Showing posts with label la familia. Show all posts
Showing posts with label la familia. Show all posts

August 21, 2013

more raya faces :)




August 15, 2013

T H E - E I D - M U B A R A K


 

January 29, 2013

balik kampung oh balik kampung

Assalamualaikum kawan-kawan...

Semoga kalian hepi pasal dah cuti panjang kan n semangat kojer dah up hihi ok la cute sal coti pjg.
Khamis lps maulidur rasul ialah cuti melipat kain. Setel, 4 bakul! Tinggal kain baju yg nk hang je blom dikerjakan. Sakit satu badan weh. Melipat kain tu mmg la duduk je tapi paling penat sekali kotttt huhuhuuu

then friday saya keje cam biase dek kerana cuti tahun dah habis. Alahai lmbtnye bln 4 nk renew cuti huhuhuuu. Oh, office sy start financial year bln April bkn bln January cam gomen huhu. So since ahad thaipusam kn so Monday will be replacement kn. So we decided to balik benta.+big yahoo!!!)

on sabtu pagi2 to avoid traffic jammed in frobt if batu caves. Gigih ok UA nk blik sblom subuh siap vranganzzz nk solat subuh kat petronas de paya serai la hape. Hampeh. Kol 532 sy bgn trus gegas2 kejut ua bgai. Mmg dah x nk msk la kn haha sbb d night b4 tu UA soh buat sandwich roll sardin utk bekal lam kete ah konon. Siap dh hancur2kn sardin bagai hihi. Alih2 pg tu dia sendri bikin sandwich skeping ngap sosorg. Lps je azan trus kitorg subuh then siap2kn ZA. 630 grk. Tapi memasing hati x sdap sgt. Aishhh!!! Pehtu UA decided nk pth balik n naik rumah sbb dia saspek dia x ttp switch iron end up xde pape plok.

So kol 7 start grk. Tapi hati dh snang :) cuma dpn bt caves tu dh start mensemut la. Otw si UA ni ngantuk la hape. Sy dh dok terjerit2 sbb tgk dia dh pjam2 driving tu kn. Dh la kt area lentang tu huhu. End up tuko driver kat de paya serai. Dgn hujan lbtnye. Scary sungguh!mZA dok dpn dlm carseat. Ayahnye tdo kt blkg. Ngan ZA x tidonye. Pnt tol dok nyanyi2 all d way sampai raub. UA soh benti nk tuko driver tp ai takmih. Dh lm trase x drive jejauh. So stop just buat susu ZA but still x jugak lolap. Sabo je la!

Lalu kat gali teringat raya lps both of us was so sleepy. Tapi UA dh kritikal so tukar driver. But me oso sleepy n dh terbbs nyaris lngr tiang letrik pok kt situ.
Dat was d bigest secret i nvr told sesape until today. Hr tu ada cte kt UA sekali. Dihantui kot sbb rahsiakn. Lm gile rahsiakn ade rase dkt 6 bln huhu... So ok la smpi. Slmt. Dlm kol 9. Kebuluran. Nasib mak ade msk kari yuhuuu... Ngap nasik la pepagi buto. Mak khclak sabtu tu. Tghr g knduri. ZA hopkos la walaupon pkai bju x cun sbb mls tukar + xnk dia vague tp siksa kepanasan (sbnrnye momy x bwk pon bju g knduri muahaha) tp tetap la ZA tu jd center of attention cam momy ms baby dulu. Mmg tol la ZA ni comel... Cam momy!

Hihi mlm doin n ayong nk treat diner. So mak booked a place. Tapi suhbanAllah jauh nak mamfus dah nk g gua musang aku rs hihi. Foods were nice menjilat jari. ZA mkn gak. Steam patin. All d way blk she was aslppe unlike waktu g tu membebel sampai ke kedai. Bulang mengambang cntik gule n she was mcm biasa la nk ngambik bulan tu huhu... Blk rmh dia tetibe batuk teruk, selsema n naik cm bintat tu. At first ayong ckp kna ggt nyamuk dah... Pastu kepelikan la sbb mak ckp rmh mak xde nyamuk. Tgk dia ngs mkin je uat n garu2.

Then bkk bju sy plk ckp kna ggt smut la ni. Bkk suar bagai. Tgk kt leher dh teruk. Muka dh merah. Mak ckp ni allergic reaction. Ok, zasss sy, UA, ayh n mak bwk ZA g klinik. No 24h clinic @ benta so d only n d best choice is klinik gomen. I can see a lot of improvement. Laju je HA tu huat kje tutap2 ZA da blh.gelak2. Then balik. Then tido... Pnat woo... Plan nk g tgk acik @ jenga dibatalkn serta merta.dis week je suro dia trn kl jumpa ZA kesygn huhu. Huh dah pjg tuleh. PANATTT!!! Ssh la type blog gn android. Do i need a tab? Cewah!

September 17, 2012

Backdated entry: Of Eidul Fitr




Hari ni, 29 Syawal 2012...
Esok dah pun masuk Zulkaedah...
What a shame, enry raya pun tadak! Huhu
Raya thn ni turn raya Pahang!
Tak best sgt, sehari je :(

Kronologi:
Sabtu pagi kami gerak kol 430 a.m gigih selepas sahur.
End up sampai Raub 730 a.m huhu dah mcm nak ke Kuantan!
UA la gigih cekal jiwa kental kompiden ckp x jem la jln clear la hape huhu...
Tp actually yg bikin jem tu sbb org2 mostly all d way to Klate la berenti tepi sbb sahur n etc.
Sdeh gak tgk kesian terkejar2 nk sahur kol 515++ a.m kn.
Ye la bwk anak2 mesti kna sahur if x nnt anak tu lapar then x capai la target poso penuh tu...

Then sampai lpa Petronas yg ada D'Paya Serai tu terus dah clear je jln.
Tp UA dah x larat sgt so stop tepi, taruk ZA flm carseat dia kt seat blkg n UA dok blkg, sy drive.
Ok la dlm 730 a.m tu sampai Raub singgah rumah PokDe Salleh amek plet kete.
Kisahnye plet kete tinggal sekerat tah mana jatuh hehe

Then day goes on...
UA sempat blajo bako lemang dgn daddy i hehe menantu mithali u'olss..
Then malam raya was maaaaakan tak berhenti...
We have a tray full of satay arnab + makanan2 raya n etc
ohsome! UA memang kekenyangan huhu

Esok everybody g solat raya except mommy & ZA
She was asleep waktu tu sambil tgk upin ipin... ok!
Fea minutes b4 org2 balik dari masjid, gigih mommy mandikan ZA
Sebaik je siap makeup anak dara, dorang pon sampai...
Cung kan baby mommy??

Petang raya dah off balik Kolo Pilah kampung ayah
Xde gambar plak huhu
Ok, jumpa lagi raya haji nanti ye!



[ZA 6 bulan] Hari-hari indah bersamamu, anak! **siri 2**

PD Trip - Family day RISDA (office Atok Zihni Aflah)
15 & 16 September 2012

Zihni Aflah's first pool visit :)












Day 1 (night)




September 11, 2012

selepas 42 hari..

Hai assalamualaikum kawan-kawan... Nama saya upin. Dia ipin... Ini kisah kami semua... Ok.karut!

Tu namanya sampukan upin ipin sbb tetiap hari layan upin ipin cik adik manes ni...
Hari ni teringin menulis. UA outstation... Ayah (atok ZA) plak ckp xyah msk, dia tapaukn je...
So now rest jap.

Susah sikit, bila UA tada...
Mungkin sy isteri manja, byk hrp suami jaga :(

Dah 42 hari berlalu since the last entry...
Ade sape kesah? Ok xde.... *nangisesak2*

Kerja super byk di opis.
Kerja hakiki.
Kejar siapkn tender.

Family day n family trip *familycome1st*

Anak sakit lg hal2 rumah lg adoyai....

Xpe, thats life!

Eh, sempat g kot kn nk wish selamat hari raya ke dh x bleh dah?
Eh bleh lg la...
SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN!

OK enuf with the karuts things sebenarnye rindu nk tulis entry panjang nk sambung episid RDC yg dh nk the end tu nk sambung cte psl kelahiran ZA nk share milestones ZA mcm2 rasa nk taruk kat sini tp nantilah...

Entry ni cuma nk bgtau sy tak pernah lupakan kamu!
 Have a great blesed life, all!

July 31, 2012

[ZA 4 bulan] puasapertama

Benci ok sebab x boleh nak post entry via phone waktu tengah lepak2 sebelah anak yang ketiduran huhu. apekah pasal eh? Sebab tukar phone brand ke? aishhh takkan la mcm maxis jugak blogspot ni huhuhu

ekeh, lupa pulak nak kasik salam dan ucap selamat berpuasa :)

hai assalamualaikum kawan-kawan! selamat menghabiskan ibadat puasa hari ke-11.
wah wah wah dah masuk trimester puasa ke-2 dah kita kan... lajulah awak lari, encik masa... boleh menang olimpik! hai... ke saya yang selalu tertinggal dek masa?

alhamdulillah, tahun ni tahun kedua berpuasa sebagai isteri dan pertama kali sebagai mommy.
untunglah... suami dan anak tak buat perangai bulan-bulan ujian mcm ni :) jadual hidup saya mudah sahaja dan kantoi tak solat terawikh juga dengan kehadiran baby ZA yg mommy sayang tu...

kitorg sambut puasa kat benta rumah atok n opah... so xde la susah sebab kalau ZA bangun pun ade raaaaamai tukang ulit... tapi anak baik itu tiadalah bangun tidur selama 11 malam kami bersahur ni... bagus bagus bagus!

so puasa goes on sebab hari kerja kan... balik 430 n sampai taska fetched ZA dlm 515 ke 530 (extra heavy traffic bolan posa na...) pastu balik masak while ZA main kadang-kadang dia buli dengan atok. setakat 10 hari ni sekali je pernah berbuka beli kat bazar sebab saya meeting, tak sempat nak masak. maka hari ni moh pertimbangkan berbuka d mekdi pulak hohohoi

lepas berbuka laju2 solat maghrib sebab ratu mengempeng tu jerit kuat2 mohon diempeng huhuhu... lepas tu memang bahagialah dia dipeluk cium sampai mommy ni kekadang solat isyak sebelum sahur kol 4 pagi huhuu

esoknya jadual yg sama.... #kbye!

January 9, 2012

Mohon doa ikhlas kamu, kamu, kamu dan kamu...

PERHATIAN:
Entry ini bukan untuk meraih simpati, cuma jika kamu, kamu, kamu atau kamu yang membaca catatan ini, harap dapat sedekahkan setulus doa buat insan yang di dalam cerita supaya sentiasa dirahmati Allah & dipermudahkan urusannya, insyaAllah...

~~~~~~~~~~
Ini cerita baru, kisah benar, berita sahih bertarikh 6 Januari 2012.
Dugaan baru maha hebat buat keluarga mertua saya khususnya keluarga kakak ipar saya; satu-satunya kakak yang UA ada.

Alkisah balik ke rumah mertua Sabtu lepas perkara pertama yang bapak beritakan ialah keadaan Wawa yang nampaknya sihat tabah gagah biarpun seluruh rambut sudah luruh gugur kesan kemoterapi tetapi sebenarnya parah.


Kakak ipar saya, Siti Salwa Binti Mat Isa, 29, ummi muda kepada Nurdini Huda Binti Muhammad Mahyiddin, 1, disahkan menghidap lung cancer tahap keempat. Ye, tahap keempat! Gambar Wawa & Nurdini waktu majlis sambuat menantu saya dan UA bulan Jun lepas. Ceria, kan?!

Hari ini, selepas 5th cycle, Wawa masih ceria tapi jauh dalam hati Wawa, kami pun tak tahu.
Wawa dah decide untuk quit PhD nya... Cuma akan terus tinggal di London untuk mendapatkan rawatan terbaik. Dengan tumor yang kritikal; 3 spots pada peparu kanan sebesar 3 cm dan sedikit di peparu kiri, sesi kemoterapi yang dah dilaluinya 5 kali sejak Oktober lalu hanya mengecut 2 mm sahaja. So she really have no choice except to under go the surgery A.S.A.P.

Membaca luahan hati Wawa di family group wall, sedih hati saya sebagai adik, biarpun cuma adik ipar. Kata doktor kepada Wawa, "This operation is a chance to give you live little longer with your baby and family..." Wasn't it touch your heart to see your 1YO little niece looking at her ummi's bald head as if she know her ummi is suffering cancer?

"Wawa takut..." Itu yang paling saya sedihkan.... Saya tahu Wawa bukan takutkan apa, Wawa cuma takut kalau-kalau usianya tidak panjang untuk si anak yang tersayang... Dan lung operation bukanlah perkara kecil walau secanggih manapun teknologi duniawi.

Saya menangis... Menangis dalam hati tatkala lihat bapak UA dan adik-adik Wawa termasuk UA mengalirkan air mata... Menangis dalam hati bila dengar mak tersekat-sekat butir katanya mohon kami berdoa untuk keselamatan wawa.... Dan menangis dalam hati lihat Wawa tabah tersenyum tanpa setitis air mata pun tatkala semua ahli keluarganya menangisi ujian yang tuhan timpakan buat dia.

Perubatan di London tidak membebankan Wawa dan kelurga. Semuanya percuma walaupun Wawa sudah tiada biasiswa PhDnya. Cuma masalah sekarang ialah duit sara hidup di sana sehingga habis sesi rawatan yang entahkan bila.

Rumah yang mereka diami sekarang habis sewaannya hujung Januari ini. Bermakna, perlu mencari sebuah kediaman lain untuk dihuni lebih kurang 6 bulan lagi. Sistem sewaaan di sana yang lain daripada di sinilah yang semakin merisaukan Wawa. Saya tahu itu! Mana nak cari RM30k wang malaysia dalam masa 2 minggu ni? Saya sendiri tak tahu bagaimana untuk membantu...


~~~~~~~~~~

Saya cuma mohon para pembaca mendoakan kesejahteraan kakak ipar saya yang satu-satunya ini supaya dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat dia membesarkan permata hati yang satunya itu. Mohon doakan, ya!

Bagi yang berhajat menghulur sumbaangan, boleh salurkan ke akaun bank Abg Din (suami Wawa) seperti berikut:
09010007186721 (Bank Muamalat)
Muhammad Mahyiddin Ramli


Terima kasih, semua!

November 21, 2011

Aidiladha berdua pertama

orang dah nak sambut awal muharram, dah nak masuk new year 2012, dah nak raya cina...
saya baru nak balik ke raya haji hehehe
biarlah gambar menceritakan ye...
 Tayang perdana... eh, tayang perut da...
"Pak teh ni saje tau! tak sempat baby Z nak posing!"


 Ni lagi melampau obvious perut buncit si mommy!
Err.. Raya haji hari tu baru 5m kot huhu

oh em cee

Assalamualaikum...
Lama tak menulis... Rindu tapi tak mahu. Bukan tak mahu apa tapi tak mahu berlama-lama di depan screen. Macam biasalah, kesihatan di hujung tanduk. Oh, bosan kan saya ni asyik tak sihat dan merungut di sini. Patutlah follower pon tak ramai, takde yang kuasa nak baca rubgutan saya... Tapi, bukankah ujian sakit itu kifarah dosa? Semoga dengan sakit pening ini Dia yang Maha Pengampun mencuci segala dosa saya, suami, ayahbonda & keluarga, amin...

Malam Jumaat lepas UA start demam teruk. Sedih hati saya lalu tak boleh tidur. Selama hidup bersama, itulah kali pertama lihat UA sakit teruk. Esoknya saya ke opis tapi hati tak sedap lalu mintak EL halfday. Balik belikan McD bubur ciken je. Isteri yang teruk, kan?! TApi nasib jugak ada drive thru mcm tu kalau tak tah jam berapa la suami saya tu dpt makan. Saya sampai pun dah jam 230.

Tengok dia makan, habis! Alhamdulillah... Kebetulan pulak saya lupa nak belikan untuk sendiri. Nak tak nak tumpang la seketul dua naget dan fries dia. Bila dia tanya saya dah makan ke belum, kasi jawapan selamat. Ye la saya sihat apa pun boleh bangun cari makan sendiri. Lepas kasik makan ubat, UA tidur.  Laga betul saya dia dapat mc tu. Bukan sebab seronok sgt dia duduk goyang kaki depan mata saya tapi sebab selama kawin ni berapa kali sangatlah dia berehat di rumah. Selebihnya hatta sabtu dan ahad pun kerja kerja kerja... Tak cukup rehat, pasal tu jatuh sakit!

Malamnya dan malam esoknya masih dia tidur tak selesa. Saya pun tidur-tidur ayam lah tengok perkembangan dia. Teruk sangat, saya kejutkan dan suap ubat. Alhamdulillah Ahadnya dia dah kebah. Syukur ya tuhan Kau pulihkan kesihatan suami ku. Tapi part malangnya, saya pulak yang berjangkit huhu

Ahad pagi tengok keadaan dah ok, UA ajak saya beli barang dapur. Mana taknya, beraspun dah habis cukup masak nasi malam sebelumnya je hehe. Bila tunjuk tong beras kat UA, kami sama-sama gelak sebab dah gaya layak masuk program Bersamamu tv3 dah hahahha "Jatuh miskin dah kita ni..." katanya.  Tapi alang-alang nak keluar, saya ajak UA ke BAngi terus visit sepupu baru 2 hari saya, Umar bin Dr. Muhammad Saufi. Merah! Mungkin sebab si kecil tu putih ya amat maka nampak merah hehehe
"Ya Allah, Umar kamu betul-betul buat angah la & abg ngah tak sabar nak baby Z lahir! Tambah pulak dengan keletah abang dan kakak-kakak kamu terutama si Cena tu, memang buat abg ngah tak nak balik haha"

Dalam perjalanan balik tu dah betul-betul rasa tak sedap badan. Gigih jugak ke Tesco beli barang dapur. Sempat kecek buah nangka dengan UA. Belilah dua tiga ulas dan makan sesama dalam kereta. Sedapnyaaa! Eh, bukan mengidam tau! Sampai rumah rasa tak larat sangat. Usai Asar golek-golek kejap di katil lepas tu FB chat UA ajak ke klinik lepas maghrib. Nasib baikla teknologi sekarang ni bagus. Suami di ruang tamu, isteri dalam bilik, boleh chat saje hehe

Selesai Maghrib kami berdesup ke klinik. Eh, nak berdesup celah mana saya nak jalan pun tak larat dah. Pastu sah la saya kena upper respiratory tract infection. Patut la rasa cam athma saya nak menyerang je. Selesai urusan klinik, UA bawak saya minum air kelapa. Gigih si suami berusaha sihatkan isteri.

Bangun pagi tadi dia suruh saya tak usah ke ofis. Mujur semalam doktor memang bagi mc. Sebelum pergi kerja dia pesan suruh saya makan bubur nasi yang ayong masakkan. Terima kasih, kakak! Entah jam berapa Ayong bangun masakkan bubur saya pagi tadi. Dah lama tak makan bubur orang sakit, tadi merasalah buat alas perut untuk makan ubat. Harap-harap ubat tu betul la sesuai untuk ibu mengandung mcm saya dan tak memudaratkan si anak.

"Baby Z, you hang in there, ok! Mommy is sorry sebab mommy terpaksa makan ubat jugak... Mommy tak larat :("


Dan tetiba baby Z respond gerak-gerak dalam perut. Thanks sayang sebab maafkan mommy!

November 4, 2011

3 hari yang tertinggal semalam...

AMARAN: Ini entry panjang.. Jika takut bosan, tak perlu baca, tengok gambar ihsan Google tu aje =p

Wah... Lamanya tak post sebarang kata-kata manis bak gula walaupun hati macam cuka, eeh??? kan!
Banyak faktor... Banyak! Begitu banyak... Banyak sekali! Oh, dah! So dek sebab tunggu punya tunggu punya tunggu dei brapa banyak kali tunggu daaa maka kita buat summary of the week sajork hehehe

Selasa 1.11.11 hari tu UA balik lambat. Orang dah tertido senget benget da pon skali terasa ade cubaan mencurik spek maka bukak mata tgkk UA sedang cuba tanggalkan spek sambil cakap, "tido betul-betul eh... B dah balik ni." Oh, sumpah tengah mamai tapi terdengar dia cakap kat ayah yang dia balik lambat sebab ade bangunan runtuh ke ape kat UM tu. Oh, my! Universiti tertua katenye kan bangunan pon sure la semua tua-tua.

I was sooo mamai tapi nasib baik ingat nak solat Isyak. Natijah?

October 22, 2011

risau ittu tanda sayang... eh, bukan cemburu ke?

Hampir 4 bulan tidur sebantal baring sekatil dengan kekasih awal dan akhir yang dedemok dedempol paling saya kasihi ini, ini kali pertama saya tak merasai nikmat mengantuk. Satu minit ke jam satu, saya sibuk menaip yang ini sambil telinga tajam mendengar rentak tarik hembus nafas si suami. Kisahnya, kesayangan saya menghidap apnea :(

Dua hari selepas sah bergelar suami-isteri, saya suarakan cadangan supaya dia ke klinik untuk rawatan. Sebab? Pada malam yang pertama lagi, dia seolah berhenti bernafas dalam tidur nyenyaknya. Sompah, saya gelabah! Hampir seminit, tiba-tiba dia tercungap. Laju neuron otak saya teringat satu kisah yang pernah saya baca lama dahulu. Masalah tidur! Maka dengan hati bimbang tapi terselit yakin saya suruh dia berubat. Sekurang-kurangnya berusaha. Tapi ya ampun degilnya dia langsung tak mengendah cadangan saya.

Sumpah, sepanjang usia perkahwinan yang belum begitu lanjut ini, saya sedikitpun tak pernah terganggu dek dengkuran panjanng-kasar-bising suami yang hanya satu ini. Malah saya akui jika tidurnya senyap tak berbunyi, itu yang saya khuatiri. Sebulan... Dua... Tiga... Empat... Dia masih tak menjejak penawar. Namun tuhan itu maha kuasa, mengabulkan doa seorang isteri yang sedang menggalas benih sang suami dalam rahim ini; Dia "temukan" kesayangan saya dengan sisipan akhbar Kesihatan dalam Utusan Malaysia bertarikh 16 Oktober 2011 (Ahad lalu).

Rentetan itu, dia ke klinik. Mula dengan title sebagai pelajar, dia dirujuk ke PPUM untuk rawatan lanjut, terus dirujuk ke pakar. Berdasarkan beberapa ujian yang dilakukan, selain masalah resdung yang teruk, kesayangan saya juga mengalami bengkak tonsil tahap ke 3. Perlu dibedah. Mujur saya punya seorang dua rakan doktor untuk bertanya. Katanya tonsil kalau dibuang pun tak mendatangkan banyak mudarat sebab tugasnya yang hakiki ialah untuk combat infection waktu kita kecik so dah tuan ni xde function sangat. So sekarang yang perlu dirisaukan is his OSA symptoms tu la. Memang banyak sangat ada kat UA. Risaunya...

Hujung tahun nanti kena buat sleeping test sebelum doktor sahkan itu OSA atau apa then kasik medical treatment yang sesuai. Sementara tu saya kena tolong dia reduce weight, tidur mencukupi dan baik-baik serta buat apa-apa patut sebagai self-help treatment. To date, UA dah over 20kgs tau! Tu la sibuk sangat nak maintain 80kg++ supaya boleh lawan dlm kategori tu. Tak sihat, tau!

Ish, ramai kan sebenarnya yang tak amek tahu hal berdengkur ni. In fact, Pak Lah himself pon lepas kawan-kawan sarankan baru dia amek berat. Risau la... Bahaya tau benda ni berisiko tinggi sebenarnya... Boleh membawa maut juga... Ya Allah, Kau permudahkanlah rawatan suami ku dan sembuhkanlah kesayanganku ini dengan segera.

p/s: As org lain dok cakap-cakap nnt baby terkejut dgr ayah berdengkur n etc, sebenarnay takde orang yang faham kerisauan saya bila tengok suami tidur nafas tersekat-sekat mcm saat saya tulis entry ini...




B, jaga diri baik-baik, ok!
I LOVE YOU!

September 19, 2011

Tiada perasaan untuk dirasa #ehyeke?

 *Hah! Kompem korang teringat kat kampung korang bila tengok gambo ni kan... Hehe!*

Ok, fine! Kite ni tak yah tengok la memang sentiasa je teringatkan kampung...
Ok, bukan la kampung sangat in fact rumah mak tu tadek maknanya kampung xde pon pokok-pokok rambutan nak panjat bagai pokok kelapa ade la tu pon kelapa gading je ape la sangat huhuhu
But still, we call it home sweet home, a place where you spent all your childhood life admiring your childhood hero -ayah, main baling-baling buah kelapa bola sampai kelapa tu jatuh hempap kaki pastu tercabut kuku kena kejarkan g klinik terluka tapi bangun semula sebab seronok main dengan adik-adik... Rumah tu la tempat main hohoho pastu dok meredah pokok bunga mak sampai kena sengat tebuan bagai...
Walaupun rupabentuk rumah tu rasanya dah 100% berubah daripada yang asal walaupun jiran cinapek keliling tu masih same je tak pindah-pindah tapi kan orang kata tempat jatuh lagikan di kenang inikan pula tempat bermain?!
Best wooo rumah tu tak tenggelam naik air kalau banjir walaupun tepi sungai hehe

Waktu sekolah dulu mak pernah pesan...
Ingat lagi masa tu saya tingkatan dua...
Katanya, "Kalau anak-anak mak dah kawin nanti, takpelah kalau sambut raya rumah mertua. Raya kan sebulan, 30 hari... Kalau balik ke rumah mak sehari dalam sebulan tu pun jadilah. Asalkan mak merasa beraya dengan semua anak-anak mak kat sini."
Owh, sedih okeh bila ingat kata-kata tu... so tak raya kalau kau balik rumah mak kau 29 Syawal!

Hari ni dah 21 Syawal... Dan anak perempuan bongsu yang paling cantik kat Benta nakal ini masih belum balik-balik menjejak kaki kat teratak usang mak tempat dia makan bersuap dengan mak, tidur berpeluk dengan ayah dek demam yang teruk beserta asma, diraikan dalam kenduri setiap kali dapat result UPSR, PMR, SPM, masuk U, graduate, dapat kerja... Rumah tempat dirisik, dipinang dan diraikan sebagai raja sehari... Ampunkan angah, mak! Ok dah tak payah nak drama ibu mertuaku di situ!


Ace nengok sini....
Flinstone... sekeluarga dia...

Nuhara ni pon... sekeluarga dia... walaupun anan-anaknye lahai hansap boleh tahan... 

Simpson... pon sekeluarga dia...

Yatim piatu macam Ipin&Upin pon sambut raya dengan keluarga sendiri pasal ade opah & Kak Ros kan... 
ok, fine! Bukanlah tak beraya langsung dengan keluarga, dgn mak ayah ayong & adik-adik tapi kalau korang baca semula ayat mak saya kat atas tu, maksudnya apa?
"Mak cuma nak anak-anak mak balik jenguk rumah mak... kalau mak masih ada dah tak balik sini, nanti mak dah tiada, korang akan balik ke?"

Ok, dah! Walaupun takde dalil yang cakap syurga di bawah tapak kaki suami (sbb sebenarnya yang ada cuma isteri perlu taatkan suami) tapi ayuhlah kita turutkan suami yang sibuk tidak boleh bercuti sebab takkan kau nak balik kampung sorang-sorang tinggalkan laki kau di rumah tak tahu apa dia makan dengan sapa dan sebagainya kan... Takpelah, mak... nanti kitorg balik la ye mak... *kesat air mata*

May 22, 2011

Jong Jong Inai Mak Ipong Raja Wali

Sejak kecil sampai sekarang, saya dan poja masih mengamalkan kegiatan kepala otak gila meroyan secara berjemaah! Poja dah kawen selama 1 tahun 4 bulan 22 hari dan saya akan kahwin dalam masa seminggu lagi. Hari ni poja buat manicure treatment dengan bersungguh-sungguh siap potong kuku kaki saya bagai. Maklumla sepupu dia ni tengah uzur, setakat bongkok 30 darjah tu pon dah masalah besar, memang kena cari tukang la kalau nak ptg kuku kaki yg keras tu. End up dia boleh gilapkan sekali, memang ahkak x pegi salon dah la, nyah!
Lepas maghrib tu boleh pulak dia tunjuk inai tube tu. Katanya kawan dia beli kat Mekah walaupun nampak macam inai beli kat Mydin. Maka operasi belah malam ialah trial and error tepek inai kat kuku jari tangan. Sekali kau merah la pulak! Huhu... Sebenarnya dan dua tiga kali argue dgn Izo pasal nak pakai tak nak pakai inai ni. Saya taknak sebenarnya sebab tak gemor kate org Perak tu. Tapi dia cakap kalau tak pakai tak macam kawen la... Haishhh kau ni nak macam-macam pulak haishhh *ahaks, tetibe!* hurmmmm tgk rupa cani lawo jugak, tapi kalau x pakai inai penuh memerah di hujung jari cam pengantin tu, agak-agak korang kena seligi dgn uwan saya dan nenek Izo, x?! Huhuhuuu penat saya pujuk Izo pakai inai sama tapi jawapan tidak meyakinkan! Tsk.. Kalau dia x pakai... Siaplah!!! Hehe
Oklah, ni nak share sikit artikel berkaitan pemakaian inai yang saya jumpa di laman web mysifu.net bertarikh 7 Januari 2011.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
(1) Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
(2) Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
(3) Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Ini sekadar perkongsian. Saudara-saudari boleh merujuk ahli-ahli agama yang lebih arif berkenaan isu ini. (=

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

February 17, 2011

100 hari mencari cinta :)

Kalau ikutkan countdown yang ku kira manual pada kalendar, tinggal 100 hari je lagi nak bercinta dgn tuan tunang muahahahaha ayat mabok! Wah... Nak kawen dah cik Dila hahaha
100 hari lagi... Tetibe debar. Bkn dbr sbb nak kawen tu (maklum la bkn I yg kena akad nikah, kan? hehe) tapi debar bila pk beberapa isu semasa dan percaturan hidup pasca perkahwinan.
(1) Dah ade 1 lagi family which is family mertua. Walaupun family pakcik Isa & makcik Salbiah tu taklah ramai seramai family kitorg (beza 2 org je kot!) tapi kita tetap kena beradaptasi dgn suasana baru & 'kwn-kwn' baru, kan? Semoga mereka boleh menerima saya seadanya (sbnrnye skrg pon dorg baik2 je dgn saya, makan2, borak2, jln2 tapi takut tu ada la jugak kan...) dan semoga adik2 saya dpt menerima kehadiran lelaki lain dlm hidup kakak kesayangan dorg! Hahaha suke perasan kakak kesygn kan?! Xde ah, mmg adik2 sy rapat lebih dgn sy compared to kakak sy. Myb sbb sy melayan dorg lebih ++ sy ni boleh dibuli2 kot... Kakak sy a bit tegas. So kalau dh kawen nanti, saya TAKUT SANGAT2 kalau adik2 sy tu menjauh... Ye la, sy kn dh ada family sendiri. Dah xleh nk ajak lepak2 sampai malam kat uptown. Da xleh nk ajak pusing2 segala mak nenek mall setiap wiken. Bkn la xleh langsung tp dh xleh la nk sesukasuki hati cam skrg kan. Owh adik2 ku... Korg pepandai la melayan diri sendiri lps kite da kawen t eh... Sobs!
(2) Kakak saya. Adakah dia akan mendapat tekanan lebih dahsyat dpd skrg ni? Ye la, sy kan potong turn dia. Skrg pon mulut2 longkang asyik tanya2 je "kakaknye bila lagi?!" Haishhh kalau ikutkan mulut longkang sy, mmg sy jwbkan je tp sbb nk jg air muka mak n kakak sy lak keep on ckp dat she's ok, maka saya diam je la. So kalau nnt sy da kawen, pastu melalui fasa2 seterusnye lak kan... Camane nak tlg ttp mulut longkang eh? Mksdnye mulut sy ni la, yg gatal je rs nak jwb perlian2 org tu. Paling x tahan kalau tetibe ade org dtg dekat n tepuk2 bahu kakak sy sambil cakap, "xpe... Nnt adelah yg meminang tu..." Tibe2 je, ok! Langsung la tak membantu! Kakak aku bkn x laku, dia sibuk belajar la makcik kepohhhhh! Owh tuhan, percepatkanlah pengajkian kakak sy habis & percepatkanlah jodoh dia sampai (mcm sy) sbb sy xnk kakak sy stress2 huhuhu
(3) Time management. Saya... Dia... Memang gila sibuk tak hengat... Ok, sy boleh la kontrol2 lagi kot (ececeh nak jugak ckp diri tu lebih baik!) tapi tuan tunang tu mcm 24/7 je dia sibuk. Keje. Blajar. Ngajar. Outstation. Seminar. Syif malam. Etc (hahaha saje senaraikan org pny...) Takut nanti ade lak yg kata neglected la bagai kan... Kesian lak kat tuan tunang. Dah la dpt bini sibuk, tak tau masak lak tu! Haishhhh risaunyeeee! Pastu nnt kalau dh ade anak?! Ha, mak ayah keje mcm nak gile... Anak2 mak sape nak jage? Owh, ok! Jgn pk jauh sgt!
(4) Kengkawan... Skrg sy sgt rapat & bertambah2 rapat dgn 2 org bff sy like texting & calling2 almost setiap hari pastu dgn cik aan akan hangout sebulan skali la paling hampres pon. Kalau jahat lebih, tiap2 mgu bwk anak pakcik ayub tu kuar. Tapi nnt da kawen camane? Bkn la kate tuan tunang tu jaki sgt kat aan sampai xnk ktorg kuar same kan (hahaha ayat poyo rase disygi oleh sume org ni!) tp ye la wiken kan nnt nak kena blaja msk dgn mak mertua la, kena ikut laki g training la, kena attend org kawen la (langsung xde kaitan!) alah pendek cite kena mintak izin la (tu xde masalah sgt, pendek je cite) pastu mesti la xleh balik lambat kan mcm skrg kalo kuar mesti cam x jumpa jln pulang kan... Ha cane? Ce cite? Ce cite? Sbnrnye saye takut nnt sy nak g tp laki x bg pastu sy setuju x g tapi dlm hati sy x setuju. Ha camtu. Dose kan? Dose kan? Ok, sbnrnye takut derhaka kat laki! Haha
Hurmmmm seriously, lps kawin pny thingy lebih merisaukan sy sbnrnye. Baaaaanyak lagi tapi x larat nak bebel sini. So hopefully evrything akan selamatlah ye. Persiapan majlis tu dah x merisaukan sgt la. (Duit je yg dirisaukan skrg! Hehe ade sape nak sponsor x?) Skrg sy pk nak siapkan kerja88x tu supaya dpt la ct kawen @least seminggu pon xpe la... Ahhhh, sume2 pon pk keje la kan! Menyampah! Oklah, bye! *emo hahahaha*

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

January 25, 2011

epal & selimut

It's a true story back in 1992...
Budak perempuan: Awak nak makan buak tak?
Budak lelaki: Buah apa?
P: Awak nak buah apa?
L: Seumur hidup saya, tak pernah merasa buah epal. Nak epal la! (dengan mata bercahaya penuh harapan)

P: Apa barang yang awak nak sangat dalam hidup?
L: Kenapa?
P: Ala cakap je la! (pompuan ni garang gile la pulak!)
L: Selimut kot... sebab seumur hidup saya takpernah ada selimut... malam-malam waktu tidur, saya sejuk...
Kisah ni berlaku waktu saya darjah 1, perbualan dengan sorang budak lelaki miskin. Maksud saya miskin yang amat sangat. Apabila saya sampaikan cerita ni pada mak & ayah waktu balik sekolah, mak terus pergi beli selimut dan buah epal. Banyak... Petangnya, kami cari rumah budak lelaki tu untuk bagi selimut & epal. Sedih! Rumah buruk dalam hutan pokok getah. Jauh. Tiada jiran. Tiada elektrik. Mandi air perigi.
Lepas tu mak saya ambil kakak dan dua org abangnya yang akan menduduki peperiksaan besar tahun itu sebagai anak angkat. Tinggal di rumah kami yang waktu tu tidaklah sebesar mana tetapi cukup selesa untuk pembesaran anak-anak. Jadik anak-anak emak & ayah saya yang saban tahun dapat sama seperti apa yang kami terima setiap kali sesi persekolahan dibuka, setiap kali hari raya menjelma.
Tapi apa yang terjadi selepas mereka adik beradik mengecap kejayaan, selepas rumah papan atap bocor berubah konkrit, selepas buah epal boleh dikecap nikmat manisnya setiap hari, selepas tidur malam lebih enak berbalut comforter, janganlah disoal tanya sebab nanti luka hati mak dan ayah saya berdarah dan bernanah semula.

January 17, 2011

senggol-senggolan himpit-himpitan

Kes 1
Yang ni jadi waktu nak balik kerja hari Jumaat lepas lebih kurang kol 5.15 kat NKVE Subang tu. Ace nengok betapalah keciknye saudara Oje ditengah-tengah makhluk besau gabak tu huhuhu
Dahlah tiga-tiga laju nak mamfus lepastu lori yang putih tu boleh lak dia ekor sikit punya rapat ke huhuhu pale otak asyik pk "Lori ni nampak aku ke tak? Nampak ke tak?" sebab cuak gila dia macam dekat sangat kan. Kalau brake kot mmg akan gedeganglah kot huhuhu... Siap berdoa kuat-kuat lagi ngehehehe radiao pun siap turn offkan lepastu paling hampeh ialah sampai lupe nak menyinggah drivethru McD huwaaaaaaaa menyampah tau! Lame gak la keadaan ni berlangsung. Say, 5 minit kot! Dah lah tengah rasa cam nak kencing. Nasib baik tak terkencing lam kete tau. Eeeee mencik la abg lori ni! Nak ngadu kat L.O Suria FM huhuhu
Kes 2


Yang ni lak cite badigol sood malam semalam. Alkisah kitorang adik beradik sepakat nak balik KL dekat-dekat malam la. So kol 7 kitorang berangkat la dari rumah mak. Mula-mula Doin drive pasal hujan siap buat ayat "Doin tak kompidenlah awak yg drive, Ngah!" Hahaha rase nak pelangkung je ayat camtu. Destinasi mula-mula tu g UPM dulu hantar dinner kat ateh & hantar Ayong balik sarama. Pastu nak balik Kepong we all tykar driver maksudnye sayalah yang bawak. So lalu jalan yg familiar la pasal malam kan malas nak masuk KL so lalu Ampang. Sampai la kat area-area Zoo Negara tu biasalah Oje kan suke lelaju so Oje main lane kanan je. Tgh lelaju tu tetibe nampak satu Saga hempet-hempet kitorg. Memang terkejut la kan Doin sampai jerit "Ehhhh Angah! Angah!" yang saya lak memang tekan horn gile lama ade la kot 2 menet hehe puas hati. Nasib baik kitorg tak terlanggar tembok tu tau. Dia hempet mmg baik punyalah. Apesal nak hempet?? Ha, mmg bukan lah sbb dia nampak Oje dipandu wakita chantek, tapi sbb mamat tu sibuk main SMS. Badigol sood tol! Erk, acamane tau dia sms? Sbb Doin tengok la kete tu lps kejadian kan. Nasib baik dia tak keluar waktu tgh horn-horn tu hahaha tp dia mmg bengang la kan sbb kalau katelah terlanggar kan mmg dia la yg kena dulu. Bodoh la! Dah tau nak SMS jgn la bwk lelaju! Eh, salah! Dah tau drive jgn la sms. Wat cam kitorg ni. 1st half Doin dirve, sy sms. Pastu tukar driver dgn alasan, "Doin lak nak sms." Ha kan ke berhemah tu!

November 30, 2010

ingatan tulus ikhlas

P/S: Gambar tiada kaitan dengan penceritaan... Cuma berharap masa senggang seperti itu bisa menjengah lagi :)
~~~
Tadi, sempat saya luangkan sedikit masa dengan emak. Sejam. Mendengar keluh kesah hati resah insan tua maha besar jasa bakti pengorbanan tulus suci untuk anak perempuan bongsu dan paling degil ya amat ini. Mendengar cerita susah payah terkejar-kejar menyelesaikan perihal tanah faraid arwah opah siang tadi. Mendengar nasihat tentang letak duduk diri seorang perempuan sebagai seorang anak, seorang adik, seorang kakak, seorang isteri, seorang emak, seorang makcik. Mendengar setuju-protes banding beza fizikal, mental, emosi, alak fikir antara adam dan hawa dalam dunia kini. Akhirnya tentang kerjaya. Emak yang masih setia dengan kerjaya paling dicinta daripada sebagai guru biasa-biasa sehingga kini seorang pensyarah merangkap ketua unit. Dan saya, kian hari kian sibuk dengan dunia kerja saya selepas enam bulan meninggalkan kerjaya kecintaan emak.
"Angah tak mampu! Sungguh tak mampu! Pengalaman 2 tahun tu cukup la. Ngeri!"
"Nasib baiklah kau tak ke UK dulu. Kalau tak, hari ni mungkin kau merana."
"Betullah, mak! Jiwa kacau betul kalau buat apa yang bukan kita minat."
"Eloklah mak tolakkan tawaran kau kan. Kalau kau pergi dulu, sekarang kau terikat. Mengajar la sampai tua. Jangan harap boleh lari2 macam skrg."
"Ye, betul2! Keje yang ni, sanggup! Kerja setiap hari pun xpe. Waktu mengajar dulu, keje 3 hari pun dah rasa nak weekend."
"Ha ye lah, jgn keje je... Ingat hidup jugak!"
Maka saya harap, (walaupun cuma dua tahun) saya pernah membuat mak bangga dan gembira kerana anak yang degil ini pernah mencurah ilmu untuk dua tiga kerat anak bangsa di luar sana. Sekurang-kurangnya, ada anak didik saya yang menjadi insan berguna selepas mendakap segulung diploma mereka.
~~~
Lepas tu saya berbual ringkas dengan tuan tunang.
"Mintak maaf, bgtau mak kamu, kite x boleh pergi bulan ni. Kite tak free."
"Weekend pon boleh. Xpe"
"Tak boleh la. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad. Minggu ni minggu dpn saaaaaampai hujung tahun."
"Nape? Keje?" Nada dia boring gile waktu ni.
"Hurmmm... Minggu ni keje. Minggu dpn keje. Minggu dpn lg kena balik kg. Minggu merdeka tu pun keje."
Pause!
"Erk, Krismas la. Mana ada merdeka! Salah." Haha mintak maaf atok nenek, cucu tersalah cuti!
"Macam tak betul je kamu ni."
"Eh, betul la. Kite kena bla bla bla bla bleh bla..."
"Ha tu la org ckp kamu x betul. Cakap dah merapu-rapu."
"Ala... Kite penat la..."
"Dah la, gi tido ye."
"Sikit je lagi ye. Keje kite blom siap sikiiiiiiiiit je lagi."
"Ah, xde! Xde! Kamu tido skrg! Keje, keje, keje." Ok, sentap! Gile garang laki aku!
"Ala kite..."
"Waktu keje, keje! Waktu makan, makan! Waktu rehat, rehat! Waktu tido, tido!"
"Ok....." Huhuhu ni dah sentap la sbb tu jwb gitu.
"Dah... Dah... Tido ye. Pejam mata. Tido ye. Kat rumah tu rehat aje la, tido. Nape nak keje gak. Kat opis je la keje kuat2..." Haha nada suara bertukar pujuk ye tuan-tuan.
"Jap lagi la."
"Takde. Takde. Tutup lampu. Tido. Skrg ye. Rehat. Tido. Esok keje." Pujuklah kau di situ huhuhuuuu
"Ok..."
"Tido ye, esok sambung keje."
"Ok... Selamat malam... Salam..."
"Malam. Salam."
Maka berakhirlah ceramah perjawatan oleh tuan tunang. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah mahu tidur sekarang. Selamat malam.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

September 24, 2010

Syawal in pink

Haaa.... dah tetengah Syawal kan kan kan...
Dah 15 Syawal 1431H kan kan kan...
Lambat la kan dpd orang lain-lain kan kan kan
Maka tetengah raya ni la baru nak post gambar raya kami sekeluarga
Pakcik Hassan dan Cikgu Puziah...
Yang ni gambar dengan anak-anak gadis... Ha... Gadis kan kan kan
Dari kiri (sgt klise oke format ini!): Anak gadisnye yg bongu (yakni daku la tu hehehe); Angah, mak, ayah, anak gadisnye yang sulong; Ayong
Kemudian dengan anak bujang pulak... Ups, para anak gadis di atas tadu juga masih bujang kedua-duanya ye tuan-tuan dan puan-puan...
Belakang dari kiri: Ateh & Atam
Depan dari kiri: Adik, ayah, mak, Acik...
Gembira suka ria rela kan adik-adikku nan merayakan baju raya pinky pinky itu hahaha ace korang teka sape abang sape adik?? Sila jgn bg jawapan 'adik ialah adik' kalau rasa-rasa cam mekdonel lagi sedap dpd penangan hihihi
Kami sekeluarga mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!
lagi klise tak tahan huhu
gambar lagi? boleh tengok kat bukumuka saye
erkkk... ni sape pulak?!!


"Bapak kamu nama sapa? Hassan Basri ke? Bukan?!! Hah, tak boleh masuk dalam gambar! Tolong amek gambar je boleh!"

Nantikan kemuculannya di gambarajah raya tahun depan!!!
Habis la kena buli kau dgn empat abdulku nanti yeebaaa suka suki terbalas dendam! heheh



p/s (1) dari kiri tak afdhal langsung! lepas ni mulakan dari kanan!
p/s (2) kalau tahun depan dan seterusnya tak beraya kaler pink pon, idak le kempunan daku huhu
p/s i love you... apakah???!!!

September 3, 2010

Mak...

i don't have the heart to hurt you
it's the last thing i want to do
~~~

5am. BB menyanyi.

"Assalamualaikum. Dah sahur?"

"Waalaikumsalam. Dan sahur dah. Nape mak?"

"Kalau mak tuangkan minyak, agak-agaknya nak balik tak minggu ni?"

"Bukan sbb minyak mak tp kan Rabu depan dah balik raya."

"Oooo nnt kau penat. Pastu sakit kaki and sakit belakang kan!" Mak gelak. *Perli saya macam orang tua-tua selalu sakit-sakit badan.*

"Nanti g kerja baik-baik. Hari ni g kol bape?"

"Mcm nak awal sket kot. Boleh jalan slow-slow."

"Reti ke nak bawak slow-slow? *perli lagi* Kau jaga diri baik-baik ye!"

"Thanks mak. Mak pun sama! Bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Byebye~~~" Mak sangat riang. *Atau buat-buat riang supaya saya sama-sama riang?*

Sampai office, saya SMS mak.

'Mak sayang, don't worry much. I am all oke over here. Promise!'

'Mak tahu anak mak mmg steady.' *saya tahu mak tahu saya tipu!*

M.A.K; that's how I spell "kekuatan"!
Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers