Wah... Lamanya tak post sebarang kata-kata manis bak gula
Banyak faktor... Banyak! Begitu banyak... Banyak sekali! Oh, dah! So dek sebab tunggu punya tunggu punya tunggu
Selasa 1.11.11 hari tu UA balik lambat. Orang dah tertido senget benget da pon skali terasa ade cubaan mencurik spek maka bukak mata tgkk UA sedang cuba tanggalkan spek sambil cakap, "tido betul-betul eh... B dah balik ni." Oh, sumpah tengah mamai tapi terdengar dia cakap kat ayah yang dia balik lambat sebab ade bangunan runtuh ke ape kat UM tu. Oh, my! Universiti tertua katenye kan bangunan pon sure la semua tua-tua.
I was sooo mamai tapi nasib baik ingat nak solat Isyak. Natijah?
Bangun nak g toilet yang dua tiga langkah tu pon terhuyung hayang. As well, jadi bahan gelak laki den la... Apo laie! Usai solat, UA kasik tau esoknya dia tak balik sebab kena wat tracking kat tanah rezab UM ke hape. Owh terus hopeless eceh tetibe nak hopeless hahaha... Esoknye pagi-pagi sebelum gi kerja adelah memeluk
Rabu 2.11.11 pergi kerja macam selalu. Owh, baby Z sekarang adelah super duper active terutama kalau mommy makan. tak lama lepas tu kompem dia energy activated sampaikan mommy dah malas nak suruh baby Z main slow-slow
Hari Rabu adelah paling busy untuk minggu ni sampai mommy tak terasa lapar macam selalu pukul 9++ tu. Sedar2 je dah kol 10++ sebab baby Z bersungguh-sungguh meronta. Ok, mommy paham baby Z lapar! Sorry sayang... Sungguh mommy tak sempat nak makan kuih yang kita tapau pagi tu. Bila baby gerak yang super seronok main sensorang kat dalam ni, mommy yang di luar ni akan super penat. Ye, SUPER! Ditambah dengan sakit belakang yang dah teruk semula ni, ok, fineeeeeeeeee... Ikutkan hati nak tido je dlm kereta tak sanggup nak naik rumah :( Tapi naik la kan nak mandi tido bagai katenye rumah ku syurga ku *kiss 15x*
Balik rumah tu badan dah mak aih sumpah tak larat. Menangis la sensorang dalam bilik. Ye la katenye macho kalau ayah tahu daddy's girl dia ni nangis sebab sakit, sah2 laayah akan gelabah lalu akan call mak lalau cerita sakit sikit
And, yes! Malam tu UA tak balik sebab kerja luar... Hati sedih tak terperi
Ingat lagi a few days before nikah, saya BBM UA, "B, I am sorry for there are some ugly parts to show you lepas kawen. I really mean buruk walaupun tak pernah tengok."
And the 1st thing yang he requested from me lepas kawen is nak tengok parut tu and he said, "Takdelah, elok je..."
Maka selama 5 bulanlah saya hidup dengan mempercayai yang parut tu ELOK. I mean elok tu saya bayangkan mcm parut operation lain yang xde keloid, terletak cantik macam yang Abdul Malik jahit dulu dan kekal dengan warna kulit. Tak! Tak sama sekali *kecewa
*bukan tangan ku*
Sumpah saya sedih! Sedih sebab keadaan yang sebenar adalah 250% jauh daripada bayangan saya tentang parut pembedahan yang lebih 3 inci panjang tu. Lantas kini saya terus pasrah dan redha memang sejak dulu doktor pernah bagitau yang pertumbuhan tisu saya pada bahagian luka memang over pesat dan akan sebabkan keloid.
*bukan juga babyku*
Ok, sekarang dah boleh start bayangkan parut c-sec untuk melahirkan baby Z ke dunia nanti. Eeh, jauh selingan hehe... So malam tu adelah saiko terlebih had post bahasa-bahasa anek di FB dan letak status sedih kat BBM sebab kena tinggal dek suami. UA yang super sibuk tu saya ganggu dengan BBM melampau saiko sampai dia gelakkan. Tak tahan siap reply, "Sayang ni dah kawen dgn B kott.... Bukan masih bercinta zaman skolah..." hambek setepak hahaha tapi memang la saya memang over touching kalau tengah sakit. Nasib baik UA paham heheheh
Bangun pagi Khamis 3/11/11 adelah super gumbira sebab "Eeh, dah Khamis!" Seronoknye UA nak balik hehehe tapi tak post status gembira "Yay, malam ini suami pulang!" kat FB takut nanti disalahertikan oleh rakan-rakan lelaki berpemikiran biru dalam friendlist hehehe. Tapi dalam gembira tu saya terfikir jugak... Sure mak lagi tertekan dan sedih sebab tinggal asing dengan ayah atas tuntutan kerja, kan?! Berapa tahun dah macam tu. Ayah cuma balik Jumaat petang dan keluar semula Isnin pagi. Kasik chance la 3 malam jumpa kan... Macam mak mertua saya yang sekarang ni tengah jaga kaka UA yang kemo kat London nun, baru dua minggu dah cakap kat kitorg "Mak takleh tido, rindu bapak!" Huhuhu canelah keadaan dorang nak menghabiskan 2 bulan tanpa each other di sisi kan? Maka dengan itu, saya mengaku la saya over! *pasrah!*
Later during lunch UA BBM. Isinya membincangkan hajat nak ajak saya pindah kuarters
Maka UA pun mula la buat apa patut untuk permohonan kuarters tu. Harap-harap dapat yang dekat dengan orang. Ye la korang tau la kan rupa kuarters lama
sakit belakang melarat maghrib xleh bangun lalu menangis mak ckp xyah baolik raya etc
tak semena-mena tengah menahan titis-titis air mata tu tetibe mak call. Mula-mula cover la sekali mak tanya, "Awak ni asal? Tak sihat ye?" hah hambek kau terus saya nangis laju-laju. Waktu tu memang takleh bangun langsung even gerakkan badan pun rasa cam nak putus sume urat. Then mak kata, "Takpelah... Anak tu tahu mak dia sakit tu... Baring & rehat je..." Sedih, ok! Mak siap menyatakan kerisauan dia, "Lama lagi awak kena tahan... Ni baru bulan 11... Nak sampai bulan 3 tu lama, ngah! Tapi takpa... awak kan kuat nak tahan sakit tu..." oh, memang keterlaluan touching dalam sanubari ku! Terima kasih, mak... Kasih sayang mu sumber kekuatan ku *hugs*
Dah sudah tu saya gigih bangun solat maghrib. Sakitnya tuhan je yang tahu walaupun saya solat duduh. Dah tu cemana tak menangis? Lepastu saya baring lurus-lurus tegak-tegak macam pokok kelapa. Eh, tak semua pokok kelapa lurus tegak :) Skali lapar la pulak. UA balik dlm kol 10 maksudnya kena tunggu 3 jam lagi kalau nk suruh dia tapau. Lastly saya gigih bangun konon nak masak. Ayah tengah tengok berita. Tengok saya ke dapur terus dia offer diri belikan makanan. Sedih sekali lagi! Sungguh-sungguh ayah tak bagi saya masak. Ayah keluar belikan nasi goreng. Kitorang makan sama-sama dan tinggalkan sikit untuk UA. Ye la walaupun fakulti sediakan makanan untuk masters students yang ada kelas malam tapi kekadang dorang kasik roti je. Kesian UA balik kelaparan!
Sudah makan, saya rehat sekejap depan tv. Sebenarnya tak larat nak melangkah masuk bilik. Macam jauh sangat rasanya :( Tak lama lepas tu UA balik.
Tak lama lepas tu saya masuk tido. Tak pukul berapa UA masuk saya pun tak tahu. Terbangun sebab belakang rasa sakit sangat ++ panggilan tandas. Gigih usaha nak bangun kalau tak sure peepee atas katil huhu. Lepas tu sambung tido. Bangun tu rasa takleh nak garak badan pun tapi memikirkan kerja berlambak, saya usaha bangun untuk mandi n siap g kerja. Alhamdulillah, pagi Jumaat tu segala urusan dipermudah Allah. Kerja-kerja yang banyak tu Datin Boss offer nak tolong siapkan supaya saya boleh concentrate dengan tender. Proof setebal 392 pages pon dia kasik freelancer. Ringan beban saya sikit. Terima kasih boss! Terima kasih, tuhan!
Tengah hari tu saya dan BFF Aan buat lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Seronok sangat! Canggih betul library nih! OK, next entry saya ceritakan ye :) Bye!
p/s: hajat nak cari taska utk baby Z mommy tangguh lain Jumaat yang berkat ye, sayang!
4 precious comments:
e'in ade parut kat lutut.. huhu
lutut xpe dik, normal di situ... ahkak ni kat badan ada beberapa huhuhu parut biasa ke keloid tu? ngeri kan haha
baca pon da sakit. wuuwuu tabahlah kak :3
tolong cite sal lib tu ye kthnxbye!
sbb msh tabah la masih ade coretan2 kat sini dik :)
ok, otw entry ppas
Post a Comment