September 29, 2010

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST

Semalam teringatkan Tamagochi saya; anak along yang saya jaga sejak baru lahir sampai saya berpindah dari Kuantan ke sini.

Rindunya.... Dah besar dah dia sekarang, dah nak jadi kakak!


Lunch break semalam saya buat blogwalking, terjumpa contest ni.

Bertamhan membuak-buak rindu kat Tamagochi maka saya putuskan untuk join contest ni...

Semoga Auni Irdina membesar jadi muslimah yang mukminah (dan comel macam Angah La hehehe)


Here goes the rules and regulation untuk contest dari blog contest4anas ni.





Contest dibuka sejak lepas raya hari tu, 20 September sampai 20 Oktober 2010 nanti.

Hadiah datang dar Shanghai... Menarikkan!


Ada 4 kategori dipertandingkan iaitu

(1) 1A Little Muslim for 1-day-old to 3-year-old

(2) 1B Little Muslimah for 1-day-old to 3year-old

(3) 2A Little Muslim for 4-year-old to 6-year-old

(4) 2B Little Muslimah for 4-year-old to 6-year old


So for Tamagochi tersayang saya kena join kategori ke (2) sebab little muslimah saya ni baru berusia setahun sembilan bulan.


Untuk join mula-mula kena jadi follower kepada penganjur iaitu


seterusnya add kedua-dua blog ni ke blogroll kita.

Saya dah follow dan dah letak kat blogroll tu tanpa removal sampai bila-bila!


Dan pastilah kena buat contest yang bertajuk seperti contest ni kan... hehe


Pastikan banner contest diletakkan di post dan side bar sekali ye!
Kemudian uploadlah SEKEPING gambar little muslim/muslimah yang tersayang tu dan sertakan butiran-butiran lengkap si comel.
Nama: Auni Irdina Binti Mohd Aidil
Tarikh Lahir: 11 Disember 2008
Umur: 1 tahun 9 bulan
Kategori: 1B
Harapan: Semoga Tamagochi cang tersayang menjadi muslimah mukminah serta contoh teladan yang baik untuk adik-adik. Belajar pandai-pandai macam abah dan umi kamu. Jangan lupakan Angah La yang jauh hehe *panjang pulak harapan daku untuknya*
Kemudian saya berbesar hati menjemput elun, wankemo, hudarling, nuruldiyana, asada dan semua rakan-rakan blogger untuk join contest ni.
Buat kak jemah viruspadu, joinkanlah nica & anoi untuk contest ni... muslimah mukminah gitu hehe
kawan-kawan jangan lupa tinggal link kat penganjur ye!
Selamat mencuba dan semoga berjaya!

September 27, 2010

sedap jugak...

kalau dapat makan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dengan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEKARANG
ni....
SEDAP JUGAK!
walaupun baru lepas heavy lunch tiga jam sebelumnya huhuuu
sekadar gambar hiasan:
tadi saya tak makan ni pun waktu lunch
tapi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya minum limau suam abang cafe baru
yang ade umphh!
tetiap hari!
p/s: saya bukan lapar, saya cuma bosan!
sekian...

September 24, 2010

Syawal in pink

Haaa.... dah tetengah Syawal kan kan kan...
Dah 15 Syawal 1431H kan kan kan...
Lambat la kan dpd orang lain-lain kan kan kan
Maka tetengah raya ni la baru nak post gambar raya kami sekeluarga
Pakcik Hassan dan Cikgu Puziah...
Yang ni gambar dengan anak-anak gadis... Ha... Gadis kan kan kan
Dari kiri (sgt klise oke format ini!): Anak gadisnye yg bongu (yakni daku la tu hehehe); Angah, mak, ayah, anak gadisnye yang sulong; Ayong
Kemudian dengan anak bujang pulak... Ups, para anak gadis di atas tadu juga masih bujang kedua-duanya ye tuan-tuan dan puan-puan...
Belakang dari kiri: Ateh & Atam
Depan dari kiri: Adik, ayah, mak, Acik...
Gembira suka ria rela kan adik-adikku nan merayakan baju raya pinky pinky itu hahaha ace korang teka sape abang sape adik?? Sila jgn bg jawapan 'adik ialah adik' kalau rasa-rasa cam mekdonel lagi sedap dpd penangan hihihi
Kami sekeluarga mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!
lagi klise tak tahan huhu
gambar lagi? boleh tengok kat bukumuka saye
erkkk... ni sape pulak?!!


"Bapak kamu nama sapa? Hassan Basri ke? Bukan?!! Hah, tak boleh masuk dalam gambar! Tolong amek gambar je boleh!"

Nantikan kemuculannya di gambarajah raya tahun depan!!!
Habis la kena buli kau dgn empat abdulku nanti yeebaaa suka suki terbalas dendam! heheh



p/s (1) dari kiri tak afdhal langsung! lepas ni mulakan dari kanan!
p/s (2) kalau tahun depan dan seterusnya tak beraya kaler pink pon, idak le kempunan daku huhu
p/s i love you... apakah???!!!

laziness pay off??

Hari ni hari apa, anak-anak??
JUMAAT!!!!
Cuba eja Jumaat, anak-anak...
J.U JU M.A MA A.T AT JUMAAT!
Bagoosssssss, anak-anak!!
Ha, siapa malas hari ni, angkat tangan...
Kalau malas, tak payah la angkat tangan huhuh
hari ni saya sangatlah malas tahap takboleh berdikari langsung!
Maka oleh kerana tak boleh nak buat macam ni...
Apatah lagi macam ni...


Saya cuma mampu buat macam ni je... Sedih kan kan kan??

Hari Jumaat adelah kasual maka boleh pakailah pakaian tak menjolok mata yang sesuai untuk berjimba selepas habis waktu kerja...
Oleh kerana malas maka angkat kaki ke atas kerusi dan garu-garu celah jari sambil tulis blog...

Selain itu????
Ha ni mengadap timbunan kertas kat depan ni sejak tadi dah kuar masuk bilik boss dan boss pon dah ulang alik ke tempat saya dan bundle-bundle pile-pile buku sume dah masuk-masuk-masuk-masuk meja saya ni... tapi saya tetap dengan buku 1st yg saya bukak awal-awal 730 a.m. tadi kat muka surat 6... Hambek kau!
Malas tahap ape ni ohh???!!!



Setelah meneliti kriteria-kriteria di atas maka saya dengan berbesarhati menganugerahkan...
Jeng! Jejenggggg!!! *bergema oke!*


kepada diriku sendiri...
S.E.K.I.A.N!

September 23, 2010

korang ade mcm ni?! hehe

haaaa... korang ade gini? ade? ade? ade kedai sendiri cam kitorang? haaa gitu kannn kalah mama ciken rice LO kate ko hehe

alkisah die cenggini tadi balik saye tgk ade notification twitter saye kan... so tgk judeng ade amek satu gambar muahahaha gelak guling2 kot nengoknye...

hais bace le sendiri!
sila baca dari bawah yer... kita ikut style nippon gitu...


lepastu yang ni juga ala jepon...

dan akhir kata yang ini pulak.. hehehe sila baca dari kebawahan jua...

ha ade? ade? ade? korang ade kedai sendiri? ade? tadek kan? kan? kan?
kitorang ader... modal takyah keluar kot muahahaha (gelak cik izo yer ni kawan2 semua!)

yang paling tak tahan ialah nama kitorang dua tu siap betul eja lak tu muahahaha sekali lagi...

tak tahan... tak tahan... cemane ni cik? hhuhuhuhu i masak pon gred x sampai A lagi ni cik... boleh kite berkedai makan ayam penyet gitu ohhh



kawan2 semua jemput datang makan kat kedai kitorang yerp! pecal kitorang terbaikkkk

ROTFLMAO!!!

lepas ni judeng harus kau angkut kakak kau dua orang ni lalu depan kedai itu huhu lalu je ke? erkkk kalo makan nnt kena mandrem dok?? huhuhu

September 17, 2010

Strategi Syawal 1432H nanti

Hari 1st masuk office.... tadaaaaaaaaa!
1 ready tittle + 3 return titles = 4 titles + 1 title yang masih dgn Datin boss (I like!)
Maka dengan segera saya capai BB dan text di twitter
i swear i WON'T cuti lama-lama lagi!
begitu juga bunyi status di YM yang mengundang gelak ketawa rakan-rakan sealam cyber!
Dan demi kerja yang tidak mungkin pernah susut ini, saya layan kalendar untuk raya tahun depan yang jatuh pada Ogos 2011 bersamaan Syawal 1432H
(sebenarnya nak layan kalendar untuk bg dateline kat author hehe)
Dapatan/Analisis Kajian adalah seperti berikut:
(1)
28 & 29 Ramadhan 1432H = Sabtu & Ahad
30 Ramadhan 1432H = Isnin, 29/8/2011 = cuti perayaan
(harus kompiden MD akan bagi full day!)
(2)
1 Syawal 1432H = Selasa, 30/8/2011
2 Syawal 1432H = Rabu, 31/8/2011 = Hari Kemerdekaan Malaysia
Maka,
3 Syawal 1432H = Khamis, 1/9/2011 = Cuti ganti Merdeka
(3)
4 Syawal 1432H = Jumaat, 2/9/2011 = mintak cuti la sehari je kott
(4)
5 & 6 Syawal 1432H = Sabtu & Ahad kembali~~~
Kesimpulan Kajian:
Mintak cuti hanya untuk hari raya keempat yakni selama satu (1) hari tetapi anda akan bercuti selama 3 + 6 = 9 hari; 3 hari masih puasa dan 6 hari seterusnya ialah beraya yeebaa!!
~~~
Maka cuti yang 24 hari selebihnya bolehlah dibajetkan untuk hari-hari yang sebelum atau selepas rayanya nanti hehehe
Selesai!
~~~
Upsss! Raya tahun depan turn raya rumah mak siapa dulu?! *gulp!!*

September 6, 2010

16 Jun 1985 = 27 Ramadan 1405H

so today is Ramadhan 27, 1431H.... and I am 26-y-o based on Hijri calendar~~~ well folks, I was born 3 days before eid back in 1985! Macam yang Poja cakap, "you lahir dalam bulan yang takde setan kan???" hahaha wtf!

so I'm celebrating it alone with sore throat, headache & flu fever ='( x sabar nak balik rumah dan potong kek macam berbuka tahun lepas.

so folks, check out your birthday in Hijri and let's celebrate double birthday every year hehe

September 5, 2010

contest PINK ITU COMEL by MIZZPALINRIBENA

ini ialah hypo milik cik sarah adik encik izo yang sangat-sangat sukekan pink!


penat cari gambar Boukenger outing yang pakai sweet-sweet nak mamp*s punya pinkish itu tapi tak jumpa huhuhu maka...
ini ialah saya pada hari ke dua hari raya tahun lepas sebelum berangkat pulang ke rumah opah
maksudnya ni ialah baju raya pink yang nombor dua hehe
setiap tahun ialah perayaan berwarna pink punya pakaian!
lebih seronok tahun ni satu family will be wearing pink!
tak sabar nak tengok 4 Abdul berbaju pink hehe


Contest kali ini ialah anjuran MIZZPALINRIBENA yang ada lagu super comel itu... Sila lawati untuk dengar!

Quote saya ialah "I'll pink your everyday with my pink smiles, promise!"
dah macam janji manis mu dah ni tapi betul la, smiles saya ialah pink!

Kemudian saya nak tag pula kak jemah viruspadu yang suke fink to the fullest itu, thepinkstilettos yang juga penggemar pink dan seorang lagi cikHanisZalikha untuk contest ini...

Dan dah taruk banner dia kat side bar juga~~~

Anda Dan Polcadot Shawl

Hari ni dah 5 September 2010 kan? kan? kan?
Dah kol 10 am tepat pon...
Contest ni dah nak tutup pun...
Tapi nak join jugak!



  • Contest anjuran cik OhhPupel yang sangat suker kaler purple *malangnyer saya cuma ade shawl kotak-kotak je yg kaler pepel huhu*
  • Contest adalah selama sebulan yakni sehingga hari ini *huhu saya ialah lambat teramattttt*
  • Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan *ececeh ayat iklan oh*
  • Kena bagitau kenapa saya suka pakai shawl polcadotdotdot yang ini. Ohh mudah dan tepat lah sebab ini ialah shawl kesayangan + shawl pertama yg saya beli waktu mula-mula berjinak-jinak dengan dunia keshawlan... Sampaikan sekarang soalan "Cik D dah tak pakai tudung biasa dah ek?" atau ayat-ayat "Kite tak reti nak pakai shawl mcm kamuuuu..." atau "Ajar akak pakai tudung lilit-lilit cam awak" adelah lumrah hidup duniawi saya. *apakah??*
  • Kemudian kena tag tiga org kawan maka saya nak tag Nuruldiyana opismate terbaekkk yg sama cam saya suker pakai shawl, CikguElunnisak serta CikHudarling yang juga kwn baik saya back in school....
  • pastu kena letak banner kat sidebar... mcm biasalah ni syarat mesti ada kalau tak xde la nampak yang peserta menyertai contest kan... so banner saya letak kat kawasan yang sepatutnya tu ek.

So since da kesuntukan masa, ade dua gambar je yg sempat upload... *gigih nak join jugak demi menambah koleksi shawl walaupun semalam baru beli 3 lai lg huhu*


kalau hati cik penganjur baik, boleh rujuk entry contest sebelum ni atau full entry tentang sesi photoshoot dgn waktu saya pakai shwal polcadot ini. *kredit to wan kemo, my photographer!*

September 3, 2010

CikDiL chantek ker???

Hari ni nak join satu contest.
Alasan: Hari ni rasa diri tu chantek ROTFLMAO!!
Boleh terima tak alasan saye? Ah, terima jugak haha.
Contest anjuran Cik Nurulhuda (name cam name Datin Bos saye hehe)
Senang saje contest Cik Nurulhuda ni... Boleh rujuk blog beliau.
Nak empat keping gambar diri sendiri yang feeling-feeling chantek gitu!
Lepas tu??? Hehehe saya gigih letak gambar banyak-banyak...
Jangan kena rejek... sudey! Hehe

Here goes gambar-gambar for 2 events.


Ni gambar sehari lepas kuar spital... Masa CikDiL dipinang Cik Izo



Ni masa kuar makan-makan...

Kalau tak menang dua-dua... Satu pun jadilah hehehe demand!
By the way, nak thanking the photographer for all the photos...
Kalau nak hire beliau untuk apa-apa upacara, boleh lawati blog beliau. You make a good photographer, dear!

Mak...

i don't have the heart to hurt you
it's the last thing i want to do
~~~

5am. BB menyanyi.

"Assalamualaikum. Dah sahur?"

"Waalaikumsalam. Dan sahur dah. Nape mak?"

"Kalau mak tuangkan minyak, agak-agaknya nak balik tak minggu ni?"

"Bukan sbb minyak mak tp kan Rabu depan dah balik raya."

"Oooo nnt kau penat. Pastu sakit kaki and sakit belakang kan!" Mak gelak. *Perli saya macam orang tua-tua selalu sakit-sakit badan.*

"Nanti g kerja baik-baik. Hari ni g kol bape?"

"Mcm nak awal sket kot. Boleh jalan slow-slow."

"Reti ke nak bawak slow-slow? *perli lagi* Kau jaga diri baik-baik ye!"

"Thanks mak. Mak pun sama! Bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Byebye~~~" Mak sangat riang. *Atau buat-buat riang supaya saya sama-sama riang?*

Sampai office, saya SMS mak.

'Mak sayang, don't worry much. I am all oke over here. Promise!'

'Mak tahu anak mak mmg steady.' *saya tahu mak tahu saya tipu!*

M.A.K; that's how I spell "kekuatan"!
Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers