... moga menyusul tahun-tahun baru yang lebih indah buat ku...
.: aku berharap dan terus berharap; selepas usaha, doa dan tawakkal ku :.
~~~~~~~

Sebulan lagi, kalau dipanjangkan usia, anak ayah yang seorang ini bakal menginjak usia 23. (Nyatakan perasaan anda? Tiada, sehingga saat itu menjelang!) Apa pun yang berlaku, bertambah seangka pada usia kita bererti berkurang setahun jarak kita dengan kematian yang dijanjikan. Semoga usia yang akan datang mengubah saya ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Amin...
Saya membesar dengan memegang ajaran emak yang paling menarik (pada kiraan saya) iaitu sediakan target untuk kehidupanmu, mungkin untuk 5 tahun sekali. Dan itulah yang saya lakukan bermula usia 13 hingga kini menjelang fasa ke-4 kehidupan saya. Alhamdulillah, setakat ini saya lalui setiap fasa kehidupan yang kekadang perit tetapi tidak menghancurkan. Terima kasih mak kerana pesanan itu. *Selamat Hari Ibu untuk mak tercinta Puan Puziah Binti Mohd Nawi*
Fasa pertama kehidupan saya diatur oleh orang tua iaitu sehingga saya berusia 12. Alhamdulillah, cita-cita kecil mak dan ayah melihat saya cemerlang dalam UPSR seterusnya menghuni sekolah berasrama penuh seperti kakak saya berjaya saya laksanakan. Selepas itu bermulalah tangga kehidupan susunan saya sendiri. Suka saya untuk berkongsi di sini perjalanan hidup saya sepanjang 2 fasa ini...
5 tahun pertama (usia 13 hingga 17) saya harungi dengan beberapa target yang biasa-biasa. Berimpian menjejak asrama penuh seperti kakak saya seterusnya memperoleh 8A dalam PMR dan SPM. Alhamdulillah, target saya yang pertama dan kedua tercapai. SPM saya pula tidaklah secemerlang 8A seperti yang saya harapkan tapi saya bersyukur sekurang-kurangnya keputusan itu lebih baik dari kakak saya! Paling seronok, sijil saya "cantik" dengan hanya tertera gred 1A dan 3B tanpa C,D apatah lagi G dan itu sudah cukup mengharukan saya. Sepanjang fasa ini, saya belajar mengenal kawan, lawan, sahabat dan cinta. Maklumlah, zaman remaja... Saya gembira, ketawa, merana dan terluka tetapi saya bahagia secara keseluruhannya. Konflik jiwa anak muda turut melanda tetapi alhamdulillah, akal waras kurniaan tuhan masih sering saya pertimbangkan sehingga hampir semua target-target saya untuk fasa ini terlaksana, alhamdulillah....
Menjelang usia 18, saya mula menyusun fasa usia ketiga. Alhamdulillah, saya terpilih untuk ke matrikulasi (target pertama saya untuk fasa ini.) Paling seronok, kawan-kawan sekapal saya iaalah geng seasrama saya dari SEMSAS. Seronok kan?! Saya kemudian terpilih ke UM (ini ialah impian emak saya) dalam jurusan Sains Statistik (ini pula target saya). *Buat kali pertama sepanjang kelahiran saya, saya menerima ucapan hari lahir dari ayah ketika berusia 19 tahun. Itu ucapan pertama pada tahun itu (ayah saya tidak jiwang karat) dan saya masih terus menyimpan SMSnya sehingga kini, menjelang usia 23. Terharu kan?!* Dalam pada itu, saya turut ditawar melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang TESL tetapi ditolak oleh emak saya (tanpa pengetahuan saya) atas beberapa alasan yang saya pegang sebagai relevan sehinga sekarang.
Fasa ini, saya merasai peritnya putus cinta pertama. Tapi saya tetap berbangga kerana "saya ialah cinta pertama kepada cinta pertama saya!" Anda melaluinya, dan anda akan memahami saya. Terima kasih pada si dia kerana mengajar saya tentang lelaki, hati, cinta dan air mata. Terima kasih juga pada tuhan kerana menemukan saya dengan si dia dan memberi saya pelajaran berharga tentang jiwa. Alhamdulillah, saya bisa bangun dan membina kembali hidup yang terasa kosong tiba-tiba.
Meneruskan kehidupan dan pelajaran di UM yang saya kasihi. Terima kasih untuk kawan-kawan (CCTAZ to be highlight) kerana mengisi kekosongan jiwa saya dengan memberi peluang saya menyertai projek-projek (projek pertama ialah HARI IT 2005) dan aktiviti-aktiviti sehingga saya berjaya menyusun atur KLIKK 4 pada 2006. Sesungguhnya kepercayaan kalian menguatkan jiwa saya tentang hakikat bahawa saya kuat untuk menerima ujian tuhan. Bertemu cinta kedua juga beberapa tahun selepas itu, (awal dewasa kononnya) baru saya sedar rupa-rupanya saya insan yang keterlaluan setia (hahahaha kelakar tapi hakikat!). Dan kini, alhamdulillah target saya menghabiskan sarjana muda pada usia 22 terlaksana...
Bulan hadapan, selamat datang untuk fasa ke4 kehidupan. Saya masih merangka target-target baru saya. Semoga semua yang dirancang kali ini tercapai seperti sebelumnya. Ya Allah, Kau makbulkanlah doa-doaku pada bila-bila masa dan apa sahaja yang aku pinta, yang Engkau redhai. Aminn...

p/s: Respon untuk entry bertajuk kalau bukan rezeki... Alhamdulillah, semalam Cik Faiza menelefon lagi dan saya tersenarai untuk interview kedua dua minggu lagi.
0 precious comments:
Post a Comment