November 30, 2011

Wordless Wednesday #6

November 24, 2011

Thoughtful Thursday #5

November 23, 2011

surat cinta buatmu

Assalamualaikum.
Buat tatapan anak mommy bila kamu besar nanti yang sangat disayangi, dicintai, dikasihi, dirindui, dimanjai. Amboi, kalau ayah dengar ni pasti over jeles dia!

Alhamdulillah, masuk bulan keenam baby Z berkongsi darah dan udara yang sama dengan mommy. I heart you so much, anak! Mommy yakin baby Z dah kenal suara mommy apatah lagi suara ayah, kan? Kalau tak, takkan la selepas seharian tak dengar penyanyi nasyid zaman sekolah, baby Z boleh tetiba melompat-lompat dalam perut mommy sebaik ayah bersuara. Comel! And mommy heart the bond between you both!

Anak mommy yang dah besar ni super active betul, kan! Terima kasih sebab sihat dan ceria di dalam sana. Kesihatan dan kecerian kamu buat mommy juga rasa sihat dan ceria walaupun pada hari-hari mandom mommy. Mommy harap kamu tak rasa sakit yang mommy tanggung tu. Mommy tahu Allah selalu lindungi anak sulung mommy ni.

Scan bulan kelima hari tu baby Z masih main hide and seek dengan mommy dan ayah, kan. Haishhhh... Kuat main macam ayah! Eh, mommy pon sama hehehe... Mommy kan dah pesan baaaanyak kali supaya baby Z tunjuk bebird atau flower tu. Tapi tetap jugak baby tunjuk montot pada kami. Taknak duduk diam lak tu. Lastly dengan separa confirmnya Dr. Suariati kata baby Z is gegirl. Eh, ye ke?

Ayah gelak besar bila doktor kata "Girl ni kot... Bolehlah beli baju pink-pink renda-renda lepas ni." Ai, mana tak gelak si ayah tu... Dengar doktor cakap macam tu mommy terus jerit, "Yay, ada kawan!!!" Hehehe kami eksaited lebih nak jumpa baby Z, tau sayang! Tapi ayah cakap jangan percaya sangat. Tah-tah baby Z masih sorokkan sesuatu. Eh, ye ke? Tunjuk sekarang... Hehehe...

Bukan apa, nampaknya dari belakang, kan... Kalau dari depan, sah-sah mommy dan ayah percaya. Ni dari belakang, sajalah perlu berjaga-jaga kan. Takut jadi macam opah & atok waktu tunggu Acu Bin lahir. Habis semuanya pink bunga-bunga bersulam tekat bagai, maklumlah anak bongsu... Sekali yang lahir tu boboiboy... Terpaksalah Acu Bin kamu berbaju pink hehehehe nasib baik opah & atok atau mommy sendiri tak pakaikan dia skirt!

So, mommy taknaklah nanti kalau baby Z ni boy, kena pakai baju girl pulak. Kalau pink atau purple, takpe jugak sebab mommy memang hantu warna tu tapi kalau boy pakai bunga-bunga love-love tu haishhhh tak sampai hatilah mommy nak ropol-ropolkan anak bujang mommy nanti. So, kalau baby Z nak mommy and ayah belikan yang sesuai, ha... Pusinglah mengadap kami, tunjuk muka dan gender sekali waktu next scan nanti ye. Wah, panjang betul mommy melobi! Hehehe

Anak ku sayang,
Ayah baru sekali tengok perut mommy bergerak-gerak bila baby Z bergerak. Dan baru sekali jugak daripada berkali-kali percubaan ayah dapat rasa baby Z bergerak. Haishhh ayah ni tak fokus, tau! Tapi Alhamdulillah la akhirnya dia rasa n nampak jugak gerakan baby Z tu kan. Sebab ayah selalu frust bila tak dapat tengok/rasa baby Z. Baby pon sama noty selalu tak gerak kalau ayah pegang, kan. Hehehe... Lepas ni ingat pesan mommy ye sayang... Kalau tangan yang besar tu, tangan ayah la tu... So, sila bergerak aktif. Eh?? Hahaha

Semalam tiba-tiba mommy dengar ayah bermonolog. Katanya, "Taknaklah baby panggil ayah." Tapi mommy malas nak respon. Tengah berangan la tu. Pastu siap boleh baring sepenuh katil n tinggalkan secoet ruang je. Katanya tempat untuk baby Z baring, mommy kena tidur bawah. Eh? Hahaha ayah memang macam tu suka buli mommy, tau! Mommy rasa kita perlukan babycot supaya baby Z dan ayah boleh tidur sama-sama selesa dengan mommy memandangkan mommy tak boleh tidur kat lantai. Tak sampai hati nak tengok ayah yang tak berkatil. So baby Z dah boleh belajar tidur sendiri sejak bayi. Eh? Mommy yang lebih nak tidur sebelah ayah sebenarnya! Hehehe

Sampai sini dulu coretan mommy buat baby Z. Maafkan mommy sebab sibuk sangat sekarang dah jarang berbual-bual dengan baby Z waktu siang hari. Oh, ye! Mommy dan ayah tengah nak confirmkan nama untuk baby Z. Oh, curi dengar ye? Hehehe Tapi malam ni kita tidur berdua saja. Ayah outstation. Uh, tak dapat mommy bayangkan macam mana nak jaga kamu bila dah lahir nanti kalau ayah outstation berlama-lama... Menangis ke mommy nanti?

Wordless Wednesday #5

November 22, 2011

MDS: Kronologi episode 4

"Ye, B tau hati syg susah tapi satu je B mintak, syg jangan nangis, k! Kena kuat. Kalau nangis nanti semua pon ikut nangis. B pon nangis. Nak ke B nangis?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya kemudian call ayah. Nekad! Nekad nak lakukan discectomy tu.
Ayah pause sekejap.
"Takpelah, mak sampai nanti kita bincang. Ayah sebenarnya kalau boleh taknak anak-anak ayah kena operate..." itu jawab ayah.

Petang Isnin tu mak dan ayah datang berbincang dengan Dr. Abdul Malik..
Eeh, suka betul saya dengan nama Malik tu ohhhhh *ok lari topik!*
Mak dan ayah buat keputusan dan benarkan saya ambil keputusan yang saya nekad tu.
Maka petang tu jugak, Isnin, 25 April 2011, Abdul Malik dan dayang-dayangnya nurse-nursenya datang bawak dokumen-dokumen yang perlu saya sign.

Saya?
Senyum.
Sign.
Wajah yakin.
Hati cuak!

"Esok saya schedule awak 1st patient, 830 a.m. ye. Nanti kol 10 start puasa. Esok nurse datang ambil." ohhh cuak!

Malam tu mak tunggu di hospital.
Tidur.
Tak nyenyak.
Pujuk hati, keputusan muktamad ini yang terbaik!

Esok subuh-subuh hari mak dah bangunkan.
Mandi.
Baru nak berbaju, nurse datang bagi baju surgery dan suruh tukar.
Elok je siap tukar, ayah, ayong, doin, maklong & paklong sampai.
Baring atas stroller.
Semua lambai-lambai dan ucap kata-kata semangat.
Wajah happy, hati tak mungkin!

Saya cuba... Cuba sehabis baik untuk tunjukkan reaksi slumber.
DAlam hati saya janji, kalau apap pun berlaku bila saya keluar OT nanti, itulah keputusan yang saya relakan sendiri, bukan salah mak, bukan silap ayah.
Dan kalau ditakdirkan yang tak baik berlaku ke atas saya, tiadalah sesiapa yang bersalah melainkan kehendak Allah jua.

Disorong masuk ke OT.
Semua orang sampai had pintu je.
Sempat feeling-feeling macam dalam drama swasta. Eh??
Abdul Malik datang bagitau prosedur n ect sambil perkenalkan nurse pembantu dia.
Ada ku kesah? Eh?
Heheh takdelah, waktu tu macam pasrah dan takut so ape pon tak ingat yang penting dalam hati asyik doa semuanya lancar je...
Lepas sign satu lagi borang, dia pegi tah ke mana.

Pastu datang bius atau dorang kat situ panggil Tok Mat.
Tok Mat pon sama perkenalkan dayang-dayang nurse-nurse dia sambil melawak-lawak dan suruh saya sign lagi satu borang kebenaran.
Lepas tu saya disorong masuk dan pindahkan ke katil operation.
Tok MAt buat lawak lagi pastu nurse sampuk, "Tok Mat ni memang pantang jumpa patient gadis bujang!"  dan kitorg sama-sama gelak.
Lepas tu semuanya gelap...

**Bersambung**

November 21, 2011

Aidiladha berdua pertama

orang dah nak sambut awal muharram, dah nak masuk new year 2012, dah nak raya cina...
saya baru nak balik ke raya haji hehehe
biarlah gambar menceritakan ye...
 Tayang perdana... eh, tayang perut da...
"Pak teh ni saje tau! tak sempat baby Z nak posing!"


 Ni lagi melampau obvious perut buncit si mommy!
Err.. Raya haji hari tu baru 5m kot huhu

oh em cee

Assalamualaikum...
Lama tak menulis... Rindu tapi tak mahu. Bukan tak mahu apa tapi tak mahu berlama-lama di depan screen. Macam biasalah, kesihatan di hujung tanduk. Oh, bosan kan saya ni asyik tak sihat dan merungut di sini. Patutlah follower pon tak ramai, takde yang kuasa nak baca rubgutan saya... Tapi, bukankah ujian sakit itu kifarah dosa? Semoga dengan sakit pening ini Dia yang Maha Pengampun mencuci segala dosa saya, suami, ayahbonda & keluarga, amin...

Malam Jumaat lepas UA start demam teruk. Sedih hati saya lalu tak boleh tidur. Selama hidup bersama, itulah kali pertama lihat UA sakit teruk. Esoknya saya ke opis tapi hati tak sedap lalu mintak EL halfday. Balik belikan McD bubur ciken je. Isteri yang teruk, kan?! TApi nasib jugak ada drive thru mcm tu kalau tak tah jam berapa la suami saya tu dpt makan. Saya sampai pun dah jam 230.

Tengok dia makan, habis! Alhamdulillah... Kebetulan pulak saya lupa nak belikan untuk sendiri. Nak tak nak tumpang la seketul dua naget dan fries dia. Bila dia tanya saya dah makan ke belum, kasi jawapan selamat. Ye la saya sihat apa pun boleh bangun cari makan sendiri. Lepas kasik makan ubat, UA tidur.  Laga betul saya dia dapat mc tu. Bukan sebab seronok sgt dia duduk goyang kaki depan mata saya tapi sebab selama kawin ni berapa kali sangatlah dia berehat di rumah. Selebihnya hatta sabtu dan ahad pun kerja kerja kerja... Tak cukup rehat, pasal tu jatuh sakit!

Malamnya dan malam esoknya masih dia tidur tak selesa. Saya pun tidur-tidur ayam lah tengok perkembangan dia. Teruk sangat, saya kejutkan dan suap ubat. Alhamdulillah Ahadnya dia dah kebah. Syukur ya tuhan Kau pulihkan kesihatan suami ku. Tapi part malangnya, saya pulak yang berjangkit huhu

Ahad pagi tengok keadaan dah ok, UA ajak saya beli barang dapur. Mana taknya, beraspun dah habis cukup masak nasi malam sebelumnya je hehe. Bila tunjuk tong beras kat UA, kami sama-sama gelak sebab dah gaya layak masuk program Bersamamu tv3 dah hahahha "Jatuh miskin dah kita ni..." katanya.  Tapi alang-alang nak keluar, saya ajak UA ke BAngi terus visit sepupu baru 2 hari saya, Umar bin Dr. Muhammad Saufi. Merah! Mungkin sebab si kecil tu putih ya amat maka nampak merah hehehe
"Ya Allah, Umar kamu betul-betul buat angah la & abg ngah tak sabar nak baby Z lahir! Tambah pulak dengan keletah abang dan kakak-kakak kamu terutama si Cena tu, memang buat abg ngah tak nak balik haha"

Dalam perjalanan balik tu dah betul-betul rasa tak sedap badan. Gigih jugak ke Tesco beli barang dapur. Sempat kecek buah nangka dengan UA. Belilah dua tiga ulas dan makan sesama dalam kereta. Sedapnyaaa! Eh, bukan mengidam tau! Sampai rumah rasa tak larat sangat. Usai Asar golek-golek kejap di katil lepas tu FB chat UA ajak ke klinik lepas maghrib. Nasib baikla teknologi sekarang ni bagus. Suami di ruang tamu, isteri dalam bilik, boleh chat saje hehe

Selesai Maghrib kami berdesup ke klinik. Eh, nak berdesup celah mana saya nak jalan pun tak larat dah. Pastu sah la saya kena upper respiratory tract infection. Patut la rasa cam athma saya nak menyerang je. Selesai urusan klinik, UA bawak saya minum air kelapa. Gigih si suami berusaha sihatkan isteri.

Bangun pagi tadi dia suruh saya tak usah ke ofis. Mujur semalam doktor memang bagi mc. Sebelum pergi kerja dia pesan suruh saya makan bubur nasi yang ayong masakkan. Terima kasih, kakak! Entah jam berapa Ayong bangun masakkan bubur saya pagi tadi. Dah lama tak makan bubur orang sakit, tadi merasalah buat alas perut untuk makan ubat. Harap-harap ubat tu betul la sesuai untuk ibu mengandung mcm saya dan tak memudaratkan si anak.

"Baby Z, you hang in there, ok! Mommy is sorry sebab mommy terpaksa makan ubat jugak... Mommy tak larat :("


Dan tetiba baby Z respond gerak-gerak dalam perut. Thanks sayang sebab maafkan mommy!

November 17, 2011

Thoughtful Thursday #4

November 16, 2011

Wordless Wednesday #4

November 11, 2011

Al-Quran Kitab Ajaib!

Bangga pulak nak share tentang keajaiban kitab suci al-Quran yang menjadi pegangan dan panduan umat Muhammad s.a.w sejak diturunkan kepada junjungan besar kita ketika Baginda berusia 40 tahun secara berperingkat-peringkat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari sehingga ke akhir zaman nanti. (Imej semua ihsan Google)



Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada nabu Muhammad s.a.w kira-kira 1400 tahun yang lalu sebagai panduan buat umat Baginda. Dalam al-Quran dikisahkan segala cerita sejak kewujudan bumi melalui teori Big Bang sehingga pengakhiran kemusnahan bumi ini. Segala ilmu berkaitan Sains, Matematik, Geografi dan sebagainya juga telah lebih dahulu diceritakan dalam kitab suci ini.

November 10, 2011

Thoughtful Thursday #3

November 9, 2011

wahai hati, bersabarlah!

Sejak akhir-akhir ni entry saya banyak emo-emo... Ok, never blame the pregnancy... Mommy heart baby Z sooooo much, sayang! Tapi sungguh, sakit ya amat setiap hari sampaikan tak mampu dah rasanya nak tadah ujian kesakitan ini.

Betul, sakit itu kifarah dosa... Maka mungkin dosa saya tak tertanggungkan lewat usia terdahulu disucikan tuhan denga cara ini. Bukan saya tak syukur, bukan saya tak redha, jauh sekali saya marahkan tuhan sang pencipta... Cuma hari ni saya down betul... Betul-betul down!

Saya menangis lagi...
Menangis sebab gagal jadi isteri, anak dan adik yang berguna. Hati saya malu menagih ihsan insan lain hatta mereka-mereka yang menyayangi saya. Sungguh saya penat mengurus diri dengan keringat orang lain... Saya penat! Penat sangat!

Dah dua hari Ayong duduk dengan kami. Dua hari juga saya terpaksa biarkan Ayong jadi tukang masak. Saya tak larat sungguh. Kalau diberi pilihan, saya harap saya dibius saja supaya tak rasa sakit ni segala. Belum campur tolak waktu-waktu saya tinggal dengan ayah dan ayah terpaksa diner roti atau worst, kena keluar belikan saya diner. Tak bergunanya saya sebagai adik... Apatah lagi sebagai anak!

Belum pulak dikira tinggal dengan suami yang perlu gosokkan badan saya, urutkan kaki tangan saya setiap hari. Walaupun kepala dia yang berdenyut tak saya picit tapi UA tetap je bantu legakan kesakitan saya. Kerja-kerja rumah yang dia tolong setelkan. Tambah dengan tanggungjawab lain saya sebagai isteri kepada dia yang selalu dia 'takpe'kan sebab "B taknak sayang sakit..." Sumpah, saya rasa sangat tak berguna!

Maka dengan semua perasaan tak berguna tu, air mata saya tumpah hari ini...
Mommy mintak maaf, baby Z... Kamu macam tahu je mommy is so unstable hari ni kan... Yes, I am, sayang... Mommy is so sorry! Baby stay strong inside there, ok!

Saya menulis bukan untuk simpati, sekadar meluahkan perasaan. Saya tak mampu nak kongsi kesedihan ni dengan mak sebab saya tahu nanti hati mak pasti luluh dengar anak yang seorang ni tak habis-habis deritanya. Saya juga tak sanggup nak share air mata pedih ni dengan UA sebab nanti dia risau teramat. Tapi sumpah, saya sakit! Fizikal dan mental... Juga emosi!

Sekarang saya mula berfikir... Betul ke tindakan saya buat discectomy dulu eh?

Wordless Wednesday #3

November 6, 2011

Gembira :)

November 4, 2011

3 hari yang tertinggal semalam...

AMARAN: Ini entry panjang.. Jika takut bosan, tak perlu baca, tengok gambar ihsan Google tu aje =p

Wah... Lamanya tak post sebarang kata-kata manis bak gula walaupun hati macam cuka, eeh??? kan!
Banyak faktor... Banyak! Begitu banyak... Banyak sekali! Oh, dah! So dek sebab tunggu punya tunggu punya tunggu dei brapa banyak kali tunggu daaa maka kita buat summary of the week sajork hehehe

Selasa 1.11.11 hari tu UA balik lambat. Orang dah tertido senget benget da pon skali terasa ade cubaan mencurik spek maka bukak mata tgkk UA sedang cuba tanggalkan spek sambil cakap, "tido betul-betul eh... B dah balik ni." Oh, sumpah tengah mamai tapi terdengar dia cakap kat ayah yang dia balik lambat sebab ade bangunan runtuh ke ape kat UM tu. Oh, my! Universiti tertua katenye kan bangunan pon sure la semua tua-tua.

I was sooo mamai tapi nasib baik ingat nak solat Isyak. Natijah?

November 3, 2011

Tabiat? Tebiat?

Orang selalu kata anak sulung ni baik, yg nombor dua ni perangai kemain, yg kecik manja. Pastu kat FB td jumpa lak ni. Layankannnn...

♥ Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah

Thoughtful Thursday #2

November 2, 2011

Wordless Wednesday #2

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers