January 25, 2011

epal & selimut

It's a true story back in 1992...
Budak perempuan: Awak nak makan buak tak?
Budak lelaki: Buah apa?
P: Awak nak buah apa?
L: Seumur hidup saya, tak pernah merasa buah epal. Nak epal la! (dengan mata bercahaya penuh harapan)

P: Apa barang yang awak nak sangat dalam hidup?
L: Kenapa?
P: Ala cakap je la! (pompuan ni garang gile la pulak!)
L: Selimut kot... sebab seumur hidup saya takpernah ada selimut... malam-malam waktu tidur, saya sejuk...
Kisah ni berlaku waktu saya darjah 1, perbualan dengan sorang budak lelaki miskin. Maksud saya miskin yang amat sangat. Apabila saya sampaikan cerita ni pada mak & ayah waktu balik sekolah, mak terus pergi beli selimut dan buah epal. Banyak... Petangnya, kami cari rumah budak lelaki tu untuk bagi selimut & epal. Sedih! Rumah buruk dalam hutan pokok getah. Jauh. Tiada jiran. Tiada elektrik. Mandi air perigi.
Lepas tu mak saya ambil kakak dan dua org abangnya yang akan menduduki peperiksaan besar tahun itu sebagai anak angkat. Tinggal di rumah kami yang waktu tu tidaklah sebesar mana tetapi cukup selesa untuk pembesaran anak-anak. Jadik anak-anak emak & ayah saya yang saban tahun dapat sama seperti apa yang kami terima setiap kali sesi persekolahan dibuka, setiap kali hari raya menjelma.
Tapi apa yang terjadi selepas mereka adik beradik mengecap kejayaan, selepas rumah papan atap bocor berubah konkrit, selepas buah epal boleh dikecap nikmat manisnya setiap hari, selepas tidur malam lebih enak berbalut comforter, janganlah disoal tanya sebab nanti luka hati mak dan ayah saya berdarah dan bernanah semula.

January 17, 2011

senggol-senggolan himpit-himpitan

Kes 1
Yang ni jadi waktu nak balik kerja hari Jumaat lepas lebih kurang kol 5.15 kat NKVE Subang tu. Ace nengok betapalah keciknye saudara Oje ditengah-tengah makhluk besau gabak tu huhuhu
Dahlah tiga-tiga laju nak mamfus lepastu lori yang putih tu boleh lak dia ekor sikit punya rapat ke huhuhu pale otak asyik pk "Lori ni nampak aku ke tak? Nampak ke tak?" sebab cuak gila dia macam dekat sangat kan. Kalau brake kot mmg akan gedeganglah kot huhuhu... Siap berdoa kuat-kuat lagi ngehehehe radiao pun siap turn offkan lepastu paling hampeh ialah sampai lupe nak menyinggah drivethru McD huwaaaaaaaa menyampah tau! Lame gak la keadaan ni berlangsung. Say, 5 minit kot! Dah lah tengah rasa cam nak kencing. Nasib baik tak terkencing lam kete tau. Eeeee mencik la abg lori ni! Nak ngadu kat L.O Suria FM huhuhu
Kes 2


Yang ni lak cite badigol sood malam semalam. Alkisah kitorang adik beradik sepakat nak balik KL dekat-dekat malam la. So kol 7 kitorang berangkat la dari rumah mak. Mula-mula Doin drive pasal hujan siap buat ayat "Doin tak kompidenlah awak yg drive, Ngah!" Hahaha rase nak pelangkung je ayat camtu. Destinasi mula-mula tu g UPM dulu hantar dinner kat ateh & hantar Ayong balik sarama. Pastu nak balik Kepong we all tykar driver maksudnye sayalah yang bawak. So lalu jalan yg familiar la pasal malam kan malas nak masuk KL so lalu Ampang. Sampai la kat area-area Zoo Negara tu biasalah Oje kan suke lelaju so Oje main lane kanan je. Tgh lelaju tu tetibe nampak satu Saga hempet-hempet kitorg. Memang terkejut la kan Doin sampai jerit "Ehhhh Angah! Angah!" yang saya lak memang tekan horn gile lama ade la kot 2 menet hehe puas hati. Nasib baik kitorg tak terlanggar tembok tu tau. Dia hempet mmg baik punyalah. Apesal nak hempet?? Ha, mmg bukan lah sbb dia nampak Oje dipandu wakita chantek, tapi sbb mamat tu sibuk main SMS. Badigol sood tol! Erk, acamane tau dia sms? Sbb Doin tengok la kete tu lps kejadian kan. Nasib baik dia tak keluar waktu tgh horn-horn tu hahaha tp dia mmg bengang la kan sbb kalau katelah terlanggar kan mmg dia la yg kena dulu. Bodoh la! Dah tau nak SMS jgn la bwk lelaju! Eh, salah! Dah tau drive jgn la sms. Wat cam kitorg ni. 1st half Doin dirve, sy sms. Pastu tukar driver dgn alasan, "Doin lak nak sms." Ha kan ke berhemah tu!

January 16, 2011

RDC (8)



Ha ni la dia keratan akhbar hahaha bukan... Ni la dia yang cik Izo tulis kat buku saya waktu Seminar Pecutan Akhir Menghadapi Peperiksaan oleh Dr. Shukri Abdullah yang diadakn pada hari Rabu, 14 Ogos 2002 kat Dewan Iqra' SEMSAS itu =D

Tulisnya macam ni (dgn niat nak cover tulisan buruk Izo hahaha ampunnn!)


"Asrie (nama waktu skolah), saya tau awak lagi terer dr saya (ini adalah bodek!). & saya tau kalau setakat 9A1 tu mmg awak leh dapatnye (mmg dapatLAH sangat hahaha bodek lagi la ni kan??). Lupakan sgl masalah yg melanda awak skrg (this is refering to yg sy sakit as stated earlier tulah). InsyaAllah! Sglnya ada cara dan sesamalah kita usaha ke ara kecemerlangan (ni sah-sah dah ayat anak seorang guru besar huhuhuu). Saya tunggu awak lepas your first degree!! (ha ni yang nak hilite kat korang ni hehe gigih oke g boldkan siap enlarge font bagai hahaha ampunkan keexcitedanku!)"



Gigih kan keluarkan buku ni dari lam kotak hehehe semangat nak bg bukti... Takde ah sampai kena korek-korek bagai sebab dah hafal buku ni letak dalam kotak kaler ape. Menyampah! Gigih menyimpan hehe. Tu pulak sign tuan tunang yg paling original sekali, okeh! "120" hehehe

Tapi sayang la pulak sebab segala surat-surat cinta dari form three sampai waktu saya matrik & dia kat ATMA dulu sume da bakar. Kad-kad birthday, kad-kad I miss you, I love you segala pun da bakar waktu birthday saya tahun 2007. Sebab? Alasan? Haaa chapter tu belum sampai hehe... Ni kan baru masuk cite nak habis skolah...

Sayangnyeeeeee! Nape bakar?! Dush3! Takpelah, emel ade simpan baaaanyak lagi. Nnt dh lps kawen sila baca sama-sama sambil gelakkan Izo berguling-guling pastu kompem kena tido kat dapur hahahaha

Hurmmmmm tibe-tibe x sabar nak cerita waktu exam SPM dan saat meninggalkan sekolah sobssobssobsss ececeh tetibe sedeh. Lempangs!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

January 15, 2011

Nasihat ustaz

Nasihat ustaz, "Adila, bina semula kekuatan yang ada dulu. Cari semula keyakinan yang macam dulu."

Saya tak tahu apa yang beliau 'baca' dari raut wajah ceria gembira + tangis takut saya yang beliau temui tadi selepas 4 bulan tak bersua. Malah sebetulnya saya tidak mahu tahu. Cuma sungguh, beliau menyedarkan saya bahawa hati nurani saya memang tidak sekuat dan segagah dulu dalam melalui ujian & dugaanNya.

Saya perlu kuat. Saya perlu tabah. Saya perlu jadi saya yang macam dulu-dulu juga; yang menyimpan esak tangis dalam hati, yang memapah sakit pening diri sendiri, yang berusaha sendiri sebelum menumpang bantuan yang lain. Saya patut kuat. Saya mesti cari diri saya yang dahulu. Mesti!

Segala ini ujian buat insan yang terpilih. Emosi manusia adalah saluran emosi syaitan. Saya tak mahu tak ingin meneka dugaan cara yang bagaimana yang cuba ditimpakan ke atas saya. Dan saya akui saya sungguh lelah melalui saat sukar sebegini. Sukar sungguh!

Tapi bila permintaan yang satu itu terbit dari ulas bibir al-fadhil yang sering berzikir, saya tahu ada "sesuatu" yang berharga beransur hilang dari diri saya; kekuatan hati & keyakinan diri.

Ya Allah, bantulah hambaMu melalui kehidupan yang hanya Kau tahu gaya hujungnya. Amin ya Rabb.


January 13, 2011

RDC (7)

Tahun 2002, dah masuk form five. Wuuhooo super senior , bhai! Belagak ah tu hehehe

Tahun tu tidaklah sesuwiiit waktu form four. Kenapa? Entah lah... As for me 2002 was the most terrible year of my lifetime, so far. Tahun tu i was busy preparing for SPM & sakit yang OMG sakit rasa cam 'mati pun takpe ya tuhan, aku redha!' Seriously!


Waktu awal-awal sem saya macam sihat je lagi. Erkkkkk waktu skolah kita cakap sem ke ek? Tak kot. Penggal kot hehe x kisah lah. So by that time, belajar dan bercinta adalah bergerak serentak. Haahahahahaktuih!



adalah cinta monyet a.k.a puppy love *wink wink*





Ingat skali tu skolah ada buat seminat motivasi dengan Dr. Shukri Abdullah. Ala kompem korang knal kot. Waktu tu each PMR & SPM candidate dia kasik satu booklet untuk conteng-conteng la. Well not so conteng-conteng tapi banyak la pengisian & segala bagai dalam tu. So section last ialah untuk autograph tau. Ade 3 columns. 1 yang paling besar untuk kita tulis apa kita nak capai. Dua lagi kolum kecik sikit untuk suruh 2 org kawan lelaki yang kita sayang baik la konon kan untuk tulis ucapan & sign. So kolum bawah mumule saya bagi Sepat tulis. alasan Sepat tulis dulu tapi tulis kat kolum bawah ialah sbb kat atas nak bagi Izo tulis tapi tanak kasik Sepat baca muahahahaha keji gile tektik penyamaran!



Susah gak la sbb Izo kan dok kat kawasan lelaki dengan lelaki-lelaki lain tu. Saye lak dok kat fomfuan-fomfuan kan. Jauh ohh jarak selamat mata menskodeng je jaraknya nak passing tu. Heheh nak tahu ape Izo tulis? Ehehehe saye tadek la hapal sume kan. Buku tu simpan lagok wooo! Sila kagum! Tapi lebih kurang Izo tulis camni ah "bla... bla... bla...boleh bla la lu!" Hahahaha tipu tipu! Dia takkan berani de nak cakap camtu tulis camni...



"Bla... Bla... Bla... (lupe tah hape dia bebel kata2 semangat)... Saya tunggu awak sampai habis 1st degree."

tapi pastu waktu orang final sem dah ajak kawen huhuhu mentang-mentang la die da grad! nasib baik tolak! hahahaha tipu! sebenarnya nak cakap nasib baik tolak tapi pastu dpt ajakan kedua hahahaha lempang!



Ha gitu la lebih kurang. Nanti kalau saya balik rumah mak saya study ayat penuh dia tu okeh. Suwit okeh suwit! It was like "Wah, dia janji nak kawen dgn aku lah! Nak kena dpt degree cepat-cepat ni!" ha gatal gile okeh hahahah cuma saya tak ingat saya tulis atau tak kat buku Izo & kalau tulis pun ntah hapekejadah yg saya tulis pon dah out of memory box dah hihihihi ampunnn...



Then sekolah diteruskan. Sampailah waktu trial exam. A few weeks before tu saya dah sakit sikit-sikit dah. Lama-lama sakit kuat-kuat. Takleh jalan, takleh diri, duduk, semgala-galanyan adalah TAKBOLEH! Life was damn terrible. Saya setiap jam adalah berpura-pura sihat dan boleh padalah semua nampak saya teruk sangat waktu tu. Ke korang tak nampak? Hahaha... And everybody was too concern to help sampai saya rasa macam down sangat2 sebab susahkan semua orang.



Dgn mak ayah yang dua minggu sekali turun kuantan sebab nak tengok keadaan saya. Dgn saya yang kena ambil pain killer injection tiga hari sekali. Injection tau! Tiga hari sekali tau! Dgn perjalanan yang selalunya tak sampai 5 minit dari hostel ke kelas tapi saya terpaksa ambil nearly 20 minit untuk sampai. Memang down habislah time tu. Sampai marah-marah kawan-kawan yang nak tolong sebab gigih nak buat sendiri. Kesian kawan-kawan. Lama-lama semua orang tak berani nak tolong, biarkan je saya, cuma mampu tolong kesian dan tengok dari jauh je. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya trauma sampai hari ni!



Izo pon kalau x silap kena marah jugak. Tapi izo sangat sabar. Dia gigih follow saya dari belakang. Bayangkan jalan yang dekat tu yang patutnya boleh sampai hostel sekejap je n terus rehat-rehat segala tu, Izo pilih untuk teman saya jalan. Touching betul waktu tu. Macam terbayang-bayang je waktu tu. Segar depan mata saat-saat cekal tu. Dia jalan belakang saya sebab nak pastikan saya yang degil & xnk ditolong tu selamat sampai hostel. Kesian dia kan.



Tapi adalah jugak waktu-waktunya yang saya tolak ke tepi ego saya dan ajak dia seiring dan sejalan hehehehe... Paling touching was during recess sebab saya memang takkan jalan jauh ke dewan makan lah kan maka setiap hari akan dapat Cadbury untuk recess. Awak suwit gelap-gelap mcm coklatlah, Izo! Kadang-kadang dapat surat sekali tapi yang tu waktu pagi sampai-sampai sekolah ade surat & coklat misteri padahal tak misteri langsung dalam meja <3


hari-hari pun blackforest je tau... kasik la almond lak ke kan muahahaha




Ada satu kali tu dia siap pergikan hospital untuk amekkan panadol sbb sy demam. Suwit kan?! Eleh pdhal kite tau kamu saje nak eskep prep ptg kan??? Lepas tu passkan panadol tu waktu skolah esoknye. Erk, nape x pass malam eh? Sbb sy x g prep mlm kot... Lama lepastu baru saya ok. Laaama sangat sebenarnya. Bertahun-tahun, sampai masuk universiti.tapi sampai hari ni pun saya tak pernah bgtau Izo apa sakit saya. Saya taknak dia sedih. Redha je dia terima saya. Mulia kan hati dia kan kan kan. Sebab tu saya saaaaaaaaaaaaayang sangat kat dia! B, i touching ah dgn kasih syg u... muahahahha muntah skrg!



Haaa... Ingat lagi kisah satu budak nama Ahmad! Gaduh woo! Ngeh3... Nanti len hari cite lak sal mamat yang takde lam senarai jemputan Izo ke majlis kitorang tu nnt ek. Takpe Mad, ko rilek2 je sane... Nanti aku yg jemput ko. Hahahaha



Till ends, SELAMAT BERCINTA!

January 3, 2011

2 & 3 hari bulan Januari 2011

Semalam yang awalnya panjang sekali jadi cam singkat la pulak... Macam tetiba nak mandi kol seploh skali siap mandi dah kol doblas haha imaginasi sahaja.
Ahadnya bangun pagi & rutin. Just nice. Tengah masak cekodok skali gas habis daaa. Malaun betul huhuhu nsb baik sempat goreng nam ketul lepas la buat breakfast.
Tadek keje nak buat maka lepak-lepak je tgk tivi sambil makan keropok ikan segera cap keropok dan pinggan yang aan kirim waktu nak balik dari rumah dia hari tu. Kunyah-keropok-tonton-tivi sampailah kira-kira jam sebelas pagi (ayat pak polisi nak buat report wallet kena ragut) Doin sampai rumah. Dia ajak g lunch kfc je sambil tu g beli barang kat jayen batu kep.
Maka kenalah mandi. Lps tu trus siap g beli barang, makan kat cikenrice shop (asal ahad je mesti mkn tcrs pastu nyesal sbb lupa dessert dia hari ahad tak sedap huhuhu) pastu sempat g survey harga emas sebagai persediaan nak jual cincin hahaha choiii tipu! Persediaan nak beli emas tambahan ececeh ayat nak kena lemps haha tak la survey je harga semasa berapa senang nnt nak bersoal jwb dgn cik abg cekodok saya hehe
Lepas tu balik, kol dua sampai umah siap-siap solat zuhur kuar balik hantar doin g ladang tempat dia nak praktikal kat Gombak tu. Ok, fine! Touching gila tgk tempat tinggal yg dorang sediakan. Say... Mcm reban ayam je huhuhu sedih la pulak kan tapi dek kerana berkawan, dia xjd nak ikut sy balik & stay kat rumah ni. So kitorg keluar g beli tikar & apa-apa patut. Ye la takkan nak bentang narita tido tu atas kotor2 je kan. Memang xleh nak imagine la camne doin mlm smlm & seterusnya sampai hbs praktikan nnt. Semoga dipermudahkan urusan adikku.
Balik tu sampai rumah dah 6 lebih. Lps solat asar call ayah cite pot pet pot pet psl sdeh tgk tpt tinggal doin camtu. Takpelah nnt kalau x selesa bila-bila blh balik sini. Dekat je pun tapi tetap nak sedih-sedih jugak. Kalau tgk bersamamu tv3 pn bleh sdeh, nak tgk adik sendiri mcm tu lagi la sdeh kan kan kan... Ish, sepatutnya org tu ckp la xde sediakan tpt tinggal. Kesian ok budak-budak buat camtu =( ok, adik saya bukan budak, dia dah 23 & he is a guy! Syahdap yu!
Sebelum maghrin pampering myself sekali lagi tapi kali ni home treatment je. Mandi lulur & buat la ape patut dari hujung rambut sampai hujung kaki. Segarrrrrrr sebelum mulakan keje tahun baru kan hehe. Malam lepas call elun, nengok tv jap pastu tido... Cekodok nyum3 msg kejap-kejap je. Ok, tanak layan pun xpe! Haha mogok sudah...
Esoknya (yakni pagi tadi) bgn dgn segar bugar siap ckp kat diri sendiri "hari ni start keje tahun baru mesti buat semuanya yang terbaik, oke!" Hahaha poyozzzz lah pastu keje ko tak siap-siap jugak haishhhh bercinta betol nak siapkan skrip dwibahasa year 3 tu lah! Chaiyok3! Tinggal final chapter, mid-year & end-of-year je lagi. Ala, kira ok la tu tadi setel chapter 8 sampai 15 kan... Hehe ayat sdapkan hati la tu =p
So skrg adalah bersantai-santaian. Lps nagji td tulis blog sket sambil tunggu Isyak. Skrg pak bilal dah azan kat masjid bawah. Moh le solat pulak. Hehe idak le ke surau. Pompuan nak afdhal solat lam rumah lbh afdhal lam bilik. Hahaha tetibe alasan tanak g surau kan hahaha okeh, till ends, selamat malam, tidur nyenyak & jangan biar serangga katil gigit vontot waktu bobok =)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

January 2, 2011

1 hari bulan Januari tahun 2010

Memulakan hari dengan sangat baik. Azam tahun lepas, tak nak tidur lepas subuh masih diteruskan. Kalau tahun lepas sekali-sekala ade gak tidur pas subuh, tahun ni biarlah lepas subuh tu sentiasa je segar bugar.
Kol 7 memasak breakfast yang yummy! Bubur ayam cikD hahaha sementara tunggu masak kita kemas-kemas bilik kasi sapu habis rambut-rambut nan bergelimpangan atas lantai. Masalah rambut gugur kronik ni memang merimaskanlah!
Erkkk! Nasib baik x hangus bubur ku hahaha sengal! Lepas breakfast sambung kemas bilik, sapu rumah. Tenteram! Rumah dah sihat haha maka boleh continue mendobi dan terus mandi.
Eeh, 10 sudah huhuhu siap2 mana patut, keluar menuju ke rumah Aan si sahabat baik :) Misi pertama, g tailor utk tempah baju utk majlis akad nikah. Sharp @ 11 arrived @ aan's crib. Sampai je kat tailor akak tu sound "ha berapa kali tukar bas, baru hari ni nak sampai?" Haha pasai pa? Sbb dh booking sejak November oh, yeah! DONE @1230! Dah agak dah kalau dok kat tailor kompom sejam dua lah kan... Setel lagi satu hal. Nanti-nanti kau bayar je la harganya ngeeehehe
Lepas tu pickup meme n pergi lunch kat ayam penyet. Borak-banyak-makan-sikit tengok-tengok erkkk dah kol 2. Gerak balik cepat-cepat sebab kol 3 ada appoinment dgn Herbalife. Ok, kali ni 1st time pegi yang PJ pny outlet, baru bukak, besar punya! Haha
Sampai-sampai sana, masuk je parking vip trus ada satu bangla dtg tepi pintu bawak payung kubur bg kat kitorg. Layanan istimewa di muka pintu la konon. Masuk je sana terus rasa rindu kat Herbalife Kuantan, waktu zaman gagah pergi buat facial sosorg lps balik keje. Huhuhu
Treatment berlaku tapi tak seheaven Herbalife Selayang & Kuantan la. Dapat relaks & tido jap je waktu masker. Waktu lain beautician sebok tanya itu ini begitu begini sambil bebel sbb saya dah 13 juta tahun tak buat facial. Bizi lah! Tapi walaupun tido kejap tetaplah mulut ternganga sebab masker tu da pecah-pecah oh yeah! Hehe
Setel sume treatment sekali dgn fish spa dia tu dah kol nam lebih. Nak p ke kete yg kurang 5 langkah tu pun bangla tu iring oh yeah! Lepas tu balik rumah aan solat asar, diner & solat maghrib. Sempat la jemput family aan utk kenduri nnt. Kad mcm biasa la, da siap baru bagi hehe
Kol 830bergerak pulang ke rumah. 915 sampai & terus mandi pastu menonton tv. So skrg dah landing atas kekatilan untuk pentiduran. Alhamdulillah, hari ni semua plan jadi :)
Tuan tunang hilang hari ni. Subuh tadi ada bbm dua tiga kerat. Dlm kol 8 dia ckp nak g keje. Okeyh! Bbm pun masih sampai. Tgk dia read pn dh puias hati dh, xyah reply pn xpe. Tp start kol 3 bbm dh x deliverd. Tunang hilang... Huwaaaaaa! Sms pn x reply (xtau smpi ke x), call pn x jwb. Nak kata bill barred, ade je bukti-bukti bil masih under control lagipun dia baru kje byr bi pon! Ok, nng g tanya lagi. Skrg ngantuk, tido dulu.
Assalamualaikum :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

January 1, 2011

Selamat jalan 2010, usah rindukan saya :)

Selamat datang 2011.
Banyak yang tertinggal dalam tahun yang berlalu. Ada manisnya, ada masin pahit kelatnya.

Januari 2010;
Izo datang ke rumah bertemu mak dan ayah menyatakan hasrat melamar saya menjadi his other half.
Poja (kezen terbaik) & Ezriq juga selamat diijabkabulkan.

Februari 2010;
My 1st visit to PIL-to-be's. Alhamdulillah semuanya dipersetujui. Ahaks, dpt menantu ustazah (ke???) sbb waktu tu sy masih mengajar di kolej Islam.
PIL-to-be dtg berkenal-kenalan dgn mak & ayah + merisik
1st stage interview & written test kat OF :)

Mac 2010;
2nd stage interview OF which means kau memang dah dpt keje tu!
Kena tegur dgn hantu kat office lama lepas solat zuhur. Eeeeuww scary ohh!

April 2010;
"Sakit" itu datang kembali...
Dapat appoinment letter from OF :)
Hantar resignation tender to KIP :)
Ramai anak-anak murid lulus paper Stat walaupun penurunan berlaku berbanding semester lepas.

Mei 2010;
Start keje kat OF :)
Good salary, great environment.

Jun 2010;
"Sakit" maha teruk :,(
Engaged to the apple of my eyes -Izo :)
Turn 25

July 2010;
Jose 1st birthday :)
Dugaan bertunang yg dtg keterlaluan awalnya

Ogos 2010;
Short holiday dgn mak & ayah to their fav land; Cameron
Bulan puasa yang menguji kesabaran seorang fiancee

September 2010;
Raya yang menyakitkan hati sbb 2nd world war masih berlangsung dgn tuan tunang + might be my last raya with family -pas kawen dh kena bahagi2kan masa :,(

Oktober 2010;
Gaduh paling besar yg memang cam bongok!
Keje banyak membukit sampai xde life & tertekan!

November 2010;
Confirm jawatan kat OF oh yeah (yang xmungkin akan dpt kalau stay kat KIP sampai tahun dpn pun!)
Berbaik2 dgn tuan tunang: bongok kan gaduh sampai berbulan2?!
Decided tarikh2 nikah & reception
Ayong dpt keje :)
Masih sibuk & mmg xde life langsung!

Disember 2010;
Dah habis sibuk :)
Mula buat persiapan2 utk pink day
Ateh dpt offer degree
Ayong dpt offer master & cuti belajar
Sy dapat bonus baaaaaanyak oh yeah!

Januari 2011;
It just start today! :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers