October 29, 2011

Happy 5 Months' Anniversary, B!

Oh suami ku,
ku hanya ingin kau tahu...
Walau betapa lewat pun pulang mu dari kerja,
 daku tetap akan menantimu...

Oh kekasih awal dan akhir ku,
ku juga ingin kau tahu...
Walau betapa gumbiranya hatimu mengejekku setiap waktu,
daku tetap marah-marah sayang cuma padamu...

Oh teddy bear dedemok dedempol ku,
ku ingin kau tahu lagi...
Walau betapa kuatnya keinginanmu untuk berdiet,
daku tetap akan memasak buat diri ku mu...

Oh kasih, sayang, cinta ku,
ku mahu kau ingat selalu...
Betapa daku cinta pada mu,
lebih dari yang dulu-dulu...
Dan betapa kasih sayang ku hanya untuk mu,
sejak dulu hingga hari ini malah selamanya...



"Sejak dulu terkenang-kenang,
Hingga kini masih mengenang"

Ececeh pantun dua kerat katenye....


dulu tunang sekarang isteri


 Owh abang... Abang patut bangga punya adik seiras artis!

Owh matik la muntah darah UA tengok caption gaya gitu!
It was waktu pak imam setel-setelkan sijil sume rasanya
Ada bonda, ayong & along
Ima nyuruk blakang vrontot pengantin mungkin perasan nak snap gambar dia amek berkat



dag dig dug di dalam dada, jantung berdebar~~~

Ececeh, gatai!

October 28, 2011

jatuh cinta sekali lagi

Saya sudah jatuh cinta... Dengan benda-benda comel ni!

Kan orang kata pakaian-pakaian jagan beli awal-awal kan...
Ok, beli rompers je 8 helai hahaha
Pastu last week singgah kat website ni
Alamak terberkenan pulak botol susu tu...
Mula-mula pilih kaler gelap2 sikit tapi Rabu tu dorang call
cakap out of stock of the week
So since memikirkan mmg nak beli 3 botol
So amek la 2nd choice 


Hurmmmmmm....
Xpuas-puas lagi! Hehe




So nak hantar taska nanti 2 botol is enuf kan?
Takkan la cikgu dia x basuh botol lps kasik minum
Ye dak?

Hurmmmmmmm ni dah sedikit lega lps amek tips-tips ttg EBM storage dll
Thanks Abg Bob & wife; Kak Fiza
Saaaaaaaaaaaaangat Friendly baru 2nd time borak dgn kak Fiza ni...
Bersemangat pulak nak exclusively breastfeed baby Z
Eeh, baby Z? Hehehehe rahsia~~~~

Belog dah start jd belog mak-mak dah ni...
Oklahbai! 

October 27, 2011

Thoughtful Thursday #1

Setengah tahun sudah berlalu...

Semalam deepavali wordless wednesday maka tak boleh tempek entry membebel panjang2... Eh, kaitan?
So kita tempek je hari ni untuk coretan tentang tarikh 26 semalam la tu...

Semalam, Rabu, 26 Oktober 2011, genap 6 bulan = setengan tahun saya selamat menjalani disectomy.
Alhamdulillah, pada usia 26 ini, saya diberikan kesempatan merasai nikmat diuji dengan pembedahan.
Eleh, ada orang sejak lahir dah berkali-kali dibedah, tak kecoh, pon!
Mungkin la saya terlebih kecoh tetapi apabila betul-betul berdiri dalam kasut sendiri eh ayat ape ni?! perasaannya sukar untuk diucapkan...

Ingat lagi usai menerima keputusan MRI Scan. "You have to wait 2 to 3 years to get pregnant!"
Jiran tetanggga pulak me'rumours'kan, "Anak cikgu tu tak jadi kawin, tangguh majlisnya..." atau "Dah sebulan dah kat hospital belum keluar lagi tak boleh berjalan..." dan lebih dahsyat, "Ish, mesti tak boleh mengandung dah lah tu!"
Ayah senyum, emak ketawa, kakak dan adik-adik yang masih darah panas menggelegak je yang kadang-kadang sentap!
Saya? Berita-berita macam tu la yang buat saya nak lebih segera sembuh.

In fact, sehari selepas pembedahan saya dah berjalan pun...
Tapi haruslah dengan bantuan orang lain *terima kasih daun keladi semua*
Cuma hari ke 3 & 4 yang terlantar kesan ubat yang tak sesuai buat saya muntah sepanjang hari.
Dan sebulan tiga hari selepas disect saya selamat diijabkabulkan dengan lelaki paaaaaaaaaaaaaaaaling saya admire sejak awal remaja lagi... Oh, paling tu over! Hehe
The most happiest is enam bulan selepas disect saya dah pun hamil 4 bulan setengah!
Kata-kata tuhan kan jauh lebih bermakna!

Bila saya renung lama-lama, jalan hidup saya sebenarnya sukar...
Tapi setiap kali tiba saat saya putus asa, Tuhan pasti gugurkan sekuntum bunga.
Wangi.
Segar.
Lantas saya cepat sedar, hidup ini hadiah yang indah!

Saya selalu fikir, mungkin tuhan bagi baby ni sebagai satu cara untuk cepatkan penyembuhan saya.
Macam mana?
Dengan semangat...
Kalau orang lain pada usia kandungan hampir ke penghujung baru nak sakit-sakit pinggang lenguh-lenguh belakang...
Tapi saya sejak usia si anak baru 10 minggu dalam kandungan saya dah mula menangis-nangis tak larat bangun dari pembaringan.

Kadang-kadang saya rasa serba tak kena.
Orang selalu kata, "kalau mengandung memang macam tu!"
Tapi pendapat saya berbeza.
Dan saya selalu jawab semua, "dont blame my pregnancy!"
Kalau baby dengar nanti kan dia kecil hati...

Entahlah...
Ramai yang kata semangat saya kuat...
Tapi ramai yang tak tahu saya cuma buat-buat kuat *big grin*
Kadang-kadang bila sakit dah tak tahan, saya buat-buat tak tahu saja.
Nak ke hospital memang tak lah!
Selagi saya boleh tahan, saya akan tahan, taknak baby merasa bahan-bahan kimia ubat-ubatan yang saya perlu telan.
Mommy rela sakit, asal anak sihat :)

Bila tengok dia melompat-lompat berjimnastik dalam kantung rahim saya, doktor selalu kata, "Dia tahu emaknya sakit sebab tu dia aktif, taknak emaknya sedih."
Eh ye ke? Kalau anak tahu, baguslah....
Mommy bukan sakit sebab kamu, mommy memang sakit sebelum mommy "jumpa" ayah kamu... Ehem... Ehem...
Nanti bila kamu besar, kalau mommy dah tak boleh bangun, kamu mesti jaga ayah macam mana ayah jaga mommy, ok, baby?!
Haaaaaaaaa... Mcm tu lah anak mommy!

Above all, saya syukur sangat sebab berjaya lalui enam bulan yang sakit ini.
Sumpah, sakit! Eh, salah! Alhamdulillah, merasa jugak nikmat sakit!
Sekurang-kurangnya saya tahu siapa yang betul-betul sayangi saya...
Dan paling penting saya tahu setinggi mana balasan kasih saya pada mereka-mereka...
Terima kasih tuhan sebab letak saya dalam golongan yang berjaya untuk lalui ujian ini (setakat ini)...
Saya harap hari-hari yang akan datang saya akan kembali pulih... Macam dulu!

Boleh solat sempurna tak perlu duduk lagi...
Boleh jadi driver angkut adik-adik kemana-mana merakan sebut nak pergi...
Boleh angkat barang dan buat kerja berat supaya tak bebankan suami...
Boleh lompat-lompat dan berlari untuk ekspresi kebebasan hati...
Dan boleh sempurnakan tanggungjawab sebagai khalifah, isteri, anak, kakak, adik, kawan malah mommy untuuk cikenit yang bakal lahir nanti...

Rindunya saya pada zaman tahan sakit gamble ke sana-ke mari.
Tapi zaman sakit begini seronok juga sebab semua orang beri perhatian untuk saya.
Kalau dulu bila cakap, "sakit sikit je..." semua orang ambil sebagai 'sikit jer..."
Tapi sekarang jangan harap ada yang percaya walaupun betul-betul 'sikit je...'

Indahkan ujian tuhan? :)

October 26, 2011

Wordless Wednesday #1


by Zazadin my wedding photographer

Laughing out loud? Lots of love?

LOL LOL LOL! Wakakakakaka
Ok, itu kedengkian! Heheheh

Oh dan sebenarnya~~~ KEBOSANAN!

Ahad lepas UA tak g training.
Sebabnya?
Celik mata je terus tak leh bangun.
"Perut kite sakit... Belakang lagi sakit," cakap terus sebaik UA keluar dari toilet.
"Sangat ke?"
"Takleh bangun ni..."
"Oklah, B x g training!"
"Sdeh la cani kite baaaaaanyak nk setelkan hal rumah hari ni..."
"Ah, xde xde xde! Jap g kang B kemas-kemas, syg duduk je!"
"Habis nanti Rabu ade game tak g training camane?"
"Alah, B kan terrer*blagak!!!*!"

So dek pengorbanan itu, hari ni kena la ikut dia ke game ini.
Boring jugak laki punctual ni!
Dorg janji kol 8 kat sini ni dah 815 hareeeeem batang hidung saya n UA je yg boleh dilihat.
Nasib baik team lawan blom datang!

Eh, tapi gile nak gelak LOL la kat UA sebab semalam sebok la nak lawan la hape la da lame tak lawan kan konon g la kuar beli lens skali baru nk masuk kdai tu cikgu dia msg, "Izhar esok tak lawan, jd wasit juri ye!"

LOL beria nak blagak depan isteri nak lawan skali watak wasit juri je hari ni hehe.
Tapi like feeling good gak la sebab selama kawan-cintan-kawen ni asyik tengok dia pakai baju pendekar je kan.

Ni 1st time nak tengok dia pakai baju wasit juri yg putih bersih ni.
Sampai sakit-sakit pinggang-vontrot bagai la semalam jahitkan lencana kat baju baru dia.

Hurmmm ok lah, nanti bosan-bosan di sini kita twit-twit pulak.
Eh, tapi dah alang-alang di Cheras ni bagus jugak kalau dpt melawat si adik di UPM sanun...
Ke tidak?

Owh, anyway...
Sepertinya xde kaitan tajuk & gambar dengan entry!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

October 25, 2011

7 kebaikan menangis



7 kebaikan menangis

1. Membantu penglihatan
 Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi dan mengembalikan mood yang lebih baik.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.


5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan hubungan Silaturahimi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.


sumber: acidplus.org

October 24, 2011

Cuti-cuti cinta~~~

Weekend yang berlalu adalah yang paling heaven...
Yang boleh buat saya blame diri sendiri yang selalu blame dalam hati kesibukan UA
Kerja... Kerja... Kerja...
Saya rasa mcm tak nak Isnin yang ni datang :)

Jumaat UA balik awal (ok, consider 930 p.m. is awal for him)
Saya siap tunggu dengan macaroni goreng terlebih pedas as requested
Saya makan 2 mangkuk, UA makan 4 mangkuk the rest
Heaven!

Lepastu golek-golek atas katil belek-belek baju si kecil
Ok, awal sangat kot beli tapi hati tak tahan ohhhh!
Beli online jer tapi quality ok lah
Carter's... Semoa romper untuk pakai siang
Hadoi la anak mommy lepas ni kita beli pyjamas je kuat jalan la nampaknye!  EH??

Sabtu UA tak ke mana... GUMBIRA lompat-lompat si isteri!
Lepas Atashinchi, saya buatkan regular breakfast
nuget, wedges, macaroni baki semalam dan milo panas kesukaan UA
Rutih Sabtu, makan breakfast dengan Shaun the Sheep :)
Lepas tu UA offer diri nak basuhkan dish & kemas dapur tapi hampeh hehe

Lepak-lepak kejap then UA tertido
So saya bangun basuh kain sikit, sidai kain, cuci pinggan, cuci dapur, kemas bilik & ruang tamu
Pinggang pun sakit... Oh, bukan pinggang, spine terus!
Skali dengar azan Zuhur
Terus kejut UA... Nak aih lamanye beradu!

"Sayang ni tak tau hargai hari cuti la..."
Hehe banyak la tak hargai...
Perempuan ni cara dia hargai cuti macam ni la...
Setelkan semua hal rumah tangga!

"Kite nak mintak cuti, cuti prepare lunch!"
"Ok... B masak! Sayang nak makan nasik goreng B x?"
"Nape B tak makan ikan eh?"
"Tak dap!"
"Sayang nak nasik ngan ikan ngan kicap!"
"..."
"Ok la ok la nasik goreng laaaa"
Hahahahaha

Heaven betul sehari berkurung dalam rumah dengan suami.
Sure jirang anggap kitorang balik kampung minggu ni
Eeh dah mcm pantun pulak dia jadi
Hihihi

Lepas tengok M3 cerita pasal Boboiboy sambil diner makanan berkhasiat oat
saya tertidur depan tv
10x++ la UA kejut tetap berlengkar lagi
Lastly dia tutup lampu kipas tv
ajak saya masuk tidur sekali
Haishhh bila la nak merasa darling carry ni?
Eh, macam pantun skali lagi!
Hihihihihi 

Ahad bangun pagi sakit perut sakit spine lagi
UA terus cakap "malas la g training pagi ni"
Alamak! "kasik tau cikgu dulu. minggu depan game, minggu ni suka suki tak training."
Terus msg cikgu bgtau "Saya tak training, Dila sakit pusat"
Wakakakaka suka tau perkotak-katik pusat isteri!

Breakfast tu UA sediakan
Beli rot can & roti telur eheh yummylicious betol!
Milo pon UA buatkan, pinggan pon UA setelkan...
Mulianya suami!

"Hari ni sayang baring je... meniarap pon jangan!"
"Eh rumah ni dah macam zoo, b tak nampak ke?"
"Takdelah, mcm rumah org bujang je!"
"Hah?! Alamak rumah bujang lagi teruk daripada zoo..."
Hahahahaha
"Cuba b tengok lantai kita ni... bukan takat sampah je, macam-macam ada!"
"ye la... sayang dengan b pon ada atas lantai ni...""Sudah la! Main-mainkan isteri!"
"Alah takyah la nnt b buat semua sekali..."
Owh cium suami 3x kat pipi!

October 23, 2011

RDC (13)

Wah wah wah gedik pulak nak sambung RDC hehehe... Sebenarnya dah tak tahu nak cerita ape...
Oklah sal berkenalan dgn family la pulak...

Back in December 2009, end of December UA amek cuti sehari. Pagi-pagi dia dah siap-siap semat-semat keluar rumah tadek je nak kasik tau mak ayah dia nak g mana tp dorang kata dorg dah agak nk jalan jauh sebab UA ni jarang bangun pagi ah kantoi sudah!hehehe... Dia amek bus ke rumah saya. Memang saja suruh naik bus sebab ptg tu saya nak ke KL jugak so boleh kapul saje. Sampai rumah saya dalam kol 9 gitu mak terus kasik UA makan minum. Owh, dat day adik kesayangaan saya yang bulat tu ade minor surgery so ayah dah pagi-pagi keluar bawak dia ke hospital. So UA adelah menunggu ayah balik saaaaaaaaangat lama. Mak pulak saya rasa sebab 1st time kot org nak tanya-tanya anak dia so mak borak la benda2 lain hahahaha lawak je!

Then at 2 ayah balik. Waktu tu mak dah hidangkan UA minum petang dah. Eh, awal kau minum petang eheheheh... Sambil minum2 tu tetpba ayah direct je tanya
"Izhar dengan Adila ni dah betul-betul ke?"
Ah sudah salah soalan ni... UA pulak dok sengeh sahaja sabar je la... Pastu dlm kete sebok cakap sebenarnya dia nak jawab, "kalau tak betul, xde saya berani nak jumpa pakcik!" hahahaha pastu dh kawen nak nasiha pak mertua suruh g klinik pon takot... choiiii!

Skali lam kete UA tanya, "Cane eh nak kasiktau mak bapak?"

"Choiiii kamu x kasi tau lagi kerrr?"

"Suruh Wawa la tolong bgtau eh?"

"Hah sudah! Kamu ke wawa yg kena kawen dgn kite ni?"

"Ala takut laaaaaaaaaaaaaa"

"Ah tak payah mengada! Jauh kot nak pusing g London dulu baru balik Mesia semuala!"

"Ye la nnt saya kasitau la..."

Waktu ni masih saya-awak lagi ohhhhh
Balik tu sampai rumah dah dia tertakut-takut nak sampaikan buah tangan mak saya hehehe
Kang katenye g kenduri kang pelik pulak manede org kenduri hari Rabu gitu dok
Malam tu lepas Isyak dia kasiktau parents dia "Abang nak kawen!" agaknye la cakap camtu hehehe
Malam tu saya msg dia tanya apa parents dia cakap.
Kata si emak: "Pandai-pandai kau pergi jumpa mak bapak dia tak bagitau mak dulu eh? Nanti bawak balik biar mak tengok budaknya..."
Kata si bapak: "Baguslah ape nak tunggu lagi... Abang pon dah dewasa, dah kerja... Kawen je belum..."

October 22, 2011

Katil pengantin uncle abang...


Saje nak tayang katil pengantin yang masih suci (masa tu lah hehe) lagi menyucikan ilham pengantin yang sakit ini sendiri

Susun kelopak bunga supaya jadi bentuk camtu...

Lepas akad dah boleh tayang sijil sekali

 
I suppose to have gambar full
sekali dengan tirai DIY belakang tu sampai bunga kat hujung katil tu
tapi mana pegi eh gambar tu?

BTW, semua hasil kerja tangan & ilham sendiri (read: saudara-mara)...
Bunga tangan yg kat tetengah tu pon mak long saya yang gubah
Same la dgn bunga katil tu
Nais kan?!
Mak long saya mmg pandai gubah bunga
dan selalu menang pertandingan *sila up*

risau ittu tanda sayang... eh, bukan cemburu ke?

Hampir 4 bulan tidur sebantal baring sekatil dengan kekasih awal dan akhir yang dedemok dedempol paling saya kasihi ini, ini kali pertama saya tak merasai nikmat mengantuk. Satu minit ke jam satu, saya sibuk menaip yang ini sambil telinga tajam mendengar rentak tarik hembus nafas si suami. Kisahnya, kesayangan saya menghidap apnea :(

Dua hari selepas sah bergelar suami-isteri, saya suarakan cadangan supaya dia ke klinik untuk rawatan. Sebab? Pada malam yang pertama lagi, dia seolah berhenti bernafas dalam tidur nyenyaknya. Sompah, saya gelabah! Hampir seminit, tiba-tiba dia tercungap. Laju neuron otak saya teringat satu kisah yang pernah saya baca lama dahulu. Masalah tidur! Maka dengan hati bimbang tapi terselit yakin saya suruh dia berubat. Sekurang-kurangnya berusaha. Tapi ya ampun degilnya dia langsung tak mengendah cadangan saya.

Sumpah, sepanjang usia perkahwinan yang belum begitu lanjut ini, saya sedikitpun tak pernah terganggu dek dengkuran panjanng-kasar-bising suami yang hanya satu ini. Malah saya akui jika tidurnya senyap tak berbunyi, itu yang saya khuatiri. Sebulan... Dua... Tiga... Empat... Dia masih tak menjejak penawar. Namun tuhan itu maha kuasa, mengabulkan doa seorang isteri yang sedang menggalas benih sang suami dalam rahim ini; Dia "temukan" kesayangan saya dengan sisipan akhbar Kesihatan dalam Utusan Malaysia bertarikh 16 Oktober 2011 (Ahad lalu).

Rentetan itu, dia ke klinik. Mula dengan title sebagai pelajar, dia dirujuk ke PPUM untuk rawatan lanjut, terus dirujuk ke pakar. Berdasarkan beberapa ujian yang dilakukan, selain masalah resdung yang teruk, kesayangan saya juga mengalami bengkak tonsil tahap ke 3. Perlu dibedah. Mujur saya punya seorang dua rakan doktor untuk bertanya. Katanya tonsil kalau dibuang pun tak mendatangkan banyak mudarat sebab tugasnya yang hakiki ialah untuk combat infection waktu kita kecik so dah tuan ni xde function sangat. So sekarang yang perlu dirisaukan is his OSA symptoms tu la. Memang banyak sangat ada kat UA. Risaunya...

Hujung tahun nanti kena buat sleeping test sebelum doktor sahkan itu OSA atau apa then kasik medical treatment yang sesuai. Sementara tu saya kena tolong dia reduce weight, tidur mencukupi dan baik-baik serta buat apa-apa patut sebagai self-help treatment. To date, UA dah over 20kgs tau! Tu la sibuk sangat nak maintain 80kg++ supaya boleh lawan dlm kategori tu. Tak sihat, tau!

Ish, ramai kan sebenarnya yang tak amek tahu hal berdengkur ni. In fact, Pak Lah himself pon lepas kawan-kawan sarankan baru dia amek berat. Risau la... Bahaya tau benda ni berisiko tinggi sebenarnya... Boleh membawa maut juga... Ya Allah, Kau permudahkanlah rawatan suami ku dan sembuhkanlah kesayanganku ini dengan segera.

p/s: As org lain dok cakap-cakap nnt baby terkejut dgr ayah berdengkur n etc, sebenarnay takde orang yang faham kerisauan saya bila tengok suami tidur nafas tersekat-sekat mcm saat saya tulis entry ini...




B, jaga diri baik-baik, ok!
I LOVE YOU!

October 21, 2011

hati oh hati perlu berhati-hati

Rentetan entry semalam, ayuh kita kaji pula 10 tanda hati kotor atau hati mati dan 9 sebab yang membikin hati tak bahagia. Wah, bikin katenye, ko! Takpe la ye, anggap je ini perkongsian Jumaat.

Pertama sekali mari kita kaji
10 tanda hati telah kotor atau lebih dahsyat, telah mati
(1) Tahu dan mengaku mengenali Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan haknya
(2) Kenal dan tahu sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w tetapi tidak mengikut apatah lagi mengamalnya
(3) Membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya
(4) Menikmati pemberian Allah s.w.t tetapi tidak mensyukurinya
(5) Mengaku syaitan musuh utama tetapi tidak berusaha menentang godaannya
(6) Mengaku wujudnya syurga tetapi tidak berebut untuk mendapatkannya
(7) Sibuk membuka keaiban teman, keluarga dan orang lain
(8) Mengakui kematian itu nyata tetapi tidak bersedia untuk menghadapinya
(9) Mengaku wujudnya neraka tetapi tidak berusaha menjauhinya
(10) Menghantar jenazah ke makam tanpa mengambil ikhtibar daripadanya



Habis tu apa pulak yang meragut kebahagiaan hati?
Ayuh kita selami 

9 sifat-sifat mazmumah penyebab hati tak bahagia
(1) Sifat pemarah yang menyebabkan hati tak tenang dan sukar mendapat kawan.
(2) Sifat pendendam dan sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas walau sekecil hal pun.
(3) Sifat hasad dengki yang menghanguskan amalan
(4) Sifat bakhil kerana Allah lebih sayangkan orang fasiq yang pemurah dan membenci abid yang bakhil kerana sifat pemurah itu memberi manfaat kepada orang lain
(5) Sifat tamak selalu rugi macam anjing dengan bayang-bayangnya kerana rezeki yang berkat ialah yang dapat dimanfaatkan
(6) Sifat tidak sabar dari sekecil-kecil perkara sehingga yang sebesar gunung
(7) Sifat ego yang merupakan ibu segala sifat mazmumah dan membuatkan seseorang pating tidak tenang kerana pantang tercabar dari sudut zahir dan batin
(8) Sifat riak kerana sentiasa dahagakan pujian
(9) Sifat cintakan dunia dan tidak meletakkan akhirat di hati

Hurmmmm... Banyakkan?
Dan ada waktu-waktunya kita juga terlepas pandang dengan kelakuan kita yang mungkin menghampiri 19 perkara ini.




Tapi Alhamdulillah Allah itu Maha Penyayang
Setiap kejahatan ada jalan untuk menumbangkannya
Hati yang kotor boleh dibersihkan semula
Tapi bagaimana?
Begini...

(1) Sentiasa mendampingi dan mengambil sebanyak-banyak ilmu daripada orang-orang soleh
(2)Sentiasa basahkan bibir dan hati dengan zikrullah
(3) Cintai akhirat yang kekal abadi melebihi cinta pada dunia
(4) Menyesali perbuatan dan bertaubatlah

Mudah tetapi perlu konsisten melakukannya...
InsyaAllah, ada jalannya...

Oklah, bye!
Eeh, Assalamualaikum.. :)

October 20, 2011

Ikan bilis? Iblis? Oh oh oh kompius suda!

 Owhsem sekali kalau waktu senggang-senggang goyang kaki tengok tv kunyah roti kan?
Ok, ayuh membayangkan makan roti nom nom nom mulut kunyah tekak telan
Nyaman....
Eh, Tetibe nak nyaman hahaha
So one of Gardenia product yang saya suka ialah ini


 Gardenia Delicia Sambal Bilis


Eeh tapi udah gaya gini, gimana?
LOL
Gardenia Delicia Sambal Iblis
(Sumber gambar: Tag dari sorang kawan di FB)

Tak tertalan nak makannye, nak!
LOL lagi

Yes, sometimes saya as an editor pon buat spelling mistake ni.
Yang penting kita recheck atau double check la kerja kita kan...
Macam ni rasanya tag Pertonas kot kuning camni
Kedai Mesra... kot la...
Tapi tag harga looks familiar kan kan kan
Berwaspada la especially yg guna untuk public tu kan
cam hari tu yg poster Yuna untuk iklan Pantene tu
Boleh salah eja Malaysia jadi Malysia ke ape tah
Ade ke patut?!

Merawat luka terpendam...

Assalamualaikum...
Kawan-kawan sedar tak?
Kadang-kadang, dalam kalut kita menyaji senyum buat insan-insan yang sama-sama melata di bumi Tuhan ini, kita tersedar perit hati tercarik dek luka yang tak sengaja diguris oleh yang tercinta.
Remuk...
Siksa...


Tetaplah kita tindan dengan senyum pembalut duka moga-moga yang dicinta tidak terhidu sakit kita dilukainya.
Sendirilah kita mencari ubat untuk gurisan itu...
Mujurlah berjumpa...



Jarang ada kelukaan yang tidak mengundang air mata.
Maka menangislah sepuas-puasnya (1) tetapi pastikan tangisan itu sendiri-sendiri kerana itu yang paling melegakan. Ketika kita menangis, dapat dirasakan hati bagai dihiris-hiris. Perasaan itu sebenarnya darah yang mengalir dalam hati kita.

Dalam tangis dek luka gurisan manusia itu, ucaplah sebanyak-banyaknya kalimah Innalillahi wainna ilaihi rojiun dan Lahaulawala khuwatailla billah (2) untuk menyerahkan hati yang terluka itu ke tangan Allah untuk dirawatnya.

Bersujudlah dalam solat taubat dan solat syukur (3) yang khusyuk. Bermuhasabahlah, mungkin kita juga terlepas pandang akan hakikat bahawa Allah mengizinkan hati kecil kita dilukai kerana kita juga pernah mengguris hati-hati yang lain. Inilah cara Allah memberi kita merasa apa yang dirasai oleh insan yang kita lukai. Maka bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita juga pernah merasa terluka.


Tidurlah (4) kerana tidurmu pasti nyenyak selepas langkah pertama, kedua dan ketiga itu telah sempurna. Sesudah bangun dari tidur, berbicaralah dengan orang yang menyakiti hati kita (5) secara redha dan terbuka. Pada peringkat ini, marah kita dengan izin-Nya sudahpun reda kerana Allah telah merawat luka itu dalam tidur nyenyak kita tadi.




Setiap percaturan hidup disusun Allah dengan teratur dan bijaksana sekali.
Yang indah mahupun jelek pasti akan datang silih berganti.
Itulah corak kehidupan setiap seorang daripada kita.
Hati ini milik Dia maka hanya Dialah yang mampu menyembuhkannya.
Waktu kita diuji kecewa, itulah saatnya kita dapat merasakan Allah benar-benar berbicara dengan kita.
Terimalah kepahitan apatah lagi kemanisan yang dititipkan kepada kita walaupun sebesar zarah.
Ingatlah, Allah akan gantikan kesabaran kita dengan kiriman hadiah.
Allauhualam...

October 19, 2011

macam retis ker? tak kuasa mak, nak!

Hahahaha serius rase cam poyo nak bikin entry ni..
Like seriously!
Memalukan hakhakhak laksana masuk bakul hangkut sendiri
Berat ohhh dah nak 4 bulan setangah mengandung ni berat dah jadi 50.5 kg
Pasrah lalu terus menadah berdoa moga segera berat turun sebaik beranak nanti hahahah

Ish, kalau UA baca entry ni soheh... Soheh kena rejam dengan kutukan!
Hahahahaha tapi lantak la
Kalau rasa muntah, boleh terus jump g gambar bawah2 yang lebih manis penceritaannye okeh
Hehehehehe
Ala u ols ni kasik chance la mak nak feeling2 retis fofuler =p

Ok mumule ace nengok komen Adila Junior kat entry Senpai Adila saya samalam....


Hahaha budak ni memang, tau!
Sure kau tengok album fb akak sambil gelak-gelakkan akak kan, dik! Hampeh!
Tapi sebenarnya sebelum-sebelum tu dah ade org cakap dah pastu dia muntah benda yang sama
Kamera man pon cakap jugak sambil gekal-gelakkan saya nasib baik kau kawan aku dah anggap cam sedara weh hahahha
 Hah ace la nengok dulu comparison yang gigih saya buat ni

 
 Kiri: @tiztiztiz gambar ihsan Google
Kanan: Tiz celup selepas bergelar isteri

Mana ada sama!
Ce tengok lak yang nii...

Atas: Tiz celup menanti saat diijabkabulkan
Bawah: @tiztiztiz dalam cerita Nur Nur Nur Kasih~~~ Nur ya Nur Kasih~~~ *over!*

Memang tak sama langsung la kan hahaha
Tapi tah la dah kalau nak katekan same jugak lantak kau la jah ahkak nak wat canekan
Kelakar kot tapi mumule tengok tu ade satu gambar tu memang terdetik gak
"Eh, cam artis je muka aku ni!"
Tapi pendamkan aje hakhakhak matik la kalau suara hati boleh dengar!
Tapi kalau ikut UA dia kata muka Tiz Zaqyah dalam cite Soffiya tu same ngan saya tang mulut
Ha, tang mulut yang graf kubik negatif tu hambek kau! hahaha
Graf negatif tu ape? Graf masam la...
Memang saje la kan nak kutuk bini cantik wajah masam mencuka
huhuhu sentap 3 minit!


Oh tapi dulu-dulu-dulu sebelum ahkak cantik macam Tiz Zaqyah tu laki kezen ahkak pernah lompat-lompat nengok iklan Ribena tu
Tah hape ke eksaited beno nengokkan iklan tu
Rupa-rupanya nak kata wajah ku macam Ila Damia Mentor tu huwaaaaaaaaaaaarghhhh terus tensen
Ade ke? Ade? Ade? Ade aku kesah?


Memang lawak la kan huhuhu
Pastu skali tu gi opis ade lak kakak ni tahan
"Dila, semalam akak bukak fb awakkan pastu anak akak cakap akak kawan dengan artis."
Hahahaha memang tak sanggup la kan nak dengar anak dia sambung,
"Penyanyi yang iklan Ribena tu..."
Miahahaha menangis air mata darah daku kat tepi pantri pada hari tersebut

Memang TAK NAK lah kan rupa macam artis-artis ni lain la kalau nak kata cam Erra Fazira ke Amy Mastura ke Ziana Zain ke Fouziah Gous ke kan
haha over sudah kah kedish kedish kedish kat dahi!
Tapi tanak la same-same muka ni
Kang kot ye same kang dah senang pulak UA asal rindu je bukak youtube tengok Ila Damia perform
tak pon bukak tonton.com tengok cite Nur Kasih ke Soffiya ke tgk Tiz Zaqyah
Terubat rindu kat bini... Ah, sudah!
Memang nak kena la kan kalau UA buat perangai camtu huhuhu

Terus sentap 3 tahun!
Terus tanak feeling-feeling bercinta sambil nyanyi lagu hindustan...


Hahahak matik la melalut...
Oklah, tu je bai!


yay, da boleh pegang-pegang tangan urut-urut pinggang! *eh, apekah?!*

Jaga kesihatan mengikut sunnah, jom!

Ni adalah 8 cara junjungan besar kita Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan baginda.Kongsi entry dari blog Puan Aidiena *ayuh blog walking!*


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz (rujuk nota kaki) kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7. TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Oleh Ustaz Zawawi Yusof
Nota kaki:
Membaca doa ta'awwudz adalah disunnahkan dalam setiap raka'at, sebagaimana firman Allah ta'ala:



"Apabila kamu membaca al Qur-an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk." (An Nahl : 98).
Pendapat ini adalah yang paling shahih dalam madzhab Syafi'i dan diperkuat oleh Ibnu Hazm (Lihat al Majmuu' III/323 dan Tamaam al Minnah 172-177).

Nabi biasa membaca ta'awwudz yang berbunyi:

"A'UUDZUBILLAHI MINASY SYAITHAANIR RAJIIM MIN HAMAZIHI WA NAFKHIHI WANAFTSIHI"
Ertinya: "Aku berlindung kepada Allah dari setan yang terkutuk, dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya, dan dari hembusannya (yang menyebabkan kerusakan akhlaq)."
(Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud, Ibnu Majah, Daraquthni, Hakim dan dishahkan olehnya serta oleh Ibnu Hibban dan Dzahabi).

Atau mengucapkan:

"A'UUZUBILLAHIS SAMII'IL ALIIM MINASY SYAITHAANIR RAJIIM..."

Ertinya:   "Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari setan yang terkutuk..."
(Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud dan Tirmidzi dengan sanad hasan).

October 17, 2011

muka buku bermuka-muka

Hurmmmmm sape tadek akaun Facebook jangkat kening tiga kali!
Wink wink wink!
Ok, saya tak angkat kening... Tu contoh je...
So bagi yang belom ada kalau rasa-rasa nak cuba boleh daftar di sini ya...


Owh owh owh akhak pon ade tau akaun muka buku...
Huhuhu bila sebut muka buku je terus cam pitam pk apepasal UA suka sangat lagu Cinta Muka Buku bu Najwa Latif tu
motip u, b?
Bukan kite dulu jejak kasihan kat friendster ke?
Huh! Ececeh tetibe huh pulak...
Dosa you, huh kat laki!

*rupa bentuk wall fb to date*

Ok, bagi yang kerja kerajaan anda semua pasti tahu kerajaan 1MAlaysia kita menggalakkan anda mengaktifkan diri di laman sosial ini...
Mak ayah saya pon dua-dua ada facebook, yo! Kau ado?!
So kalau korang keje gomen kan... bila waktu korang boleh online fb?
Ke sepanjang masa je available takde kena sekatan jalan raya bagai?
Pastu bila sebnanye korang bukak fb tu?
Aii buat koje ke idok?

Ala jawab je la kan takkan nak tanya ayah sendiri memang tah pape la kan
kang katenye nak investigate ke hape
hahaha memang tak la ayah saye bukak fb pon musim-musim nak invite kawan dtg kenduri jer =p
Tapi opis UA boleh fb selama mana kau nak fb
syok oh sebab kalau dia tinggal hp ke ape ke boleh feeling2 chatting kat fb masa saya lunch

OWh ok, lari tajuk jauh dah tu penah oh nak kejar...
ekceli nak cite pasal facebooking timing kat opis & fungsi memberi kebenaran tu...
cam opis saya OF ni kan mula-mula tu ikut suka kau je la bila nak fb
pastu memang ramai-ramai la fb
mcm saya boleh fb kat BB yang pada saya lebih best la sbb xde anasir-anasir lain mcm ads ke ape ke tu kan
tapi since dah org kasik kelonggaran, bila saya pening2 editing ke proof reading ke ape saya fb la
selalunya saya fb via pc pon sbb main farmville je pon
post-post sume tu selalu saya buat via UberSocial tu
tapi kawan-kawan lain pon cam saya la kan
ade kelonggaran, fb je la bila suka kan
bukan tak kerja langsung sik fb manjangn kan eh ye ke?
pastu last-last dia tutup
maybe sebab produktiviti merudum ke ape
tapi title saya tetap je on time published walaupun ade masa-masa tu saya fb

then tetiba balik hospitalisation leave hari tu fb dah available kejap-kejap
maksudnya pagi sampai kol 8 a.m.
pastu kol 12 p.m. sampai 2 p.m.
pastu ptg kol 4 p.m. onwards
so untuk certain people memang sharp at 12 & 4 tu da online
kire cam release la sket kan
ye la keje kitorg bukan jenis-jenis yang santai-santai
sume menumpu je... pening tau!
kalau tulisan cantik ok la
ni kau dapat author cincai tulis cakar beruang memang fengsan la kau buto mato! 

Tapi tetibe tadi sorang kakak opis ni emel saya tanya satu soalan...
 "Tau x sekarang ni kul 12 dan kul 4 da ble buka fb?pernah buka x time tu?"

Oh korang agak saya jawab ape?
Hehehe...
"Pernah dan selalu bukak hehe nape?"

Tau dia jawab ape?
"Mulai sekarang jgn buka ya. Ada mata2 sekarang ni..dengar cerita ada senarai nama untuk d bagi warning sape buka fb time keje..Budak baru ada yg d bagi warning."

Ok, terus mak sentap!
Hahaha... Ape pasal kau sentap?
CAm saya cakap tadi la kalau takat nak fb saya boleh je fb dari bb
tapi nape nak sentap?

Haaaaaaaa sebab dia cuba korang pk nape nak bukak line time org kerja kalau tanak org main fb tu waktu tu?
Like mengada-ngada lah kau ni! Kan?
SO saya terus pk sure saje nak perangkap ke hape ke kan
Kalau dah tak kasik online tu block aje la kan
ni gatal-gatal nak open pastu siap emel sume staff cakap boleh online waktu sekian-sekian
pastu nak warning2 nak blacklist bagai

tah la tapi kalau saya jadi boss la kan
saya tak kisah pon org nak fb ke nak twitter ke (sbb twitter pon kes same gak)
janji kerja kau siap...

ni tidak!
macam sekor mamat ni la
tetiap bulan mesti ade je kerja dia URGENT saya dan org lain kena buatkan
i mean siapkan sebab tak siap
dah tu mana nak siap kalau time kerja kau tgk benda2 lucah
ha mmg direct to point la saya cakap sini
geram weh kalau tetibe boss bg arahan stop sume kerja yg skrg utk tlg dia pny kerja sbb kerja dia dah dateline
habis lps tu kerja aku ade dia nak tolong kejarkan?
hareeemm!
saya kejar sendiri ok!
tapi elok je siap on time.
ha cane? cane?

macam tak best la kan...
bukan sume org yang fb ke ape ke kat opis tu teruk
kerja jalan, paling penting meeting spec & dateline
so tak pe la kan
macam saya takpe la lagi kot sebab ade source lain
mcm org2 lain tu kesian weh kalau xde picisan
sure berpinar mata n kepala hotak nak sudahkan 8 jam kerja tanpa selingan
tah la..
nak salahkan sape2 pon tak boleh jugak
cuma pelaksanaan tu kena la betul
ni dah bagi guna pastu ade hidden agenda
mmg tak puas hati la kan haishhhh

ok tu je nak bebel...
bye!

 *my current profile picture*

October 16, 2011

mak-mak yang lain tabah cani tak? saya rasa saya tak...

Mula-mula ace korang play dulu video ni....
Tenet tenetttttt....


In Memory of Baby Ella Rose Cook July 17, 2008


"Baby Ella was born on July 17, 2008. Four days earlier I had been admitted to the hospital as I spontaneously dilated and Ella's water sac had begun descending into the canal at just 21 weeks gestation. I was told by many to just "get it over with" and begin induction as Ella would not likely live. However, my wonderful husband and I would not choose certain death when I had the option to lie in the hospital in the trendelinberg position to ease the water sac back through the cervix. After 48 hours of doing so, there was no change in my condition. Ella was still exposed to infection as was myself, but we were not about to give up. Two more days went by and we hung onto the hope that something would change. However, the only thing that did was that Ella and I now had an infection and there was no way to turn back the clock for her. My wonderful doctor (who was the only medical professional who refused to give up on us) delivered the news on that Thursday around 12:40pm. It was no longer my duty to try to save Ella...if we wanted to see her alive, we would have to deliver her as soon as possible. With my family beside me, I gave birth to a beautiful baby girl who was perfect in every way. My husband and I baptized her immediately and we witnessed her tiny body move and her delicate hand grasp the ring that her daddy tried to place on her fingers...she was so strong. And Ella began to suck on my finger as I brushed it against her tiny cheek. It was a beautiful experience that we enjoyed for 20 minutes until it was time for God to take her home. This video was played at her funeral and we want to share our baby with everyone we can...what a gift we had. Mommy and Daddy love you, Ella Rose! xoxoxoxoxo"



So there goes the story...
Eh, dah la tu kesat la ayor mata tu...
Kita amek positif ye...
Memang la cam sedih kan tapi cuba tengok wajah parents dia...
smiling :)

Mesti puas hati kan sebab at least dorg da usaha keras nak selamatkan nyawa si anak
Takde la ralat sangat kot kan
nak-nak lak anak sekecil tu sempat hidup 20 minit...
Ok la sempat suck jari mak dia kan sooooo sweet


Video ni saya jumpa kat youtube petang semalam
Oklah in memory tau la da mati kan
tapi mcm nak tengok sebab baby tu kecik sgt la pulak tapi mak dia senyum
dats y terbukak pulak
pastu ajak UA tengok sekali
haishhhh banyak lak tanya si ayah ni tau
nasib baik mommy ade blaja bio tiga tahun hari tu hahaha

kira-kira baby lam perut ni besar2 camtu gak la
yang ni baru 4 bulan lebih...
oh anak, mommy dan ayah doakan kamu selamat, sihat & sempurna di dalam situ...
cepatlah besar supaya mommy boleh main2 dengan kamu kat dalam tu
eh salah! supaya mommy boleh rasa kamu main2 kat dalam tu
dan ayuh bikin ayah jeles sebab dia mampu tengok je hahaha

p/s: kalau nak kira 2008, kalau Ella Rose Cook ni hidup sure dah 3 tahun ++ kan :)

putus sudah kasih sayang....

donno how to start...
a story af a friend back in semsas...
takdelah kawan baik sgt but actually her grandpa is my dad's friend..
ok la let's start... cani...

satu malam dapat mention kat twitter cakap tunang awien (nama kat semsas dulu) meninggal...
the date is just around the corner which is in december...
terus gigih on notebook semata nak bukak twitter padahal waktu tu dah golek nak tido dah....
so as usual mesti kena gali yang akar umbi dulu maka cari entry paling awal...
so jumpa ni...


mula-mula 18 September tu dia merasakan sesuatu kan...
agak-agak korang la ape ek sebenar yang dia rasa?

then the next day tu dlm waktu maghrib gitu kawan dia lak soal
"dapat tak msg dari nombor azam... is it true?"
oh my , kalau saya la memang 'eh jangan main-main la!' sbb sure susah nak caye kan
say kalau awak dapat msg dari kawan awak nama siti katanya "awak, siti dah meninggal"
sure la rasa cam "eh, kau ni siti ade lak sesuka hati nak mati!" konon la kan
eh tu saya rasa la korang saya tak tahu la tapi memang susah nak terima la mula-mulakan
sure gelabah call sana sini n etc nak-nak lak tunang kan
ya Allah jangan la UA buat pemain msg cani kat saya huhuhuhu
eh panjang lak melalut... ok sambung!

pastu terus je impatiently tunggu si awien punya respon.
xde.
tapi kat twitter da sebok2 la kengkawan twit2 cakap al fatehah la ape la kan...
then esok tu keluar paper...
ooo rupa-rupanya kapten yang accident dgn satu family yang ade baby 23 hari meninggal skali mak dia tu is awien's tunang...



dua hari kemudian baru awien muncul kat fb...


sume pon wish be strong la sabar la ape la kan
ok at one point memang la kan ape lagi nak kate kan cuma mampu suruh b strong, sabar je la kan
tapi what do you think she's doing now?
bukan ke mmg tgh cuba sabar n be strong tu?
so saya ambik sikap berdiam diri...

Baca post yang ni lagi la tah tak tahu ape nak kata...
ye la persiapan tgh berjalan ka sure org2 berkanaan nak follow up bagai
ape nak cakap? ape nak jawab? setiap ayat pasti meruntun qolbu menitik air mata kan...
ish mmg tak tahu la kalau sendiri kena :(


Few weeks later dia post luahan jiwa lak kat wall...
oh sangat sedih kan baca tapi dek post yang ini saya amek keputusan msg dia kat fb


dalam msg tu saya cakap cani...

"Salam.
Dear Awin... Sorry lambat ucapkan takziah. aku speechless. tapi hari ni aku baca wall ko aku mcm terpanggil nak msg ko. aku tau susah nak hadapi kan benda mcm ni nak2 pulak hari dah dekat sangat. aku xnak suruh ko be strong ke sabar ke sbb aku tak rasa kalau aku ditempat ko aku akan strong or simply sabar mcm nasihat2 kawan2 yg lain tu. cuma kat sini aku mintak ko redha (yes, aku tahu kau dah terima suratan ni dgn redha) dan ikhlas terima benda ni where redha is d only thing yg akan buat kita kuat luar dan dalam.

aku pon xnak ucap 'jgn sedih2' sebab mustahil tak sedih kan... so aku nak ajak kau untuk anggap arwah dipinjamkan kepada ko selama ni dan skrg bila semua tugas & tanggungjawab yang Allah amanahkan arwah untuk laksanakan terhadap ko dah sempurna, selesai, maka Allah amek balik. maksudnya Allah dah puas hati dgn tanggungjawab arwah sebagai khalifah kat muka bumi ni then Dia ajak balik jumpa Dia. syukur kan, dah sempurna tgjwb arwah... alhamdulillah...

lastly, bila kau teringat/rindukan arwah, cuba ko pk mcm ni... mungkin ada org lain yg lebih layak untuk ko. maksud aku bukanlah arwah tak layak untuk ko atau sebaliknya tapi selepas arwah, tuhan nak temukan ko dgn insan yg lebih sesuai untuk jaga kau nanti. dan tempat arwah sekarang lebih layak di sisi tuhan. indah kan bila kita fikir orang yang kita sayang disayangi oleh Allah dan skrg sedang berada di sisi Dia..."
At one point, yes! saya pon kekadang rasa ayat saya keras...
sure korang pon ade yg pk camtu, kan?
Tah la, pada saya kalau cakap sedih2 nanti awien lagi sedih so cakap la tegas2 sikit katenye bekas lecturer paling garang di alam semesta kan hahaha
pastu saya tak sangka awien akak reply...
ceritanya sedih...

"sblm arwah meninggl secara ak xsedar, kami bnyk ckp pasal mati...ak lg sedih bila sepupu arwah bgtau, mata arwah xtutp rapat selepas menghembuskn nafasnya yg terakhir..dlm setengan jam arwah nazak dlm keta, smangat dia sebenarnya kuat nk hidup kata atendant hospital tu, dengan kecederaan yg arwah alami, spttnye arwah bole mninggl on the spot..alhamdulillah, sempat attendant tu ajar arwah mengucap...ak syukur sgt2..ini ujian tuhan untuk ak, ak harap ak mampu hadapinya.."


and paling tak sangka awien soal saya cani...

"ko taw x?kalo ak xkawen, ko rase ak dpt x jd pasangan arwah disyurga nnti?ak dgr kalo dh kawen, br dpt jumpe pasangan di syurga..tp ak xsemptnk kawen...br tunang je..ko bley x tanyekn kawan2 ko yg pandai / tahu ilmu agama...setiuap manusia yg Allah jadikan ada pasangan masing2 kn, kalo arwah adalah jodoh ak , dptkn ak jumpe dia nnti.."

membuktikan susah sangat awien nak lalui hidup tanpa arwah...
same la kalau saya pon sampai kan pernah cakap kat UA kasik saya mati dulu huhuhu
so kalau korang dapat soalan camtu, dengan keadaan kawan yang menyoal camtu,
ape yang korang akan jawab eh?
saya jawab la cani setelah penat brainstorming...

"Kau kena faham bila org tu dh ninggal mksudnya bukn jdh ko."

akak tak sempat buat research banyak dik, akak panic kena soal bab syurga neraka ni hehehe
few day later she text me again...

"no 1 tu maksudnye ade chance la ak ley jumpe arwah tunang ak kalo die ahli syurga ek?sekadar bertanye..

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia. 
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir."

Hurmmmmm berat! berat  bahu awin memikul rindu menggalas sunyi,
berat jugak kepala saya nak menjawab hujah ni...
so i came out dgn 1 jawapan...

"Awin, ni sume kerja tuhan ye syg... aku pon x arif ttg ni tapi jodoh tu tetap ada, kat sini ke kat sana ke, ada tuhan dah janjikan... cuma aku harap kau x menolak fitrah la kalau 1 hari nanti ditakdirkan kau jumpa org lain, terbukak hati nk kawen, ingat tu la jodoh kau yg sebenar, ok..."

ok fine... again bunyinya kasar..
tapi sebenarnya jauh dalam hati saya, saya takut awien terus tutup pintu hati untuk terima lelaki lain
ye la kalau saya pun tah camana la agaknye kan... tah!
tapi ingat dulu penah terpk saya lebih rela pisah mati dpd pisah hidup or clash
motip???
kalau dia dah mati at least kita tau dia kat mana n etc kan
ye ok memang la tak tau kan letak mana kat alam sana kan tapi at least bila rindu boleh ziarah pusara
kalau hidup ni kita tak tahu kat mana kan
kekadang tertanya2 je...
tu yang buat jadi stalker la hape la sampai kes simbah asid la bunuh la bagai tu kan huhuhu
tah la tak tau nak katekan bagaimana

tapi ayuh la sama-sama kita doakan awien kawan saya tu jadi insan yang tabah dan redha ye kawan-kawan
Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers