Showing posts with label Malaysiaku. Show all posts
Showing posts with label Malaysiaku. Show all posts

October 17, 2014

On MH17 tragedy

It's been 3 months since the day
It was the night when adik was born
I woke up for nursing
and heard the news on tv
The nurses and the doctors are sad
and it's only me who have no clue at all
until the whatsapp groups were loaded with questions and prayers
I get things clear then
and share the sadness


October 20, 2011

Ikan bilis? Iblis? Oh oh oh kompius suda!

 Owhsem sekali kalau waktu senggang-senggang goyang kaki tengok tv kunyah roti kan?
Ok, ayuh membayangkan makan roti nom nom nom mulut kunyah tekak telan
Nyaman....
Eh, Tetibe nak nyaman hahaha
So one of Gardenia product yang saya suka ialah ini


 Gardenia Delicia Sambal Bilis


Eeh tapi udah gaya gini, gimana?
LOL
Gardenia Delicia Sambal Iblis
(Sumber gambar: Tag dari sorang kawan di FB)

Tak tertalan nak makannye, nak!
LOL lagi

Yes, sometimes saya as an editor pon buat spelling mistake ni.
Yang penting kita recheck atau double check la kerja kita kan...
Macam ni rasanya tag Pertonas kot kuning camni
Kedai Mesra... kot la...
Tapi tag harga looks familiar kan kan kan
Berwaspada la especially yg guna untuk public tu kan
cam hari tu yg poster Yuna untuk iklan Pantene tu
Boleh salah eja Malaysia jadi Malysia ke ape tah
Ade ke patut?!

January 17, 2011

senggol-senggolan himpit-himpitan

Kes 1
Yang ni jadi waktu nak balik kerja hari Jumaat lepas lebih kurang kol 5.15 kat NKVE Subang tu. Ace nengok betapalah keciknye saudara Oje ditengah-tengah makhluk besau gabak tu huhuhu
Dahlah tiga-tiga laju nak mamfus lepastu lori yang putih tu boleh lak dia ekor sikit punya rapat ke huhuhu pale otak asyik pk "Lori ni nampak aku ke tak? Nampak ke tak?" sebab cuak gila dia macam dekat sangat kan. Kalau brake kot mmg akan gedeganglah kot huhuhu... Siap berdoa kuat-kuat lagi ngehehehe radiao pun siap turn offkan lepastu paling hampeh ialah sampai lupe nak menyinggah drivethru McD huwaaaaaaaa menyampah tau! Lame gak la keadaan ni berlangsung. Say, 5 minit kot! Dah lah tengah rasa cam nak kencing. Nasib baik tak terkencing lam kete tau. Eeeee mencik la abg lori ni! Nak ngadu kat L.O Suria FM huhuhu
Kes 2


Yang ni lak cite badigol sood malam semalam. Alkisah kitorang adik beradik sepakat nak balik KL dekat-dekat malam la. So kol 7 kitorang berangkat la dari rumah mak. Mula-mula Doin drive pasal hujan siap buat ayat "Doin tak kompidenlah awak yg drive, Ngah!" Hahaha rase nak pelangkung je ayat camtu. Destinasi mula-mula tu g UPM dulu hantar dinner kat ateh & hantar Ayong balik sarama. Pastu nak balik Kepong we all tykar driver maksudnye sayalah yang bawak. So lalu jalan yg familiar la pasal malam kan malas nak masuk KL so lalu Ampang. Sampai la kat area-area Zoo Negara tu biasalah Oje kan suke lelaju so Oje main lane kanan je. Tgh lelaju tu tetibe nampak satu Saga hempet-hempet kitorg. Memang terkejut la kan Doin sampai jerit "Ehhhh Angah! Angah!" yang saya lak memang tekan horn gile lama ade la kot 2 menet hehe puas hati. Nasib baik kitorg tak terlanggar tembok tu tau. Dia hempet mmg baik punyalah. Apesal nak hempet?? Ha, mmg bukan lah sbb dia nampak Oje dipandu wakita chantek, tapi sbb mamat tu sibuk main SMS. Badigol sood tol! Erk, acamane tau dia sms? Sbb Doin tengok la kete tu lps kejadian kan. Nasib baik dia tak keluar waktu tgh horn-horn tu hahaha tp dia mmg bengang la kan sbb kalau katelah terlanggar kan mmg dia la yg kena dulu. Bodoh la! Dah tau nak SMS jgn la bwk lelaju! Eh, salah! Dah tau drive jgn la sms. Wat cam kitorg ni. 1st half Doin dirve, sy sms. Pastu tukar driver dgn alasan, "Doin lak nak sms." Ha kan ke berhemah tu!

September 23, 2010

korang ade mcm ni?! hehe

haaaa... korang ade gini? ade? ade? ade kedai sendiri cam kitorang? haaa gitu kannn kalah mama ciken rice LO kate ko hehe

alkisah die cenggini tadi balik saye tgk ade notification twitter saye kan... so tgk judeng ade amek satu gambar muahahaha gelak guling2 kot nengoknye...

hais bace le sendiri!
sila baca dari bawah yer... kita ikut style nippon gitu...


lepastu yang ni juga ala jepon...

dan akhir kata yang ini pulak.. hehehe sila baca dari kebawahan jua...

ha ade? ade? ade? korang ade kedai sendiri? ade? tadek kan? kan? kan?
kitorang ader... modal takyah keluar kot muahahaha (gelak cik izo yer ni kawan2 semua!)

yang paling tak tahan ialah nama kitorang dua tu siap betul eja lak tu muahahaha sekali lagi...

tak tahan... tak tahan... cemane ni cik? hhuhuhuhu i masak pon gred x sampai A lagi ni cik... boleh kite berkedai makan ayam penyet gitu ohhh



kawan2 semua jemput datang makan kat kedai kitorang yerp! pecal kitorang terbaikkkk

ROTFLMAO!!!

lepas ni judeng harus kau angkut kakak kau dua orang ni lalu depan kedai itu huhu lalu je ke? erkkk kalo makan nnt kena mandrem dok?? huhuhu

June 28, 2010

tapi bukan semua...


ramai orang jahat, tapi bukan semua...



ramai menyakitkan hati... betul2 ramai!

tapi bukan semua...



arghh... susahnya kalau nak cakap tapi tak sampai hati nak cakap



makan dalam tau,macam ni!!!

June 2, 2008

a dusk at glory beach resort...




ni gambar2 from the balcony...
subhanallah... kagum betul aku menontonnya!

March 10, 2008

pasca pilihanraya

Sengal... Sengal... Sengal... That's my very 1st serious words I would loike to comment for PRU12! 2ndly, thanx for all voters (bunyi mcm aku lak salah sorang candidate yang telah berjaya itu hihi) and congrates to the YBs who won no matter what party you are in oke. As I oredy mention earlier, I'm not siding any-party since I'm not (or maybe can be consider as NOT YET -hohoho) involve in politic.


Well, I like it much when the 5th Chief Minister of Negeri Sembilan
Datuk Seri Mohamad Hassan (as shown in photo) who is very very very good in carrying his responsibility (walaupun aku bukan org nogoghi) won the majority as well as Shahrizat Jalil lost her to Nurul Izzah Anuar. See, I'm natural haha!


the return of a Puteri Reformasi

Well... Well... Well... I dont mind anything bout this anymore. Actually, the
kepala hangin nak tulis blog ini adalah karena I'm about to sleep when my chagya suddenly mencari pasal wid me, all because of the PRU-12! Huh, tak tahu pule sejak bila this orang tua become sooooo sengal pasal kerajaan. Ish, tau la you "sangat suka dan seroooooonok" kerja kerajaan sekarang ni! (please dont let me say dat again oke chagya!!!) Betul-betul nak naik hangin la talking dengan ini mamat ini malam. Please la... Tatau ka hubby n wiffey pon bleh bergaduh-gaduhan akibat nak balik mengundi sedangkan selama ni never bergaduh pon bout nak balik raya. Please la tidak mahu bergaduh denganmu kerana BN kalah banyak kerusi and those non-muslim leaders yg you tak setuju itu.

Jangan sebab your boss moody pasal Shah Alam dapat kat Pas and PKR, you plak nak moody dgn saye di sini. Tak yah nak wat alasan non-muslim leader or whatsoever. Dah tau dah you pangkah ape... Hahaha... Mau gaduh ka? Huhu... Let them be la chagya! Malas la nak cakap-cakap sal politik ni dgn you. Kita ni yg tak well manage since you dapat kerja kerajaan tu yang patut you fikir dalam-dalam dulu. (I'm not to kutuk government servants since my parents are oso kerja dgn kerajaan oke!) Cume tiba-tiba malam ini (yg saya akan tido tanpa memberi mahupun menerima gudnite & t8 k dari chagya yang sudah gila kot itu...) tiba-tiba macam baru lak tau bahawasanya pakwe ku itu penyokong kuat Barisan Nasional huahahaha... Suka hati hang la chagya!!!


March 2, 2008

pilihanraya oh pilihanraya...


Sekarang demam pilihanraya. Kiri kanan poster merata-rata. Naik semak lebuh-lebuh raya apetah lagi jalan-jalan kampung. Dah tertutup keindahan kehijauan alam sekitar dek kerana gayutan-gayutan poster, baner, banting segala tu. Sakit jugak mata memandang. Bersungguh betul. Maklumlah, namanya pun pilihanRAYA. Kalau dah ada raya-raya tu, besar la tu, mesti la meriah kan. Raya lah katakan....

Nak keluar simpang pun dah tak boleh bajet. Pandangan tertutup dek semua yang begayut-gayutan mengalahkan puntianak langsuir tu lah. Warna pulak pelbagai meminarkan bijik mata. Merah biru hijau kuning. Alahai... Raya oh raya!

Sekarang ni pun dah bersepah-sepah. Tengoklah nanti pasca pilihanraya, bukannye reti nak kemas susun semula. Maka terbiarlah poster, sepanduk, bendera dan tiang-tiangnya terpacak kat tempat tersebut selama-lamanya. Hilanglah kebersihan keindahan kawasan-kawasan yang dulunya indah sejuk mata memandang. Penat kecik-kecik dulu cikgu ajar buang sampah di tempat sepatutnya. Siap ada bagi denda kutip sampah keliling sekolah lagi kalau kelas kotor. Sepatutnya, didikan zaman kanak-kanak tu lah yang melakat dalam kepala, bawak sampai dewasa, Ini tidak, dah tua bapak, konon-konon nak memimpin tapi kebersihan tak tau kan jaga!

Kenapa keadaan ini berlaku?
Tengoklah, siapa yang sebok-sebok mengalahkan menteri siang malam berkonvoi motor, panjat sana lilit sini menggantung poster-poster parti kebanggaan masing-masing? Yang bersubang sebelah, yang rambut karat agaknya bahana tangki air lama tak bertukar di rumahnya, yang bertindik di hidung atau yang kepala besi tak berhelmet. Semuanya budak-budak kononya belia bangsa yang sebenarnya tak habis sekolah. Semuanya setakat tahu membaca menulis mengira tapi tak sebagus mana. Bersungguh-sungguh patriotik menyokong sana, mengiyakan sini padahal entahkan faham entahkan tidak ape yang para YB janjikan tu kita pun tak tahu.

Kenapa tinggal golongan tak habis sekolah ni aje yang buat kerja-kerja macam ni?
Sebab... insan-insan terpelajar sibuk get ready nak final exam di universiti-universiti seluruh negara 2-3 bulan lagi. Belum kira yang di overseas lagi. Ai, para mahasiswa-siswi kan tak boleh terlibat dengan politik. Sebab itulah terpaksa jugak panggil golongan tak reti membaca tu buat semua kerja. Kesian kan? Kalau setakat bbuat kerja laksana buruh paksarela tu aku tak kisah langsung. Ni naik hangin kepala, berpinar bijik mata, berbulu telinga kalau perangai berlagak taktentu pasal dah mengalahkan pak-pak menteri. Macam ni ke nak jadi pemimpin? Langsung tak berjiwa rakyat! (Belum tengok lagi di pusat mengundi aku minggu depan. Pasti terpacak la sorang cik kak kita yang SPM pun tahap memalukan mak bapak dengan 9G sebok-sebok berlagak orang penting -tak sabar pulak nak balik mengundi!)

Aku bukan lah anti-kerajaan dan penyokong pembangkang. Boleh dikatakan, dalam politik, aku ni macam free-thinker la kononnya. Cuma kalau dikatakan pemimpin, biarlah kita memilih yang betul-betul boleh memimpin. Bukan yang cakap je bergegar-gegar, hasil jangankan setempayan, setitik pun belum tentu kita dapat. Janganlah mudah terpedaya dengan janji-janji palsu insan-insan yang terlalu bernafsu. Silap-silap nanti, janji entah ke mana, kita masih di takuk lama, dia sorang saja yang menjulang nama. Tak kira dari fahaman mana pun dia, kita sebagai pemegang hak, undilah orang yang layak, yang mampu menegakkan hak dan maruah rakyat seperti kita.

Fikir-fikirkanlah. Selamat mengundi terutama bagi muka-muka yang baru first time macam aku ni. Hahah.

June 17, 2007

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Buat kengkwn ku supaya korang lebih memahami keadaan diri ku....

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapaianya berlaku (the real reason): Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku...

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,Universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll. Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...
Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit....
dahhhh..!!! pi buat kerja!!!
hahahaha

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan TenagaRaya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak


sorry geng....... actually i pun terkena gak da...
Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers