eksaited beno nengokkan iklan tu
Rupa-rupanya nak kata wajah ku macam Ila Damia Mentor tu huwaaaaaaaaaaaarghhhh terus tensen
Ade ke? Ade? Ade? Ade aku kesah?


Memang lawak la kan huhuhu
Pastu skali tu gi opis ade lak kakak ni tahan
"Dila, semalam akak bukak fb awakkan pastu anak akak cakap akak kawan dengan artis."
Hahahaha memang tak sanggup la kan nak dengar anak dia sambung,
"Penyanyi yang iklan Ribena tu..."
Miahahaha menangis air mata darah daku kat tepi pantri pada hari tersebut

Memang TAK NAK lah kan rupa macam artis-artis ni lain la kalau nak kata cam Erra Fazira ke Amy Mastura ke Ziana Zain ke Fouziah Gous ke kan
haha over sudah kah kedish kedish kedish kat dahi!
Tapi tanak la same-same muka ni
Kang kot ye same kang dah senang pulak UA asal rindu je bukak youtube tengok Ila Damia perform
tak pon bukak tonton.com tengok cite Nur Kasih ke Soffiya ke tgk Tiz Zaqyah
Terubat rindu kat bini... Ah, sudah!
Memang nak kena la kan kalau UA buat perangai camtu huhuhu

Terus sentap 3 tahun!
Terus tanak feeling-feeling bercinta sambil nyanyi lagu hindustan...


Hahahak matik la melalut...
Oklah, tu je bai!


yay, da boleh pegang-pegang tangan urut-urut pinggang! *eh, apekah?!*

October 14, 2011

hadiah mu hadiah ku jua... aik, cemane boleh share?

Entry ini ditaip penuh kesukaran sebab penulis kidal suda huhuhu
tgn kanan ku tercurah air panas di pantry tadi (sebaik je lps post entry kat bawah nun)
maka pink semua lima jari yang terselamat cuma belakang tangan n tapak tangan jua..
terus rasa takleh imagin cane kena dera siram air panas kat badan...
ok, over? motip imagine kes dera?

Oh ok topik dah lari tajuk dah pass baton ke 2nd runner dah =p
sebenarnye tadi waktu sebok2 tgk fb dgn tangan yg sebelah ajo ni ternampak wall post ni
kawan back in semsas dulu katenye esok bday laki dia dah tak tau nak kasik hadiah ape...  
so komen ka kan saje je gatai hehe


lotsa kisses!

Ingat tak UA penah mintak hadiah bday ape kat saye?
Hahaha memang matik la mintak hadiah yang tu kan... hahaha
pastu bila dia dok tanya je ape hadiah bday dia dpt nnt sy sik tunjuk perut saya je hahaha
mmg padan muka la kan tanak kasik hadiah...
tapi sampai bday dia waktu tu bulan pose ahad kat rumah my parents
pagi tu lps subuh jemaah kitorg adekan usrah sbb cukup korum sume kumpul skali
so i think his birthday gift was d 1st usrah n suai kenal betul betul rapat dgn my family....
pastu dah nak salam-salam tu i announced kat semua org "hari ni bday izhar~~~"
then sume la wish "happy birthday, izhar", "selamat hari jadi, abg!" n etc...
seronok je!

Sampai skrg pon UA selalu je perli2 pasal TV LCD dia tu
hahaha mmg tunggu la TV LCD yang dalam perut ni keluar dulu baru pk nak beli tv yer
yang ade ni pon dah tak reti arrange cemane dah kan
nnt nak masuk barang baru mmg haku humban je nanti tak tau nak letak mana la kan...
so end up bila dia tanya sal tv dia tu saya akan kiss aje kat pipi dia beberapa kali
katenye modal nak buat beli tv nanti hahaha
pastu nnt dia diam la tak tanya dah psl tvnye tu... esok lusa tanya lagi hohoho

ok dah tangan pedis2 dah ni nak meniup tangan di angin lalu pulak. okbai!


p/s: bestnye kalau dapat hadiah jagung rebus, kan!


Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers