November 21, 2011

oh em cee

Assalamualaikum...
Lama tak menulis... Rindu tapi tak mahu. Bukan tak mahu apa tapi tak mahu berlama-lama di depan screen. Macam biasalah, kesihatan di hujung tanduk. Oh, bosan kan saya ni asyik tak sihat dan merungut di sini. Patutlah follower pon tak ramai, takde yang kuasa nak baca rubgutan saya... Tapi, bukankah ujian sakit itu kifarah dosa? Semoga dengan sakit pening ini Dia yang Maha Pengampun mencuci segala dosa saya, suami, ayahbonda & keluarga, amin...

Malam Jumaat lepas UA start demam teruk. Sedih hati saya lalu tak boleh tidur. Selama hidup bersama, itulah kali pertama lihat UA sakit teruk. Esoknya saya ke opis tapi hati tak sedap lalu mintak EL halfday. Balik belikan McD bubur ciken je. Isteri yang teruk, kan?! TApi nasib jugak ada drive thru mcm tu kalau tak tah jam berapa la suami saya tu dpt makan. Saya sampai pun dah jam 230.

Tengok dia makan, habis! Alhamdulillah... Kebetulan pulak saya lupa nak belikan untuk sendiri. Nak tak nak tumpang la seketul dua naget dan fries dia. Bila dia tanya saya dah makan ke belum, kasi jawapan selamat. Ye la saya sihat apa pun boleh bangun cari makan sendiri. Lepas kasik makan ubat, UA tidur.  Laga betul saya dia dapat mc tu. Bukan sebab seronok sgt dia duduk goyang kaki depan mata saya tapi sebab selama kawin ni berapa kali sangatlah dia berehat di rumah. Selebihnya hatta sabtu dan ahad pun kerja kerja kerja... Tak cukup rehat, pasal tu jatuh sakit!

Malamnya dan malam esoknya masih dia tidur tak selesa. Saya pun tidur-tidur ayam lah tengok perkembangan dia. Teruk sangat, saya kejutkan dan suap ubat. Alhamdulillah Ahadnya dia dah kebah. Syukur ya tuhan Kau pulihkan kesihatan suami ku. Tapi part malangnya, saya pulak yang berjangkit huhu

Ahad pagi tengok keadaan dah ok, UA ajak saya beli barang dapur. Mana taknya, beraspun dah habis cukup masak nasi malam sebelumnya je hehe. Bila tunjuk tong beras kat UA, kami sama-sama gelak sebab dah gaya layak masuk program Bersamamu tv3 dah hahahha "Jatuh miskin dah kita ni..." katanya.  Tapi alang-alang nak keluar, saya ajak UA ke BAngi terus visit sepupu baru 2 hari saya, Umar bin Dr. Muhammad Saufi. Merah! Mungkin sebab si kecil tu putih ya amat maka nampak merah hehehe
"Ya Allah, Umar kamu betul-betul buat angah la & abg ngah tak sabar nak baby Z lahir! Tambah pulak dengan keletah abang dan kakak-kakak kamu terutama si Cena tu, memang buat abg ngah tak nak balik haha"

Dalam perjalanan balik tu dah betul-betul rasa tak sedap badan. Gigih jugak ke Tesco beli barang dapur. Sempat kecek buah nangka dengan UA. Belilah dua tiga ulas dan makan sesama dalam kereta. Sedapnyaaa! Eh, bukan mengidam tau! Sampai rumah rasa tak larat sangat. Usai Asar golek-golek kejap di katil lepas tu FB chat UA ajak ke klinik lepas maghrib. Nasib baikla teknologi sekarang ni bagus. Suami di ruang tamu, isteri dalam bilik, boleh chat saje hehe

Selesai Maghrib kami berdesup ke klinik. Eh, nak berdesup celah mana saya nak jalan pun tak larat dah. Pastu sah la saya kena upper respiratory tract infection. Patut la rasa cam athma saya nak menyerang je. Selesai urusan klinik, UA bawak saya minum air kelapa. Gigih si suami berusaha sihatkan isteri.

Bangun pagi tadi dia suruh saya tak usah ke ofis. Mujur semalam doktor memang bagi mc. Sebelum pergi kerja dia pesan suruh saya makan bubur nasi yang ayong masakkan. Terima kasih, kakak! Entah jam berapa Ayong bangun masakkan bubur saya pagi tadi. Dah lama tak makan bubur orang sakit, tadi merasalah buat alas perut untuk makan ubat. Harap-harap ubat tu betul la sesuai untuk ibu mengandung mcm saya dan tak memudaratkan si anak.

"Baby Z, you hang in there, ok! Mommy is sorry sebab mommy terpaksa makan ubat jugak... Mommy tak larat :("


Dan tetiba baby Z respond gerak-gerak dalam perut. Thanks sayang sebab maafkan mommy!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers